Sunday, May 15, 2011

Sekitar Intifada 3 di Universiti Iskandariah

Iskandariah,15 Mei 2011-Mahasiswa dan mahasiwi Arab Mesir telah mengadakan sebuah pameran dan ucapan awam di Mowassah sempena Intifada 3 yang berlangsung pada hari ini.Menurut beberapa mahasiswa Tahun 1,ketika mereka sedang berehat di kafe secara tiba-tiba saudara Ali mengucapkan salam dan memberikan ucapan yang cukup bersemangat sempena Intifada 3 hari ini.Ramai mahasiswa terpaku melihat akan kepetahan saudara Ali memberikan ucapannya.



Hari ini juga diadakan pameran tentang sejarah perampasan dan pembunuhan rakyat Palestin sejak tahun 1948.Sesi penerangan tentang sejarah Palestin oleh Ajk Pameran turut membuka mata umat Islam  untuk menuntut kembali tanah palestin yang telah dirampas secara kejam oleh puak yahudi.Salah satu fakta yang menarik ialah mengenai manusia di sebalik agenda merampas tanah Palestin.Theodor Herzl pencipta kepada ideologi ZIONISME telah merencanakan  agenda Zionis untuk membuka penempatan yahudi di Palestin.Kronologi sejarah berkenaan Yahudi seperti di link berikut sejarah yahudi.

Bersama Ajk Pameran
Sekitar sejarah mengenai Palestin
Seribu satu kisah duka rakyat Palestin yang diseksa oleh yahudi

Para pelajar juga berpeluang untuk meletakkan tandatangan dan luahan hati mengenai isu Palestin di atas kertas yang disediakan.Walaupun kita tidak mampu untuk mengangkat senjata untuk menuntut bela atas jenayah yang dilakukan oleh zionis,cukuplah kita sekadar mengambil cakna dan prihatin dengan perkembangan isu semasa mengenai saudara kita di Palestin.Biarlah hanya sebaris kata dan seukir tandatangan,tetapi mana tahu kekuatannya mampu untuk mencanting samudera minda.



Kami juga sempat menemu ramah saudara Ali berkenaan Intifada kali ini.Saudara Ali menjemput pelajar-pelajar Malaysia untuk turut bersama-sama menyertai mereka untuk sembahyang subuh setiap hari di Gamie Ibrahim.Menurutnya lagi,umat Islam tidak akan dapat mengalahkan yahudi selagi mana bilangan jemaah solat subuh tidak sama dengan bilangan jemaah solat Jumaat.Moga kita mahasiswa dan mahasiswi Malaysia bersama-sama menyahut cabaran ini bagi menyatakan kesungguhan kita untuk mendapatkan kembali tanah milik umat Islam.Semoga yahudi zionis dan sekutunya mendapat hukuman yang setimpalnya atas penyeksaan dan pencabulan ke atas umat Islam di Palestin.

Bendera Israel yang dilukis di atas jalan


Disediakan oleh:Unit Penerbitan dan Penerangan

0 comments:

Post a Comment