Saturday, December 3, 2011

tazkirah lecture~aurat ikhtilat







TAZKIRAH KULIYYAH
U/P:SR dan Timbalan SR(group A, B, C)

LECTURE 4/12/2011  @ 9 muharram 1433 H (ahad)

Bismillahirrahmanirrahim,
Pada minggu lepas kita telah berkongsi tentang aurat dan ikhtilat,majoriti kandungannya adalah menyeru rakan-rakan untuk sama-sama menutup aurat dan menjaga pergaulan antara ikhwah dan akhawat. Disebabkan kekangan masa,banyak yang tidak dapat disampaikan dan rakan-rakan bolehlah membaca tazkirah2 minggu lepas di laman blog batch kita.
Minggu ini insyaAllah kita fokus kepentingan dan faedah menutup aurat,yakni apakah hikmah Allah mensyariatkan tentang penjagaan aurat dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Antara hikmah kepada diri sendiri dengan menutup aurat secara sempurna semata-mata kerana Allah ialah:
1.       Jiwa semakin tenang dan tidak risau akan hal duniawi.
2.       Seseorang yang menjaga auratnya dengan sesempurna mungkin, akan terlindung daripada fitnah manusia.
3.       Secara automatik diri seseorang itu akan berusaha mendekatkan diri mendalami ilmu Allah sekiranya niatnya ikhlas kerana Allah SWT.
4.       Seseorang itu akan berusaha sedaya mungkin menghindarkan perkara terlarang dan dimurkai oleh Allah.
5.       Menutup aurat dengan sempurna merupakan salah satu cara berdakwah secara langsung dengan masyarakat tanpa kita sedari, dengan niat berjihad kerana Allah SWT.
6.       Menjaga aurat dengan sempurna mengikut hukum Islam, dapat membezakan kita dengan yang bukan Islam.

Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang menyerupai gaya suatu kaum, maka dia termasuk dalam kaum itu."
Semoga kita bersama dapat mengambil pengajaran daripada apa yang disampaikan,dan mendapat rahmat dan keredhaan daripada Allah SWT,wallahua’lam.
LECTURE 5/12/2011 @ 10 muharram 1433 H (isnin)

Bersempena dengan hari ‘Asyura yakni 10 muharram insyaAllah hari ini kita berkongsi sedikit sebanyak tentang salah satu hari yang mulia dalam Islam ini.
Asyura berasal daripada perkataan Arab “asyara” yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh nabi Muhammad SAW.
Antara peristiwa yang berlaku pada hari ‘Asyura ialah:
1.       Hari pertama Allah menciptakan alam.
2.       Allah menjadikan Malaikat Jibril.
3.       Nabi Adam a.s. dicipta.
4.       Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
5.       Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
Antara perkara-perkara yang sunat dilakukan pada hari ‘Asyura ialah:
1.       Menahan marah
2.       Bersedekah
3.       Puasa Sunat Asyura
              Dari Aisyah (r.a) katanya; "Orang Quraisy di zaman jahilliyah berpuasa pada Hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada Hari Asyura. Apabila baginda datang ke Madinah, baginda berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada Hari Asyura lalu baginda bersabda: "Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Hari Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bersama-samalah kita manfaatkan hari yang mulia ini,semoga niat kita ikhlas semata-mata kerana Allah,wallahua’lam.






LECTURE 6/12/2011 @ 11 muharram 1433 H (selasa)

InsyaAllah kita kembali kepada perbincangan mengenai aurat dan ikhtilat.
Sesetengah dalam kalangan kita selalu bersangka buruk apabila teguran diberikan.
ikut aku punye suke la nak pakai ape pun”, “aku ada ganggu hidup ko ke?”, “ini da alam U la,bkn skola rendah lagi”, dan bermacam-macam lagi alasan yang diberikan.
Memanglah kita punya kebebasan untuk pakai apa sahaja tetapi jangan salahkan sesiapa kalau kelak Allah azab kita ikut suka Dia di akhirat kelak.
Ya, memang kamu mengganggu. Bukan saya sahaja,tapi yang lain-lain juga terganggu sama dek kerana dosa akibat terpandang aurat kamu/kamu tak jaga batasan pergaulan.
Sementara masih alam U,alam pra dewasa inilah masih ada harapan nak tegur .Kalau dah dewasa nanti takut-takut  ego kamu semakin tinggi.
Rakan-rakan yang dirahmati Allah,seharusnya kita muhasabah diri mengapa kita selalu berikan banyak alasan untuk buat perkara yang halal dan dibenarkan dalam Islam sedangkan kita kurang atau tiada langsung alasan dalam melakukan perkara yg dilarang oleh Allah.
Ayuhlah kita bersama-sama bersangka baik,bahawa Allah sebenarnya sangat sayangkan kita,Dia tegur kita melalui rakan-rakan kita yang berusaha mewujudkan biah solehah( suasana keagamaan)
Bersangka baik sahaja tidak cukup,tetapi perlu dengan usaha untuk berubah dengan niat mengharapkan keredhaanNya.InsyaAllah Allah pandang usaha kita.Wallahua’lam












LECTURE 7/12/2011 @ 12 muharram 1433 H (rabu)

Rakan-rakan yang dirahmati Allah,ramai antara kita hendak berubah tetapi tiada kekuatan untuk melakukannya segera.
Dalam konteks menutup aurat dan menjaga ikhtilat ,ramai yang berkata
nanti da kahwin aku nak tutup aurat la
ala masih muda lagi,belum sampai seru
kalau kami nikah nanti kami sama-sama bertaubat
Persoalannya di sini adakah kita tahu dan yakin berapa lama lagi kita akan hidup di dunia ini?
Dikatakan bahawa malaikat Izrail menjenguk kita sebanyak 70 kali dalam sehari dan setiap kali menjenguk dan melihat kita melakukan maksiat,dia marah dan meminta izin daripada Allah untuk mencabut nyawa kita namun dengan rahmat dan belas kasihan Allah jugalah kita bernafas hingga ke saat ini.
Dan adakah kita yakin bahawa lelaki/perempuan itu ialah bakal suami/isteri kita?
Allah SWT sengaja menjadikan situasi ketidakpastian kita supaya kita berusaha mendekatkan diri dan menyerahkan segalanya kepada Dia,bahawa Dialah yang maha mengetahui akan segala sesuatu.
Tapi Allah tak pernah halang kita untuk dapatkan dengan cara yang halal,untuk ikhwah jadilah lelaki sejati,berani untuk minta daripada Allah melalui wali si gadis dan pastikan anda betul-betul bersedia terutama ilmu nikah.
Kalau memang jodoh antara kamu berdua,takkan lari gunung dikejar,pasti Allah izinkan.kalau ditolak jangan bersedih,ada hikmah yang kamu tak tahu.
Lebih baik permintaan kamu untuk membina ikatan yang sah melalui wali ditolak daripada permintaan kamu untuk keluar berdua-duaan tanpa ikatan yang sah diizinkan,apatah lagi tanpa meminta izin.
Wallahua’lam







LECTURE 8/12/2011 @ 13 muharram 1433 H (khamis)

InsyaAllah kita akan bincangkan konklusi daripada apa yang dikongsikan sepanjang minggu ini.
Mungkin ada yang terfikir kenapa seolah-olah terlalu banyak peraturan dalam Islam,bukankah Islam itu mudah? Bukankah tiada paksaan dalam Islam?
Jawapannya ialah kerana kita ialah makhluk Allah yang istimewa ,dikurniakan akal untuk berfikir,dan kebebasan terbesar yang Allah kurniakan ialah kebebasan untuk membuat pilihan.
Namun perlu diingat ,kurniaan yang besar datang dengan tanggungjawab yang besar,oleh sebab itu kita bertanggungjawab dengan apa yang kita pilih,antaranya adalah dengan memikirkan baik buruk apa yang kita pilih itu.
Allah tidak pernah menganiayai kita bahkan kita sendirilah yang menganiayai diri sendiri.
Semoga kita bersama-sama manfaatkan apa yang kita dapat,berusaha mengamalkan dan menyebarkannya semata-mata kerana Allah.

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”
Imam Hassan al-Basri rahimahullah
Wallahua’lam









0 comments:

Post a Comment