Assalamualaikum ..
“Apakah tujuan hidup manusia di atas muka bumi ini”soal si guru memecah kesunyian kelas 5 Maari.Persoalan itu benar-benar mencetus sedikit kebingungan dalam benak fikiran anak didiknya.
“Tujuan hidup kita di atas muka bumi ini terbahagi kepada dua .Pertama Ibadah.Kedua Khalifatullah.Rasa-rasanyanya semua maklum akan hal ini”,jawab Imran dengan penuh keyakinan.Suaranya sedikit bergetar gara-gara ketakutan.Namun pantas Imran menyelimuti perasaan itu.
“Hmm3..Tepat sekali.Memang sudah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran menyatakan secara jelas dan “cerah” lagi tentang matlamat hidup kita di atas muka bumi ini.Namun berapa ramai yang sedar akan hal ini???Macam mana pula dengan perlaksanaan mereka untuk mencapai matlamat ini???”sangkal si gurunya pula.
Anak didiknya terdiam.Diam membisu sambil berfikir sejenak..
Begitulah situasi yang berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh nun jauh di utara tanah air.Melahirkan para pelajar yang TAHU matlamat hidup tetapi masih kurang FAHAM akan matlamat hidup sebenarnya.
Bayangkan kalau persoalan itu diletakkan di atas bahu kita???Setakat mana usaha yang kita lakukan untuk mencapai matlamat hidup tersebut.Bagi mereka yang FAHAM mereka akan “BERGERAK”untuk mencapai matlamat ini.
Coretan sejarah telah menunjukkan beberapa contoh pemuda yang faham akan matlamat hidup mereka.Sebagai contoh,sahabat nabi s.a.w, Musab bin Umair yang sanggup berhijrah ke Madinah dan menggadaikan seluruh kekayaan yang dimilikinya semata-mata menyahut seruan Rasulullah untuk menyampaikan dakwah di Madinah.Bahkan,tercatat dalam lembaran sejarah bahawa tiada suatu pintu rumah di kota Madinah pun yang tidak diketuk olehnya.Walaupun beliau pernah diancam bunuh ketika berdakwah,namun kerana keazaman dan keyakinan yang tinggi terhadap Islam menyebabkan beliau tidak berganjak daripada jalan dakwah ini.Lihatlah begitu praktikalnya Musab bin Umair dalam usaha untuk menuju matlamat hidupnya.
Berbeza dengan situasi yang berlaku di Malaysia.Fenomena di Malaysia lebih terarah untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam teorinya.Namun apabila tiba soal praktikal,masing-masing diam membisu.Lebih teruk lagi apabila masing-masing menuding jari di antara satu sama lain.Soal agama diserahkan kepada insan yang bergelar ustaz, memakai jubah,berkopiah dan berjanggut semata.Hasilnya peng”islah”an masyarakat semakin mandul gara-gara tasawur(gambaran) begini.Tasawur Islam yang tidak boleh dianggap enteng sama sekali.
Lebih menyedihkan lagi apabila tercetusnya pula fenomena Hantu Kak Limah yang mendapat tempat di hati masyarakat baru-baru ini.Ketika soal agama diserahkan kepada USTAZ sahaja fenomena “pendakwah” kak Limah pula menjadi rebutan masyarakat.Masing-masing mahu mengambil bahagian untuk menceritakan tentang kehebatan filem ini.Kehebatan Islam makin dilupa oleh mereka.Kalaulah skrip perbualan Hantu Kak Limah boleh dihafal masakan ayat Al-quran yang menjadi pegangan hidup kita tidak dihafal????Sama-sama kita renungkan.
REALITI MALAYSIA
REALITI hari ini rata-rata masyarakat tidak menyedari akan tanggungjawab untuk mempraktikkan corak hidup berlandaskan matlamat hidup mereka.Rata-rata umat Islam tahu akan matlamat hidup sebenarnya.Mungkin disebabkan kegagalan untuk memahami nya menyebabkan mereka terus hidup bersenang-lenang di bawah lembayung jahiliah .Lihat sahaja gelagat muda-mudi kita.Berapa ramai yang gembira hidup di bawah paksi hedonisme????
Baru-baru ini telah tercetusnya satu gegaran “hedonism” di tanah air gara-gara Justin Bieber yang menerima kunjungan seramai 17,000 ribu.Rata-ratanya pengunjung konsert ini terdiri daripada para remaja.
“Rileks r bro,Muda-muda nie kita enjoy lar dulu…Ko pegi lar disko,pegi konsert,dating dengan awek ke dulu…Barulah REMAJA namanya!!Dah tua kerepot nanti barulah kita taubat..pegi masjid lar plak tiap-tiap hari”,getus seorang pemuda.
Wah.Sungguh lantang PEMUDA kita bersuara.Ketika PEMUDA Mesir sibuk untuk menuntut kemerdekaan daripada rejim Husni Mubarak,pemuda kita pula disibukkan dengan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan.Bagi mereka masa tua untuk IBADAH masa muda pula untuk ENJOY semata.
Mungkin inilah punca masjid dan surau di Malaysia rata-ratanya dipenuhi oleh Kaum Tua.Muda-mudi hilang entah ke mana.
Kebetulan,ketika Justin Bieber menggegarkan Malaysia,Syeikh Abdurrahman As-Sudais turut hadir membuat kunjungan.Mungkin untuk meredakan sedikit“gegaran hedonism”ini.Namun amat menyedihkan apabila gegaran Hedonism berjaya mengalahkan kepopularitian ulama’.Sungguh,realiti ini membuktikan betapa parahnya bahana hedonism ini.Ulama’ tidak dipeduli,penyanyi pula disanjung tinggi.
Lebih terkilan lagi apabila melihat gelagat-gelagat masyarakat yang berebut-rebut untuk menyentuh,memegang dan mencium kepala Imam tersebut semata-mata mahu mengambil berkat.
Biarlah sang empunya akal memikirkannya.
SOLUSI
Tujuan hidup
2.Khalifah
"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnyayang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-An'am 6 : 165)
3.Menyeru kebaikan mencegah kemungkaran
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya" (Surah Ali Imran 3 : 104)
Cukuplah rasanya surat-surat cinta daripada Allah di atas menjadi solusi kepada permasalahan ini.Fahami ayat al-quran di atas betul-betul.Jangan sekadar ambil tahu tapi tidak mahu memahaminya.Bagi insan yang sedar mereka akan terus mencari jalan tanpa jemu.Tidak perlu dihuraikan lebih panjang berkenaan ayat di atas kerana anda sendiri ada solusinya.Yang penting jangan menjadi “penonton” sahaja.Jadilah umat Islam yang bukan sekadar reaktif tapi lebih produktif.Mungkin selepas anda sedar akan tujuan hidup sebenarnya anda akan menjadi lebih agresif dalam mencapai matlamat hidup sebagaimana agresifnya Musab bin Umair dalam menyampaikan dakwah Islam demi mencapai matlamat hidupnya. Kepada komuniti Perubatan Cawangan Iskandariah ayuhlah kita sama-sama ambil cakna kembali matlamat hidup kita.Moga-moga dengan cerahnya matlamat hidup,kita mampu untuk melahirkan doktor yang "Full Time Muslim".Jangan bazirkan angka 1000 ahli perubatan di Iskandariah.Jangan biarkan kuantiti membelenggu kualiti.
CERAHKANLAH MATLAMATMU HARI INI!!!!
0 comments:
Post a Comment