TAZKIRAH KULLIYYAH
U/P:SR dan Timbalan SR(group A, B, C)
LECTURE 27/11/2011
Bismillahirrahmaanirrahim
“Pengorbanan Teras Perubahan” –tema maal hijrah 1433H
-Sama-sama kita semua ambil ibrah dalam memasuki tahun baru hijrah
-Apakah kita hanya mahu sekadar memerhati kehadiran tahun baru atau meraikan kehadirannya dengan keazaman yang baru?
-Cuba kita tanya pada diri sendiri, apa azam tahun baru kita? Adakah azam kita itu ke arah kebaikan? Adakah hari permulaan tahun baru kita dimulakan dengan perkara-perkara yang bermanfaat? sama2 kita renungkan
-Sebaik-baiknya kita muhasabah dan koreksi diri serta buat checklist apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Di tampuk manakah kita berada kini?
-Kita tengok diri kita, tilik diri kita, dari segi hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia
-Bagaimana pula pengorbanan kita untuk mendapat keredhaan Allah?
-Setiap perubahan memerlukan pengorbanan. Namun, sejauh manakah pengorbanan yang telah kita lakukan dalam transformasi diri agar tercapai tujuan asal transformasi?
-Apa transformasi yang kita lakukan? Dari segi akhlak, pakaian yang melambangkan maruah, aurat yang tertutup sempurna.
-Bagaimana pula pergaulan kita sesama teman dan sahabat dan mereka yang berlainan jantina? -Apakah segala yang telah disenaraikan tadi telah kita sempurnakan pelaksanaannya?
- Marilah bersama-sama kita muhasabah diri, sama-sama bercita2 mencari keredhaan-Nya, bukan sahaja excellent dalam belajar yang kita mahukan dalam hidup ini, malah ada lagi perkara yang lebih penting dan lebih utama untuk kita jadikan sebagai hadaf atau tujuan atau matlamat hidup, yakni KEREDHAAN-NYA insya-Allah.
Wallahua’lam.
LECTURE 28/11/2011- AURAT
Akhawat, tahukah anda mana aurat kalian?
Aurat kalian sebenarnya semua kecuali tapak tangan dan muka.
Muhasabah diri sahabat-sahabat, tilik diri masing2.
Perhatikan diri kita, apa yang kita pakai? Untuk apa dan siapa kita berpakaian begitu?
Sebaik-baiknya kita perbaharui niat kita tika menyarung pakaian ke tubuh badan.
“Sahaja aku memakai pakaian ini, tudung ini, bersiap-siap begini kerana Allah s.w.t.”
Dosa aurat adalah termasuk dalam dosa besar.
Begitu juga ikhwah ada aurat yang perlu dijaga ( antara pusat dan lutut).
Terutamanya tika bersukan (cth bola sepak), pilihlah pakaian yang bersesuaian.
Janganlah buat diri dan orang lain yang memandang turut berdosa.
LECTURE 29/11/2011 - IKHTILAT
Sahabat, sejauh manakah hubungan antara ikhwah dan akhawat, atau lelaki dan perempuan?
Pernah kita terfikir betul ke cara pergaulan kita selama ini?
Sebenarnya tidak ada istilah kawan antara lelaki dan perempuan.
Lelaki tidak boleh menghampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab.
Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu.
.Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.
Kenapa perlu mencari teman yang berlainan jantina jika ia hanya mendatangkan kerosakan dalam hati?
Lelaki perlu menjaga atau menundukkan pandangan. Begitu juga perempuan.
Masing-masing perlu menjalankan peranan masing-masing agar ikhtilat dapat dihindari dan zina dapat dijauhi.
Firman-Nya,
"Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka" (24:30).
LECTURE 30/11/2011 - AURAT
Tutup aurat tapi telanjang? Apa yang terlintas di fikiran kalian berkenaan ayat ini?
Apa yang dimaksudkan dengan ayat ini ialah memakai pakaian yang menutup bahagian aurat atau menutup kulit namun jarang dan ketat.
Kalau macam tu, buat apa kita berpakaian namun masih dilihat telanjang pada pandangan manusia dan lebih-lebih lagi pada pandangan agama, bukankah begitu?
Syarat-syarat secara umum untuk menutup aurat ialah pakaian tidak menampakkan warna kulit / pakaian tidak jarang, tidak menampakkan bentuk tubuh badan / berpakaian ketat dan tidak memakai pakaian yang menyerupai agama lain.
“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian. [hadis nabi]
LECTURE 1/12/2011 - AURAT DAN IKHTILAT
Sebenarnya kedua-duanya ini saling berkaitan.
Cuba sahabat fikirkan, jika sahabat-sahabat sekalian berpakaian menutup aurat dengan sempurna dan dihiasi akhlak yang baik, jaga percakapan dengan lelaki, insya-Allah tak ada ikhwah atau lelaki yang berani untuk cuba mengambil kesempatan dan kehormatan serta keselamatan kalian .
Begitu juga lelaki, jagalah pandangan anda. Jangan hanya nampak salah perempuan sahaja.
Kalian disuruh menundukkan pandangan, kalau kalian dah berkenan, persiapkan diri dan perkemaskan persiapan diri, jumpa yang menjaganya(wali), tidak perlu berjumpa berdua-duaaan, berchatting-chatting, bermessage-message, berskype2.
Sahabat2, lelaki yang buat begitu, yang mendekati anda kerana dia cakap sayangkan anda, sukakan anda, bukan lelaki yang baik,
Jika dia lelaki yang baik, dia akan berjumpa wali anda dan mengikut batasan syariat dan tidak melekakan hati anda.
Sahabat-sahabat sekalian, marilah bersama-sama kita semua jauhi/hindari apa-apa yang dilarang Allah dan patuh segala suruhan-Nya.
Dia Maha Pengampun. Pintu keampunan atau pintu taubat akan sentiasa terbuka sehinggalah hari kiamat.
Masih tidak terlewat untuk kita semua melangkah ke hadapan dan melakukan transformasi diri ke arah yang lebih baik dan diredhai-Nya.
Dari Imam Hassan Al-Basri :
" Sesungguhnya aku sedang menasihati bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
0 comments:
Post a Comment