Saturday, May 14, 2011

Etika mencari Rumah

Unit Perumahan 2011/2012 PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah memperkenalkan satu polisi perumahan bagi warga Iskandariah yang ingin mencari rumah. Etika perlu dipatuhi oleh semua ahli tanpa berkecuali. Etika ini terdiri meliputi perkara-perkara sebelum, semasa dan selepas mencari rumah.

SEBELUM
Setiap ahli PCI hendaklah merancang dan mengambil kira perkara-perkara berikut sebelum mencari rumah ;
1. Bilangan penghuni




  • Bilangan penghuni yang dicadangkan adalah sekurang-kurangnya 3 orang dan maksima 6 orang bersesuaian dengan keluasan rumah dan bilangan bilik.

2. Kawasan penempatan
  • Kawasan penempatan yang disarankan adalah di antara Azarita dan Ibrahimiyah bagi akhawat dan di antara Azarita sehingga Sidi Gaber bagi ikhwah.

3. Sewa rumah
  • Sewa rumah perlu diakadkan selama tempoh setahuntermasuk sewa di waktu musim panas.
  • Sewa rumah sebulan yang ideal adalah :-
    • Sewa rumah sebulan berjumlah EGP 1500-1800, atau;
    • Sewa bayaran seorang penghuni sebulan adalah EGP 300-350.
  • Jumlah had maksima telah diwujudkan untuk mengawal harga sewa rumah dari terus meningkat.
  • Skala yang dibenarkan untuk sewa termahal (had maksima) adalah bayaran EGP 350 seorang sebulan.
Bilangan penghuni
Kiraan Sewa Sebulan
Had maksima harga sewa
3
3 orang x EGP 350
EGP 1 050
4
4 orang x EGP 350
EGP 1 400
5
5 orang x EGP 350
EGP 1 750
6
6 orang x EGP 350
EGP  2 100


4. Makluman

·        Sekiranya hendak berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang lain, ahli PCI perlulah memaklumkan kepada wakil Unit Perumahan
·        Ahli PCI juga perlulah merujuk kepada wakil Unit Perumahan atau etika perumahan tentang maklumat-maklumat rumah yang dikehendaki untuk memudahkan urusan mencari rumah.

SEMASA
Setiap ahli PCI hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut semasa proses mencari rumah:

·        Kawasan penempatan yang ingin dihuni mestilah selamat dari sebarang bahaya atau ancaman.
·        Keadaan rumah mestilah selamat untuk didiami.


·        Pelajar lelaki dan perempuan tidak dibenarkan tinggal bersama di dalam satu rumah melainkan mempunyai hubungan yang disahkan mengikut syara’.
·        Pelajar lelaki dan perempuan tidak dibenarkan menyewa dalamsatu imarah yang sama
·        Tuan rumah hendaklah seorang yang boleh bertolak- ansur.
·        Harga sewa rumah hendaklah berpatutan dengan keadaan rumah dan mematuhi maksima yang dibenarkan.
·        Bayaran “arbun” (deposit pra-kemasukan rumah) hendaklah dihadkan ke EGP 200 sahaja. Bayaran “ta’min” hendaklah tidak melebihi harga sewa sebulan rumah tersebut.
·        Mestilah ditemani wakil unit Perumahan PERUBATAN ataupun mana-mana pelajar senior ketika membuat akad.
·        Jika menggunakan khidmat simsar (ejen perumahan tempatan di Mesir), hendaklah disiasat dahulu reputasi simsar tersebut daripada ahli-ahli PCI lain demi keselamatan dan kemudahan pada masa akan datang.



SELEPAS
Setiap ahli PCI hendaklah melaksanakan perkara-perkara berikut selepas segala urusan mencari rumah selesai:

·        Mendaftarkan rumah anda pada wakil Unit Perumahan  segala maklumat berkaitan perumahan seperti nama ahli, nombor telefon, alamat rumah, sewa dan sebagainya; untuk tujuan rekod.
·        Menjaga rumah sewa dengan sebaiknya dari sudut kebersihan, peralatan-peralatan dalam rumah, sensitiviti dengan masyarakat sekitar dan sebagainya.
·        Memastikan keselamatan rumah terjamin dari bahaya dan ancaman.

0 comments:

Post a Comment