Lancement de Batch (LDB)

Alexandria Caliph of Endeavor

Pengenalan Organisasi Batch 14/15

Alexandria Caliph of Endeavor

Bakat-bakat ACErs

Alexandria Caliph of Endeavor

Ini Hijrahku

Alexandria Caliph of Endeavor

Memories

Alexandria Caliph of Endeavor

Survivor: Alexandria Special (SAS)

Alexandria Caliph of Endeavor

Ambo Datang Buleh? (ADB)

Alexandria Caliph of Endeavor

P.S. I Love You, MOM

Alexandria Caliph of Endeavor

Friday, February 15, 2013

[Kempen Say No to V] Cerpen : Breaking Out of Your Guilt


Disember 2012.
Telefon bimbit berbunyi menandakan message masuk. Tanpa mengangkat mukanya, si pemilik telefon bimbit yang sedang khusyuk mengulang kaji nota-nota yang disalin dalam kelas Occlusion pagi itu mengambil telefonnya di hadapannya.
Message dibaca. Automatik satu senyuman terbentuk.
Mengabaikan sebentar nota di hadapannya, jarinya laju menaip untuk membalas message tersebut.
Telefon diletakkan semula di tempat asalnya, fikirannya kembali difokuskan kepada pembacaanya sebentar tadi, tetapi senyuman masih melekat di bibirnya.
Tidak sampai beberapa minit kemudian, telefon berbunyi lagi menandakan message telah dibalas. Laju sahaja tangan si pemilik telefon tersebut menaip setelah membaca message tersebut.
Dan seperti sebelumnya, fokusnya kembali kepada Centric Occlusion, Eccentric Occlusion, yang meminta-minta pembacanya untuk memberikan 100% perhatian kepadanya.
Malangnya, telefon bimbit itu berbunyi lagi, dan seperti tadi, pembaca/pemilik telefon itu terus mengabaikan nota berwarna-warni di hadapannya, terlupa yang ada sahaja yang sentiasa memerhatikan gerak geri serta perbuatannya itu.
--
“Lily, where to after this?”
Soalan rakannya itu dibiarkan tidak dijawab buat seketika. Tangannya ligat mengemas buku dan alat tulis yang bersepah di atas meja kuliah. Satu senyuman terbentuk.
“Off to the library I’ll go. Why Atirah?”
“Dengan siapa?”
“Him.”
“Ahh I see.” Jawab rakannya sambil mengangguk laju; faham, dan tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut.
“Berdua je ke?”
Angguk. Rakan di sebelahnya terdiam sebentar.
 “Lily, nasib baik kau mention pasal library. Aku nak ikut boleh? Aku rasa macam tak boleh digest lah doctor ajar Oral Patho tadi. Rasa macam kena berguru dengan Cawson la, dah terasa dah dia memanggil manggil aku dari library.”
Lily hanya tergelak dan mengangguk. “Boleh je lah At, tapi ada Afat lah, takut kau tak selesa je.”
They’ll say 3 is a crowd, but I’ll say a crowd is better than leaving two people unguarded and bounded to do things that we’re not supposed to do.
Dan monolog dalaman Atirah ini hanya mampu disimpan sahaja dalam hati, takut si rakannya itu terguris andai kata nasihat dan teguran ini dibuat.
Takpelah, at least I’m there. That should do for now. Fikir Atirah lagi.
Dan 10 minit kemudian, di atas jalan yang sesak dengan kereta-kereta yang sibuk berlawan hon antara satu sama lain, di tengah-tengah lautan manusia yang mempunyai destinasi masing-masing, dengan angin sejuk dihantar oleh laut Mediterranean menampar muka, dengan buku-buku yang dipeluk ke dada, kelihatan dua gadis berjalan menuju ke Bibliotheca Alexandria.
--
“Lily?” satu suara menegur mereka. Kedua-dua Lily dan Atirah mengangkat muka mereka dan di hadapan mereka berdiri seorang lelaki yang tak lekang senyuman dari bibirnya. Lily hanya tersenyum dan membalas, “Heyyy. Baru sampai?”
“Yeah. Sorry kalau I lambat.” Kerusi ditarik, laptop diletakkan di atas meja. “Need to kejar my doctor tadi, wanted to ask about our presentation which is due next week. Then the doctor gave a really, really long explanation to us, we actually thought that it was another lecture he’s going to give in the middle of the road. Then on the way here found myself caught between the bloody cars fighting over who gets to drive first and such. Explains why I’m late for…” Jam di tangan dilihat sekali imbas dan dia menyambung, “almost an hour. Really sorry Lily.”
“It’s okay. Happens to me all the time too. How are classes by the way?”
“Long, but interesting though. Wouldn’t complain if this is something that I have chosen, yeah? Oh by the way, hey yourself Atirah.”
Atirah yang sedang cuba membaca buku rujukan Cawson yang tebal di hadapannya tersentak. “Oh, kau kenal aku?”
Afat hanya tersenyum. “Mestilah kenal. Lily talks about you all the time.”
Atirah hanya mengangguk. Afat mengalihkan pandangannya ke Lily dan tersenyum. “How are classes today? Everything’s good? Occlusion’s being kind to you today?”
“They’re being fair enough. Occlusion decided to be nice today, Alhamdulillah.”
Perbualan di antara Lily dan Afat berlanjutan buat beberapa minit sebelum memberikan perhatian kepada pembacaan masing – masing. Dan pada petang itu, setelah habis menelaah di library, Atirah hanya mampu memandang dari jauh rakannya berjalan menuju ke kedai Diwani’s bersama Afat di sebelahnya.
--
Februari 2013.
Atirah menghampiri Lily yang sedang khusyuk membaca dengan earphone di telinga. Suasana hingar-bingar dalam kuliah itu diabaikan dan dia mengambil tempat di sebelah Lily. Lily masih lagi dengan Cornwell-nya tanpa menyedari kehadiran Atirah. Atirah memegang bahunya, lalu Lily mengangkat mukanya.
“Yeah?”
“Reading Cornwell again?”
“In the mood of reading something about crime lah. Doctor memang confirm tak datang eh?”
“Aah. Kau nak pergi mana – mana ke?”
“Tak kot. Malaslah nak pergi kafe.”
Atirah hanya mengangguk tanpa membalas kata-kata Lily.
“Atirah, Khamis ni kau pergi mana?” tiba-tiba Lily bertanya.
“Khamis ni?”
“Aah. 14 haribulan ni. Going anywhere?”
Atirah mengangguk. “Yeah, kelas tafaqquh. Kenapa Lily?”
Lily terdiam sebentar  sebelum menyambung, “Atirah, kelas tafaqquh tu lama tak?”
Atirah tersenyum. “Around 2 hours or so.”
“Pukul berapa eh? Kat mana?”
“Biasanya start 7-ish to 7.30 macam tu lah. Kat Masrah.”
“Masrah?” Dahi Lily berkerut. “In which part of Alex pulak tu?”
“Dia dekat dengan bangunan MARA, tak pandailah pula aku nak explain tapi kalau kau nak pergi dengan aku, boleh je Lily.”
Lily mengeluh. Cornwell di tangannya ditutup dan earphone di telinga ditarik.
“Nak, tapi….” Badannya disandarkan ke kerusi dan dia menyambung, “Afat nak bawak aku makan kat this one new restaurant, kat Stanley Bridge.”
“Oh.” Atirah terdiam. “What’s the occasion?”
“Valentine, he said.” Lily membalas. Satu keluhan dikeluarkan sebelum dia menyambung, “Blame him for being sooo…hopelessly romantic. He falls in love with the idea of love too, very, so much.”
Belum sempat Atirah membalas, Lily menyambung lagi, “At, kau tahu tak that feeling where benda yang kau buat tu rasa tak kena, rasa tak betul, but yet you feel reluctant to stop doing it?”
“I do have my share of experience of that. I bet semua ada. Kenapa Lily?”
“I wanted to talk to you actually for the past few days pasal ni,”
“Spill.”
“I don’t know why tapi sejak kebelakangan ni aku asyik rasa serba salah, guilty, rasa macam I am always under someone’s watch and ada this one presence yang akan scrutinize in everything I do.”
“Continue.”
“And aku rasa macam… betul ke apa aku buat selama ni? Apa purpose aku dalam setiap benda yang aku buat? Semua benda yang kita buat semua ada satu final goal or mission. And what’s mine? Kita amik example lah, kenapa aku belajar? Sebab aku aim untuk dapat Mumtaz, supaya aku boleh dapat a great deal of knowledge about the field that I’m going to work in within the next few years, tapi betul ke goal aku tu? Sama macam kenapa aku keluar dengan Afat? Apa je yang aku dapat kalau aku tiap-tiap hari contact dia? Sampai bila kami nak continue dengan rutin kami ni? And if we’re not meant to be together, apa yang akan terjadi pada semua benda yang kami asyik buat selama ni?”
Lily berhenti sebentar. Dia meraup mukanya sebelum menyambung lagi. “The thing is, when we started seeing each other, we do not have a definite goal for our relationship. Kenapa benda lain semua boleh ada goal, but this relationship issue don’t? Kalau macam tu, it’s like almost a waste of time kan? And...does Allah agree with what we’re doing now?”
Atirah menarik nafas dengan panjang dan mula menyusun ayat dalam kepalanya.
“Apa kau rasa sekarang, Lily?”
“Rasa macam sesak, rasa macam nak lari dari Afat, rasa macam tak nak jumpa dia dah, rasa macam nak buat semua tu, tapi…” Lily membuang pandangannya ke depan kelas dan menyambung, “It will be a great deal of pain for me to do so.”
Kedua – dua pelajar tersebut terdiam. Suasana hening itu tidak lama apabila Atirah mula berkata – kata, “Aku rasa kau boleh cuba untuk ubah apa yang kau rasa sesak semua tu dengan something small and simple yet can lead to the next subsequent big steps.”
“Iaitu?”
“By saying no to his invitation to that new restaurant thing.”
Lily terdiam lagi. Atirah mengambil peluang ini untuk menyambung ayatnya, “You know, I read somewhere yang it ain’t that cool for you to do what the other religions’ practitioners doing. In this case, it’s the celebration of the Valentine’s Day.”
“Oh? Tell me more.”
“I read somewhere yang one of the reasons kenapa kita tak boleh sambut Valentine is because of the celebration itself involves doing things that are not allowed in our religion. Yelah, bila fikir balik, keluar berdua, pergi somewhere yang konon-konon isolated for your so-called-privacy, that can not only lead to zina, but can also make people around you to be suspicious. Which will then lead to gossip. Plus, dalam sambutan Valentine’s Day ada sahaja ritual agama Kristian yang terlibat, which is a total contradictory to our religion. In a way, it damages you, your pride, and your faith, untuk menyambut Valentine.”
“Simply, Valentine is so not what a Muslim usually do.”
“Yep. And kita kan dah dilarang daripada menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. So, yeah…” Dia memandang rakan baik di sebelahnya dan menyambung, “Lily, aku beritahu kau pasal Valentine’s Day ni, in a way, it is related to whatever yang kau confide in me tadi. About you to re-think the whole situation of you and Afat.”
Si pendengar mengangguk. “Aku faham.”
“It’s hard, I know.”
“But it pains me more to be in that guilt and not being able to get out of it.”
“It’s your call, Lily.”
Lily mengangguk tanpa membalas apa – apa.
--
Akhir bulan Mac 2013.
Telefon berdering menandakan ada panggilan masuk. Atirah yang sedang menyediakan makan malam di dapur berlari untuk mendapatkan telefonnya.
Lily.
“Assalamualaikum. Lil? Kenapa?”
Talian senyap seketika sebelum kedengaran suara serak berkata – kata. “Waalaikumussalam. At…? Aku nak crash rumah kau malam ni boleh?”
“Lil, kenapa ni? Kau nangis ke?”
“Boleh tak aku datang rumah kau?”
“Tafaddal tafaddal, always welcome here. But first tell me kenapa weh? Kenapa kau nangis?”
“At?”
“Yes?”
“There’s nothing anymore.”
“Excuse me?”
“Afat. It’s over.”
Atirah menghela nafasnya. Dia segera membalas, “I’ll come over in an hour or so.”
“At, jangan, let me go there.”
“No, I insist. See you in an hour.”
“Okay. See you then.”
Setelah memberikan salam, Atirah dengan pantas menyiapkan makan malam untuk ahli baitnya yang lain sebelum bergerak ke rumah Lily.
--
Fast forward : Summer break 2014.
Matanya tidak lepas dari membaca tajuk buku - buku yang tersusun cantik di rak buku di hadapannya. Hari tu rasanya Lily ada recommend buku by writer Abdul Latip Talib… dia bermonolog dalaman sambil kepalanya tersenget – senget cuba membaca tajuk – tajuk di deretan buku – buku tersebut.
Haaa. There you are!
Buku Khalifah – Khalifah yang Benar tulisan Abdul Latip Talib ditarik keluar dari rak buku tersebut. Teringat betapa beria – rianya Lily menyuruhnya membeli buku tersebut. Dan masih lagi terngiang – ngiang suara ceria rakan baiknya itu memberitahu yang dia sangat – sangatlah tertarik dengan kisah Saidina Umar al-Khattab terutamanya, dek perubahan sahabat Nabi itu daripada seorang yang sangat keras hati dan membenci Nabi Muhammad s.a.w. sehinggalah mampu menjadi seorang pemimpin umat Islam!
“Never fail to amaze me, how awesome can a life turn out to be, how can people change, from bad to good, from wrong to right, from the crooked to the straight path. Simply amazing.”
Atirah hanya tersenyum apabila teringatkan semula perbualan antara mereka berdua. Sungguh, Lily dahulu dengan Lily sekarang dah lain.
Betullah, anjakan paradigma itu, pasti semua orang impikan, bukan?
Lamunannya terhenti apabila telefonnya berbunyi.
“Assalamualaikum. Lily! Aku dekat MPH ni, baru jumpa buku yang kau suruh aku baca tu. Kau apa khabar?”
“Waalaikumussalam. Haa make sure kau baca through and through, read between the lines! And tolong fahamkan kenapa aku suka sangat kisah Saidina Umar al-Khattab.”
“Will do, inshaAllah. Kenapa kau call?”
“Hee.” Lily berdehem sebelum menyambung, “I have a news to break,”
“Spill.”
“Promise kau takkan jerit sebab MPH is really quiet and if you let out even a squeal people will notice.”
“InshaAllah. Now spill and shoot.”
“Okay.” Lily menghela nafasnya. “Ada satu keluarga datang dari Kajang, dan…”
“Dan?”
“They asked for my hand in marriage.”
Atirah rasa macam nak terduduk bila dengar berita rakan baiknya itu. Dia dapat merasakan yang matanya sedang bergenang.
“Ya Allah Lily, seriously? Siapa weh? What’s your answer then? Weh aku speechless!”
Lily hanya tersenyum. “Ayah dan ibu aku minta satu minggu untuk beri jawapan.”
Atirah mengangguk. “That’s good, that’s good. Jangan terburu – buru dalam buat keputusan. Minta petunjuk and jawapan dari Allah, kan? Who is it, Lily?”
“Atirah…”
“Hmm?”
“It’s Afat.”
Dan sungguh, tanpa disedari, setitis air mata sudah pun mengalir di pipi Atirah.
Bukankah satu penantian yang penuh dengan kesabaran dan pengorbanan itu satu penantian yang berbaloi?





By : Anonymous :)
*Enjoy your reading :)