Mulakan kalam dgn Bismillahirrahmaanirrahim..
Sesetengah berkata ."kalau sayang seseorang, simpan dalam hati, insyaallah jika orang tu tak tau yang kamu syg dia, kamu akan dapat pahala insyaallah"
Namun, Hilal Asyraf pula berkata, "Saya tak pernah bersetuju dengan prinsip : "Kalau suka, simpan dalam hati. Berdoalah kepada Allah agar dia menjadi jodoh kita, atau mintalah Allah SWT agar berikan kita yang terbaik." Islam mengajar kita usaha sambil bertawakkal. Maka menyatakan rasa suka adalah usaha. Tinggal kita kena letak usaha itu dalam batasan syara'. Kalau perempuan, hantarkan wakil untuk menyatakan rasa hatinya. Kalau lelaki, pergilah menghadap wakil perempuan, ibu bapanya, atau menghantar wakil juga untuk menyatakan rasa hatinya. Kalau suka, persiapkan diri serba sedikit sebelum memberitahu. Kemudian beritahulah. Jangan simpan.
Tak kira apa pun, kalau kamu sayang hawa, kenal PENJAGANYA.
Siapa PENJAGA hawa yang paling utama? Sudah tentu yang maha ESA, yang menjaga hawa tak kira di mana sahaja. yang tahu apa yang terbaik untuk hawa dan kamu. Minta petunjuk dariNYA. Istikharah kepadaNYA. kalau kamu dapat petunjuk yang membenarkan kamu, teruskan , kalau tidak hentikan hajat kamu. DIA ada perancangan terbaik untuk kamu.
“…Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. “
Ayat Al Baqarah 216
Ada yang lain yang terbaik untuk kamu insyaallah.
Apabila petunjuk dari DIA membenarkan kamu, teruskan mengambil langkah dalam batasan syara'.
Jumpa orang yang diberi tanggungjawab olehNYA terhadap hawa,beranikan diri, atur langkah , persipakan diri, pasakkan niat betul-betul . ana bagi analog di sini, kalau sesuatu kamu nak pinjam, kamu mintak dgn tuan empunyakan?,,apalagi ciptaan Allah yang amat berharga.
jumpa kedua orang tua hawa, tak ada istilah tak berani kalau dah bersedia, minta kekuatan dariNYA. Apabila sudah mendapat restu kedua-duanya, mulakan persiapan diri, jangan tunggu lama.
Persiapkan diri dengan ilmu rumah tangga. Pastikan kamu layak untuk jadi pemimpin .
Kalau sebelum kahwin kamu sudah sentuh hawa, kamu memang tak sayang hawa, kamu malah menghinanya.
Even kalau blh jangan sentuh pun hati Hawa. Usah risau, resah mahupun gelisah, perasaan sayang itu boleh 'develop' lepas kahwin.
Tak perlu nak mesej atau telefon kalau tak penting hinggalah hawa itu halal bagi kamu.Walaupun jiwa mungkin agak terseksa, insyaallah ada keberkatan disebaliknya.
Lagipun, bukankah kamu dah minta petunjuk, Insyaallah dia yang terbaik utk kamu, Tak perlu lagi nak mesej2 atau telefon, yakin dgn DIA, DIA maha mengetahui,.
Jadi hamba ALLAh yang paling yakin dgn doa dan paling redha degn ketentuanNYA.
ingat Adam, sebelum kejar cinta HAWA, kejar cinta ALLAH dulu. Selama mana kamu dalam urusan ini, jaga hati kamu, minta kekuatan pada Allah supaya jaga hati.
Adam, pastikan dirimu berada dalam tarbiyyah, kerana hawa memerlukan tarbiyyah yang kuat darimu.
moga Adam mengerti~
*'hawa' yang dimaksudkan 'perempuan yang kamu minati'
0 comments:
Post a Comment