Lancement de Batch (LDB)

Alexandria Caliph of Endeavor

Pengenalan Organisasi Batch 14/15

Alexandria Caliph of Endeavor

Bakat-bakat ACErs

Alexandria Caliph of Endeavor

Ini Hijrahku

Alexandria Caliph of Endeavor

Memories

Alexandria Caliph of Endeavor

Survivor: Alexandria Special (SAS)

Alexandria Caliph of Endeavor

Ambo Datang Buleh? (ADB)

Alexandria Caliph of Endeavor

P.S. I Love You, MOM

Alexandria Caliph of Endeavor

Thursday, March 28, 2013

BEGIN FROM THE END OF MIND


BEGIN FROM THE END OF MIND
BY: ACER 
TARIKH: 29 MARCH 2013 
 

Study itu kata orang, susah. “Medik, Dentist kot! Berganda la susahnye”. Tapi persoalannya, adakah keperitan dan  kesusahan ini akan menghentikan langkah kita? Sedangkan kita semakin menghampiri tujuan, sedikit demi sedikit… Meskipun jauh lagi matlamatnya. Jika bercita-cita menjadi seorang cardiologist, ini salah satu ‘hentian’ yang perlu disinggahi. Ya,hakikatnya tak ada yang mudah dalam dunia ini. Pelajar engineeringarchitecture, juga melalui kesukaran dan kepayahan dalam study mereka. Semuanya perlu diraih dengan usaha. Usaha gigih. 

Modul GIT terasa sangatlah panjang, tapi semangat kita tak boleh mengendur. Perlu pandang jauh ke hadapan. Belajar 3 tahun, ilmu kita cumalah secebis daripada apa yang kita akan cuba amalkan ketika bekerja nanti. Ingatlah, antara kekalahan dan kemenangan cuma dipisahkan oleh sesaat kesabaran. Oleh itu, bersabarlah dalam menuntut ilmu. 3 tahun terasa macam pejam celik, apatah lagi 6 tahun yang akan dihabiskan di bumi Mesir ini. Maka, terus meneruslah menuntut ilmu dan berusahalah sebaik mungkin.

Apabila musim exam tiba, kita semua bertungkus lumus mengerahkan semua usaha dan daya untuk mendapat keputusan yang terbaik. Siapa tidak mahu keputusan yang mantap kan... Boleh beritahu keputusan tu dengan bahagianya pada ibu bapa tersayang. Tempoh study leave adalah tempoh yang sangat mencabar. Exam adalah satu ujian, yang membuat kita tertekan dan tak sabar untuk keluar daripada ujian tersebut. Ya, kita tak sabar untuk menghabiskan exam secepatnya.

Hari demi hari berlalu, bukan saja exam dah selesai, keputusan exam pun dah keluar. Allah… melihat sahabat-sahabat gembira dan lega, kerana lulus, buat hati kita berbunga. Tapi… Keputusan exam kita… Terasa gelap, suram hati bila memikirkan keputusan sendiri. Sungguh, yakin ini semua susunan Allah, tapi memang tak mampu menafikan ‘sakit’ yang melanda jiwa. Datang sahabat yang menenangkan. Percaya! Yakin! Susunan Allah itu yang terbaik. Mungkin kita tidak sehebat sahabat-sahabat lain, namun kita sudah mengerahkan seluruh tenaga dan usaha semata-mata mahu Allah redha. Pesan sahabat lagi, berbahagialah! Kerana Allah sayang pada kamu, Dia mahu ilmu tersebut lebih ‘melekat’ pada kamu dengan study berkali-kali berbanding sahabat lain. Dia mahu kamu lebih faham.


Dan percayalah, kita semua masing-masing diuji dengan cara yang berbeza. Wajah dan riak muka semua sahabat-sahabat kita mungkin tak menunjukkan apa yang berada di dalam hati mereka. Mungkin terlalu banyak masalah yang disimpan dalam hati mereka, dan yang mereka zahirkan cuma senyuman manis buat kita. Kita mungkin diuji dengan kesusahan study, mereka mungkin diuji dengan kepayahan melawan ‘penyakit-pemyakit hati’ yang dibisikkan oleh syaitan. Kita semua diuji. Cuma kita sedar atau tidak. Kita berusaha mencapai rahmat Allah melalui ujian tersebut atau tidak. Kita semakin dekat dengan Allah atau semakin jauh. Kita mengambil peluang untuk reflect diri sendiri atau tidak, kerana mungkin ada sesuatu yang perlu kita ubah. Ada sesuatu yang perlu lebih diambil berat.

Jom terus bersemangat! Yang penting usaha kita. Cuma usaha yang disulam ikhlas yang Allah pandang. Pengakhiran yang bersinar-sinar bermula dengan permulaan yang berapi-api. Abaikan penat lelah yang sementara ini, dan teruslah mengumpul kekuatan untuk menghadapi hidup!

Monday, March 25, 2013

GIT - QMU 3rd week

QMU 3RD WEEK by Section 1

Tuesday, March 19, 2013

GIT - Pharmacology



Link download slide-slide Pharmacology Gastrointestinal Module seperti berikut :

1)Drugs for upper GIT  
2)Antihelminth & antidiarrheal 
3)Antiprotzoal & Laxative **NEWUPDATE 

Sunday, March 17, 2013

GIT - QMU 2nd week

Saturday, March 9, 2013

QMU 1st Week

Monday, March 4, 2013

Sunday, March 3, 2013

GIT ( Past Year )

Download folder GIT ( Past Year )
Download

Selamat Memasuki Semester 6 bagi sesi 12/13
Semoga ACE Najah ,
Insha Allah.