Saturday, April 7, 2012

Analisa Result Semester ke 3

 Assalamualaikum,



Ikhwah dan akhawat sekalian,
Alhamdulillah akhirnya pihak akademik batch secara rasminya telah berjaya menyiapkan analisis keputusan semester 3.Setelah menanti dengan penuh debaran keputusan semester ini, akhirnya sudah tiba pula masa untuk kita mengukur potensi diri  .Semoga analisis yang dikeluarkan daripada kami dapat menyuntik semangat anda untuk terus melangkah dengan lebih bergaya.
Setelah pihak-pihak atasan akademik batch berbincang akhirnya  kami telah bersetuju meletakkan  Ranking Top 50 sahaja.Untuk anda yang tidak tersenarai di dalam ranking ini anda boleh merujuk kepada ketua SR masing-masing untuk mengetahui kedudukan anda di dalam batch.
Berikut adalah keputusan TOP 50 untuk semester kali ini.
Ranking Top 50

Pelajar Terbaik Semester 3

Semester yang lepas,takhta pelajar terbaik dipegang oleh ikhwah iaitu saudara Muhammad Faiz Ruslan daripada Group B.
Kali ini takhta pelajar terbaik telah dirampas oleh saudara Arif Helmi anak kelahiran Terengganu Darul Iman.





Pelajar di atas merupakan pelajar terbaik bagi semester ke-3. Saudara MOHAMMAD ARIF HELMI BIN MOHD AZAM merupakan pelajar Lecture B dan juga merupakan pelajar terbaik daripada section 6.  Ini merupakan kejayaan kali ke-2 setelah berjaya menduduki tempat pertama dalam semester 1.Tahniah diucapkan atas kejayaannya yang begitu cemerlang,


NAMA                     : MOHAMMAD ARIF HELMI BIN MOHD AZAM
ASAL                      : KUALA TERENGGANU
SEKOLAH LAMA   :
 SMKA SYEIKH ABDUL MALEK



Berikut adalah pencapaian akademik beliau untuk semester 2/2011

MODULE
TOTAL MARKS
GRED
TOTAL MARKS
TOTAL GRED
    8
139
A-
390.4
A-
    9
191.4
A-
   
   10
60
A




















Analisis Exam mengikut Section


NUM
SECTION
MARKS %
1
SECTION 2
77
2
SECTION 6
75.5
3
SECTION 7
75.2

4
SECTION 5
73.6

5
SECTION 4
72.9

6
SECTION 8
72.5

7
SECTION 1
72.1

8
SECTION 3
71.6

9
SECTION 9
69.7




Tahniah bagi ikhwah dan akhawat yang berjaya menempa kejayaan yang cemerlang.Diharapkan keputusan kali ini dapat menjadi penanda aras bagi sahabat-sahabat lain untuk terus berusaha dan tidak mudah berputus asa untuk bersama-sama mencapai kejayaan yang lebih mantap.Bagi yang berjaya jangan pernah anda berpuas hati dengan kejayaan ini kerana hari esok masih lagi “misteri”.Mungkin hari ini kita berjaya di atas tapi siapa tahu suatu hari nanti kita pula di bawah.
So teruskan usaha anda memerah peluh keringat untuk terus melangkah dan mengulang kaji dengan penuh gigih sehingga berjaya ke puncak menara gading.
“Kejayaan yang OSEM lahir daripada permulaan yang segak bergaya”-anonymous-
“Permulaan yang segak bergaya tidak mampu MENJENTIK kejayaan jika anda tidak pernah kenal kuasa ISTIQAMAH”   -pemudajalanan-

Jalan Istiqamah

Motivasi
Untuk sahabat-sahabat yang kurang berjaya,
Jangan pernah mudah berputus asa,
Ingat sahabat-sahabat segala musibah yang kita hadapi merupakan satu ujian bagi kita untuk diuji keimanan dan tahap kesabaran kita terhadap Allah.
Gagal sekali tidak bermakna anda gagal selamanya,Sirah Nabi Muhammad S.A.W  sendiri telah membuktikan tentang peri pentingnya untuk terus tabah dan melangkah seoptima mungkin dalam menjalani rencah kehidupan
(*syeikh zaman ni mane ade exam??Macam mana nak ambil ibrah)
***Krik-krik***
Tak saya tak sembang pasal imtihan.
Ok memang benar zaman tu tiada exam “bertulis” mahupun “objektif” .Tapi apa yang wujud pada zaman itu adalah ujian kehidupan yang lebih hebat daripada ujian akademik kita.Ujian yang menentukan keimanan seorang hamba dalam melaksanakan dakwah.
Apabila menyebut perkataan gagal saya tertarik untuk berbicara mengenai kisah dakwah nabi Muhammad S.A.W di Thaif.
Sahabat semua tahu bahawa kesudahan dakwah baginda tidak berjaya di Taif malah beliau di baling batu oleh penduduk di sana.
Sungguh sayu mengenangkan “exam” yang diterima oleh baginda.Sehingga apabila malaikat bertanya sama ada baginda mahu masyarakat di taif ditimpa oleh dua gunung yang cukup besar gara-gara tindakan mereka,baginda dengan “cool’nya menolak cadangan malaikat malah baginda berdoa supaya suatu hari nanti mereka akan memeluk agama islam.

Kembali semula ke situasi hari ini
Kita merasa sedih bila gagal,
Bintik-bintik mutiara mula meleleh menimpa pipi anda yang gebu.
Jiwa dironta, emosi dikurung, kemurungan pula dibakar,
Lantas menghangatkan lagi api ke”tensionan”
Habis hilang segala ke”hensem”an dan ke’cantik’an makhluk bernama manusia.
-Ok just joke-

Ikhwah dan akhawat,
Jangan mudah bersangka buruk.Sebenarnya Allah amat-amat menyayangi kita.Jangan mudah berputus asa dengan rahmat Allah yang cukup luas.Jangan menyesali dengan perkara yang lepas kerana ianya telah menjadi sejarah.Fokuskan untuk kehidupan anda selepas ini.Lanyakkan emosi negative anda dan terus melangkah jauh meninggalkan si ‘gagal’ keseorangan

Antara  nilai yang amat penting daripada kisah ini ialah bersabar,istiqamah dan jangan sekali-kali berputus asa dengan rahmat Allah.Jadikan 3 kunci ini sebagai  penyuntik semangat anda ketika ditimpa musibah.Ingat,ujian yang kita hadapi amatlah kecil jika hendak dibandingkan dengan baginda S.A.W.Lihat sahaja beberapa contoh pemuda yang amat kental dalam perjuangan mereka tidak pernah mengenal erti “gagal” akhirnya mereka berjaya menempa nama di lembaran sejarah.
Thomas Eddison hampir 1000 kali gagal mencipta lampu akhirnya berjaya pada cubaan yang terakhir.
US berjaya menghantar Neil Armsrong ke bulan setelah berkali-kali gagal sehingga banyak kapal angkasa mereka meletup dan angkasawan mereka terbunuh.

Kisah umat Islam pula..
Kota Kostantinopel antara kota Rom Timur yang amat kebal akhirnya berjaya dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh setelah hampir  800 tahun umat Islam cuba untuk menaklukinya.

“Orang yang HEBAT bukanlah orang yang sentiasa berjaya tetapi orang yang HEBAT adalah orang yang pernah merasai kegagalan dan dengan pengalaman itu beliau bangkit semula dan melangkah dengan penuh “macho” menggenggam kejayaan.”-cekmek-

Kesimpulan
Syukran kerana anda sudi membaca sampai ke saat ini.Moga-moga anda akan terus berusaha untuk mengecapi kejayaan yang lebih hebat lagi bukan sahaja kecemerlangan dunia bahkan akhirat jua.Jadikan kisah hari ini sebagai pengajaran dan pengalaman yang berguna untuk menempuh cabaran kehidupan kelak..

Waallahua'lam.















































_________________________

3 comments: