Lancement de Batch (LDB)

Alexandria Caliph of Endeavor

Pengenalan Organisasi Batch 14/15

Alexandria Caliph of Endeavor

Bakat-bakat ACErs

Alexandria Caliph of Endeavor

Ini Hijrahku

Alexandria Caliph of Endeavor

Memories

Alexandria Caliph of Endeavor

Survivor: Alexandria Special (SAS)

Alexandria Caliph of Endeavor

Ambo Datang Buleh? (ADB)

Alexandria Caliph of Endeavor

P.S. I Love You, MOM

Alexandria Caliph of Endeavor

Showing posts with label Unit Akademik. Show all posts
Showing posts with label Unit Akademik. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Motivasi Untuk Berjaya

Artikel dipetik dr laman web (www.iluvislam.com)
Semoga menjadi manfaat juga motivasi bagi sahabat-sahabat ACE yang masih terkapai-kapai untuk memotivasikan diri sendiri. Ingatan untuk semua sahabat ACE juga diri sendiri :)

Ramai manusia yang ketika hidupnya, dia terlupa untuk merasa diri sebagai hamba. Sehinggalah akhirnya kematian datang menjemputnya, ketika itu penyesalan dengan darah mata sekalipun tidak lagi bermakna.
Mereka ini adalah manusia yang mata hatinya telah dihijab oleh Allah untuk nampak kejelasan tanda-tanda-Nya yang cerah. Kerana mereka sendiri sebelumnya telah menjauhkan diri dari landasan kebenaran. Firman Allah,
"Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya,"surah Al-Isra' ayat 27.
REDHA TUHAN = BERJAYA
Kita selalu bertanya kepada diri dan orang lain. Kita tanya:
Minta berikan sedikit motivasi, jalan manakah yang paling dekat dengan kejayaan?
Maka saya ingin menyebut jawapan sebegini:
Kita hidup adalah untuk mencari redha Allah SWT. Maka, kejayaan kita yang sebenar adalah apabila segala sesuatu yang kita lakukan adalah untuk mendapat redha Allah SWT.
Pada saya, di sini letaknya motivasi kejayaan kita yang paling besar sebenarnya.
Motivasi yang meletakkan Tuhan sebagai batu asas akan menemui jalan kejayaan yang paling hebat, paling bermakna.
Selaklah sirah baginda nabi, lihatlah kepada para sahabat baginda, telitilah kisah hidup ulama-ulama kita yang terdahulu, yang mereka ini luar biasa bagus dan hebat sekali, kita akan dapati motivasi kejayan mereka adalah redha Sang Pencipta.

PESANAN DR. A'LI JUM'AH
Kerana itu, saya suka untuk sampaikan kepada semua satu petua yang disebut oleh Mufti Mesir, Dr. Ali Jum'ah ketika kuliah beliau di Masjid Al-Azhar sebelum ini.
Kata beliau, setiap pagi ucapkanlah Allahu Maksudi, Wa Redha hu Matlubi (Allah tujuanku, dan redha-Nya lah yang kuharapkan).
Baca ini 7 kali setiap pagi, dan kita insyaAllah akan bergerak untuk menjadi manusia yang lebih baik hari itu.
Kata beliau lagi, pengulangan sebanyak tujuh kali ini sebagai kita memperkuatkan keinginan kita.
Penegasan bahawa kita sememangnya hidup atas tujuan menjadi hamba Allah dan dalam hidup kita, yang kita cari hanyalah redha-Nya.
Maka, pasakkan di dalam jiwa, kita adalah hamba-Nya.

"Serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar." Surah At-Taubah ayat 72..

Biodata Penulis

Mohd Naimul Firdaus Bin Abd Latib telah melanjutkan pengajian ke Al-Azhar As-Syariff, kampus induk Kaherah pada September 2009 hingga sekarang. Beliau berkongsi karya dihttp://naimulfirdaus.blogspot.com.


Artikel boleh di lihat di di sini

Monday, October 8, 2012

Welcome Back!



Assalamualaikum wbt.

Selamat Kembali ke Alexandria , serta selamat menghadapi Semester Baru , Tahun Baru serta Azam Baru!
Untuk pengetahuan rakan-rakan ACE , semester 5 kita sudah pun bermula pada 07 Oktober 2012 (Ahad).
Bagi yang masih tidak tahu , tahun ini kita tidak menggunakan module , tetapi pihak universiti telah mengeluarkan buku bagi setiap subject (eg: Physiology , Histology , Biochemistry dll. ) dan boleh didapati di setiap department di Mouassah dan Darul Elm. 

Download link untuk Jadual Endocrine System
Download link untuk  [Anatomy]Pituitary Gland

Selamat BerAZAM BARU, semoga Tahun ini satu Batch ACE 2010-2016 Cemerlang , Amin Ya Rabb :) 

Sunday, June 10, 2012

MAA ( MUMTAZ All ACE )




These are a few links information
about our upcoming examination :)
GoodLuck all!
Bittaufiq Wannajah ,
May Allah bless all of us


MUMTAZ ALL ACE!
practical exam >> click here!
trio modules (schedule) >> click here!
trio modules (place) >> click here!
marks >> click here!


Dont forget to change your desktop wallpaper :D

Monday, May 28, 2012

Student's Academic Guide

This is the academic guide from our university..
Student_s Academic Guide

Thursday, May 3, 2012

Yeay! Exam lagi!

Salam ,

this is Module 12 Exam Schedule :)

Take note sahabat  ♥ ♥

Download link>>> Click here! Exam Schedule Module 12

Monday, April 16, 2012

Analisa result 3rd sem 2nd year




Booster Exam 

Jom tengok analisa result-result sem kita yang lepas... 
Tak puas hati?? Sedih?? 
Apa lagi... BUAT YANG LAGI TERBAIK!! 

"orang-orang berjaya adalah lebih berjaya apabila dia membawa orang lain juga turut berjaya" 

Semoga semester ni module ni lebih baik dari yang sebelumnya. 
"YaAllah Engkau kurniakan lah rakan-rakan batchku kejayaan di dunia serta Akhirat, InsyaAllah" 

Ameen.




Analisa Result 3rd Sem 2nd Year






Saturday, April 7, 2012

Analisa Result Semester ke 3

 Assalamualaikum,



Ikhwah dan akhawat sekalian,
Alhamdulillah akhirnya pihak akademik batch secara rasminya telah berjaya menyiapkan analisis keputusan semester 3.Setelah menanti dengan penuh debaran keputusan semester ini, akhirnya sudah tiba pula masa untuk kita mengukur potensi diri  .Semoga analisis yang dikeluarkan daripada kami dapat menyuntik semangat anda untuk terus melangkah dengan lebih bergaya.
Setelah pihak-pihak atasan akademik batch berbincang akhirnya  kami telah bersetuju meletakkan  Ranking Top 50 sahaja.Untuk anda yang tidak tersenarai di dalam ranking ini anda boleh merujuk kepada ketua SR masing-masing untuk mengetahui kedudukan anda di dalam batch.
Berikut adalah keputusan TOP 50 untuk semester kali ini.
Ranking Top 50

Pelajar Terbaik Semester 3

Semester yang lepas,takhta pelajar terbaik dipegang oleh ikhwah iaitu saudara Muhammad Faiz Ruslan daripada Group B.
Kali ini takhta pelajar terbaik telah dirampas oleh saudara Arif Helmi anak kelahiran Terengganu Darul Iman.





Pelajar di atas merupakan pelajar terbaik bagi semester ke-3. Saudara MOHAMMAD ARIF HELMI BIN MOHD AZAM merupakan pelajar Lecture B dan juga merupakan pelajar terbaik daripada section 6.  Ini merupakan kejayaan kali ke-2 setelah berjaya menduduki tempat pertama dalam semester 1.Tahniah diucapkan atas kejayaannya yang begitu cemerlang,


NAMA                     : MOHAMMAD ARIF HELMI BIN MOHD AZAM
ASAL                      : KUALA TERENGGANU
SEKOLAH LAMA   :
 SMKA SYEIKH ABDUL MALEK



Berikut adalah pencapaian akademik beliau untuk semester 2/2011

MODULE
TOTAL MARKS
GRED
TOTAL MARKS
TOTAL GRED
    8
139
A-
390.4
A-
    9
191.4
A-
   
   10
60
A




















Analisis Exam mengikut Section


NUM
SECTION
MARKS %
1
SECTION 2
77
2
SECTION 6
75.5
3
SECTION 7
75.2

4
SECTION 5
73.6

5
SECTION 4
72.9

6
SECTION 8
72.5

7
SECTION 1
72.1

8
SECTION 3
71.6

9
SECTION 9
69.7




Tahniah bagi ikhwah dan akhawat yang berjaya menempa kejayaan yang cemerlang.Diharapkan keputusan kali ini dapat menjadi penanda aras bagi sahabat-sahabat lain untuk terus berusaha dan tidak mudah berputus asa untuk bersama-sama mencapai kejayaan yang lebih mantap.Bagi yang berjaya jangan pernah anda berpuas hati dengan kejayaan ini kerana hari esok masih lagi “misteri”.Mungkin hari ini kita berjaya di atas tapi siapa tahu suatu hari nanti kita pula di bawah.
So teruskan usaha anda memerah peluh keringat untuk terus melangkah dan mengulang kaji dengan penuh gigih sehingga berjaya ke puncak menara gading.
“Kejayaan yang OSEM lahir daripada permulaan yang segak bergaya”-anonymous-
“Permulaan yang segak bergaya tidak mampu MENJENTIK kejayaan jika anda tidak pernah kenal kuasa ISTIQAMAH”   -pemudajalanan-

Jalan Istiqamah

Motivasi
Untuk sahabat-sahabat yang kurang berjaya,
Jangan pernah mudah berputus asa,
Ingat sahabat-sahabat segala musibah yang kita hadapi merupakan satu ujian bagi kita untuk diuji keimanan dan tahap kesabaran kita terhadap Allah.
Gagal sekali tidak bermakna anda gagal selamanya,Sirah Nabi Muhammad S.A.W  sendiri telah membuktikan tentang peri pentingnya untuk terus tabah dan melangkah seoptima mungkin dalam menjalani rencah kehidupan
(*syeikh zaman ni mane ade exam??Macam mana nak ambil ibrah)
***Krik-krik***
Tak saya tak sembang pasal imtihan.
Ok memang benar zaman tu tiada exam “bertulis” mahupun “objektif” .Tapi apa yang wujud pada zaman itu adalah ujian kehidupan yang lebih hebat daripada ujian akademik kita.Ujian yang menentukan keimanan seorang hamba dalam melaksanakan dakwah.
Apabila menyebut perkataan gagal saya tertarik untuk berbicara mengenai kisah dakwah nabi Muhammad S.A.W di Thaif.
Sahabat semua tahu bahawa kesudahan dakwah baginda tidak berjaya di Taif malah beliau di baling batu oleh penduduk di sana.
Sungguh sayu mengenangkan “exam” yang diterima oleh baginda.Sehingga apabila malaikat bertanya sama ada baginda mahu masyarakat di taif ditimpa oleh dua gunung yang cukup besar gara-gara tindakan mereka,baginda dengan “cool’nya menolak cadangan malaikat malah baginda berdoa supaya suatu hari nanti mereka akan memeluk agama islam.

Kembali semula ke situasi hari ini
Kita merasa sedih bila gagal,
Bintik-bintik mutiara mula meleleh menimpa pipi anda yang gebu.
Jiwa dironta, emosi dikurung, kemurungan pula dibakar,
Lantas menghangatkan lagi api ke”tensionan”
Habis hilang segala ke”hensem”an dan ke’cantik’an makhluk bernama manusia.
-Ok just joke-

Ikhwah dan akhawat,
Jangan mudah bersangka buruk.Sebenarnya Allah amat-amat menyayangi kita.Jangan mudah berputus asa dengan rahmat Allah yang cukup luas.Jangan menyesali dengan perkara yang lepas kerana ianya telah menjadi sejarah.Fokuskan untuk kehidupan anda selepas ini.Lanyakkan emosi negative anda dan terus melangkah jauh meninggalkan si ‘gagal’ keseorangan

Antara  nilai yang amat penting daripada kisah ini ialah bersabar,istiqamah dan jangan sekali-kali berputus asa dengan rahmat Allah.Jadikan 3 kunci ini sebagai  penyuntik semangat anda ketika ditimpa musibah.Ingat,ujian yang kita hadapi amatlah kecil jika hendak dibandingkan dengan baginda S.A.W.Lihat sahaja beberapa contoh pemuda yang amat kental dalam perjuangan mereka tidak pernah mengenal erti “gagal” akhirnya mereka berjaya menempa nama di lembaran sejarah.
Thomas Eddison hampir 1000 kali gagal mencipta lampu akhirnya berjaya pada cubaan yang terakhir.
US berjaya menghantar Neil Armsrong ke bulan setelah berkali-kali gagal sehingga banyak kapal angkasa mereka meletup dan angkasawan mereka terbunuh.

Kisah umat Islam pula..
Kota Kostantinopel antara kota Rom Timur yang amat kebal akhirnya berjaya dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh setelah hampir  800 tahun umat Islam cuba untuk menaklukinya.

“Orang yang HEBAT bukanlah orang yang sentiasa berjaya tetapi orang yang HEBAT adalah orang yang pernah merasai kegagalan dan dengan pengalaman itu beliau bangkit semula dan melangkah dengan penuh “macho” menggenggam kejayaan.”-cekmek-

Kesimpulan
Syukran kerana anda sudi membaca sampai ke saat ini.Moga-moga anda akan terus berusaha untuk mengecapi kejayaan yang lebih hebat lagi bukan sahaja kecemerlangan dunia bahkan akhirat jua.Jadikan kisah hari ini sebagai pengajaran dan pengalaman yang berguna untuk menempuh cabaran kehidupan kelak..

Waallahua'lam.















































_________________________

Wednesday, March 21, 2012

-KEY OF SUCCESS-



 
Bawah ni hasil dari temubual Academic Team (AT) bersama senior Tahun 3, Saudari Dr. Fatin Atiqah Zafrullah. Apa yang beliau ingatkan dan paling penting untuk kita sume ingat bahawa sume pemberian ALLAH itu adalah rezeki, result baik itu Allah yang bagi. Rezeki tu Allah tetapkan and Allah tahu apa terbaik untuk kita pada masa itu. Jadi, cara paling terbaik untuk score dipandangan manusia dan Allah ialah dekatkan diri padaNYA, supaya Dia bagi ketenangan pada kita whatever the result will be. Dalam masa yang sama tawakal pada Allah sebelum, semasa dan selepas berusaha itu supaya Allah pelihara diri kita supaya redha, syukur dan sabar. Exam adalah masa untuk menguji tahap tawakal kita padaNYA. Macam Dr Harmy pernah cakap dulu di Masrah Iskandariah, ‘Jika ada keberkatan dalam study kita mahupun kerja, cuba lihat makin bertambah iman dan amal padaNYA atau makin jauh kita dariNYA’. so sentiasa check balik diri kita sama ada kita tergolong dlm org yg berada dalam barakahNYA atau pon x....
AT :firstly, sebaik sahaja kami dapatkan buku Modul 11,The   Cardiovascular System ini, apakah langkah pertama yang sepatutnya kami lakukan?
K. Fatin : Baik, pertama sekali, adik-adik tgk dulu secara over all muka surat- muka surat awal dalam   modul ni (pg. I dan II), check department mana yang paling berat. Lebih mudah kata, mana department yang paling banyak credit hoursnya. Apabila adik-adik dah dpt detect mana satu yang paling banyak credit hournya, kita dah dapat bayangan focus module ini berat ke mana. Jadi, secara tidak langsung kita juga dapat mengagak department mana yang akan mendominasi markah kita dalam exam akan datang.
AT: Jadi, jika dilihat modul kali ini, subjek pathology mendominasi. Kami masih belum biasa dengan cara untuk kuasai subjek ini jika dibandingkan dengan subjek lain seperti histology, anatomy. Mengikut pengalaman akak macam mane ye?
K.Fatin  : Based on pengalaman akak dan kawan-kawan, untuk ingat pathology ni, adik-adik kena susun betul-betul setiap disease yang ada. Adik-adik semua sangat bertuah kerana university telah menyediakan objectives (pg. 166-168) yang adik-adik perlu capai dalam pathology ni. Jika dibandingkan dengan kami dahulu, tiada objectives mcm ini. Dan kalau tgk secara kasar, hanya pathology sahaja yang menyediakan objectives dalam penyusunan buku ini. Secara tidak langsung ini memberi gambaran pada kita bahawa pathology dalam modul ini mengandungi content yang sangat banyak yang boleh menyebabkan overlap antara satu sama lain. Sebab itu lecturer menambah objektif ini
AT : pathology Boleh akak bagi satu contoh mcm mane boleh terjadi overlap dalam subjek  ini?
K. Fatin : Pathology sangat menarik. Seriously! Namun begitu masih juga perlu berhati-hati. Cuba lihat tajuk infarction. Dalam tajuk Infarction secara general ada dinyatakan causes of infarction. Dan pada muka 177 (Infarcts in different organs), juga ada causes of infection  masing-masing. Oleh itu, sangat penting untuk adik-adik keluarkan points penting dalam setiap subtopic dalam pathology ini dengan mengunakan bantuan senarai objectives yang  telah disediakan oleh university. 
AT: Bagaimana dengan gambar-gambar dalam pathology ini? Adakah penting?
K. Fatin : Ouh, sangat-sangat penting. masa revision pathology memang perlu belajar sambil rujuk gambar. Gambar membantu adik-adik mengingat morphology bagi setiap disease.
MICROBIOLOGY
AT : Bagaimana pula dengan Microbiology? Ini merupakan modul kedua kami mengandungi Microbiology Department. Adakah sama microbiology kali ini dengan modul 8 yang lalu?

K. Fatin : Apa yg Beza microbiology kali ini dgn yang dahulu adalah adik-adik akan belajar microbes secara lebih spesifik. Dalam microbiology, perkara yang perlu ditekankan adalah lab diagnosis, toxin and enzyme. This is based on pengalaman exam kami yang lepas. Kebanyakan dari kami tidak tumpu pada lab diagnosis, sedangkan itu adalah soalan famous dalam exam.
          Juga perlu diingatkan, soalan exam Microbiology berbeza dengan soalan dari department lain. Apa yang adik-adik belajar dalam practical Microbiology akan masuk dalam exam teori . Mudah kata, jangan tinggalkan practical part semasa revision adik-adik untuk exam teori (MCQ/essay),ok=).
PHARMACOLOGY

AT : Apa pendapat akak berkenaan pharmacology pula. Kalau sebelum ini, dalam modul CNS sangat banyakkan drugs? 
    SO mcm mane dgn modul ini pula? Mungkin akak boleh share cara untuk kuasai pharmaco juga.

K. Fatin : Tak dinafikan masa modul CNS memang sangat banyak. Tapi untuk modul kali ni, pharmacology sangat berkaitan dengan kehidupan kita. Contohnya, drug for anti hypertension. Kita mesti lagi semangat untuk tahu drugs kali ini sebab mungkin ada dalam keluarga kita yang menghidap certain disease ini kan.


AT     : Bagaimana pula dengan exam?
K. Fatin : Apa yang penting untuk exam ialah, the types, and its name for each type, mechanism juga penting tetapi memadailah dengan adik-adik faham mechanism itu, tidak perlu details. Therapeutics use juga perlu diambil kira. Basically, pharmacology uji kefahaman kita lebih daripada kehafalan. But satu pesan akak, take care untuk page 276 berkenaan anti hyperlipidaemic drugs. Mengikut pengalaman akak, part ni paling susah dan sangat bahaya untuk exam. Jadi adik-adik boleh lebihkan focus pada bahagian ni. Kenapa susah? Sebab part ni perlu pada faham, hafal yang sangat lebih and very confusing.
AT : Kalau saya lihat pada modul ni, physiology juga agak banyak tajuknya dan isinya hampir sama. Apa pendapat akak?
K. Fatin : Sebenarnya physiology tidak terlalu menjadi masalah kerana mostly perlu faham dan kita juga pernah belajar tentang cardiac ni di sekolah dulu akn. Cuma mungkin kita boleh lihat dari aspek exam. Topics yang perlu ditekankan ialah ECG dan Cardiac cycle. Cuba faham dengan sebaiknya tajuk tersebut. Untuk Cardiac cycle, akak cadangkan adik-adik buat kotak. Kalau adik-adik belajar cardiac cycle bersama Dr Adham, sangat memadai adik-adik just follow what he had said. Untuk topics lain, sangat penting untuk check out tables yang ada dalam buku tu. Jangan lupa juga untuk buat past year question ye. Most lecturer ulang soalan yang sama. And logically, memang perkara yang sama yang akan lecturer keluarkan kerana apa yang keluar dalam exam itu penting untuk kegunaan dalam dunia kedoktoran akan datang.

ANATOMY
AT : Apa komen akak tentang Anatomy?
K. Fatin :Seperti biasa, jika adik-adik fahamkan ketika kelas practical, itu sangat membantu dalam menguasai subjek anatomy ni. Untuk embryology, cuba lihat youtube untuk lebih nampak bagaimana ia berlaku. Untuk exam pula, page 24 berkenaan Fetal Blood and Circulation sangat popular untuk keluar dalam MCQ.







HISTOLOGY AND BIOCHEMISTRY

HISTOLOGY         : Seperti biasa lihat gambar.
BIOCHEMISTRY  : Just baca, tiada masalah dan untuk tahun lepas, tidak keluar dalam essay.


so sekarang kita da tau tips-tips belajar untuk modul cvs ni skrg depends pada diri kita sendiri untuk menentukan kita mcm mana kelak. Sebanyak mana tips yang diberi tapi kalau tidak mulakan dgn diri sendiri tiada gunanya dan tidak akan bawa kita ke mana-mana pon. Kita adalah nakhoda untuk kapal kita means we're the one who can lead ourselves to put all of you in what kind of position you want. But remember if just usaha but without taking care of your relationship with your only one creator ALLAH, you will not go far.
 
Yes you may feel its hard, you want to sleep, to rest, to play games or whatever but apalah itu nikmat kalau tiada pengorbanan. So sacrifice now and later on your day will full of smile :) Setiap kesusahan itu pasti akan ada kemudahannya. Percayalah yg ALLAH sentiasa bersama langkah kawan-lawan semua. Jangan pernah mengalah ingatlah di saat RASULULLAH berusaha dgn gigihnya untuk berdakwah same goes to us. Usahalah dgn gigih demi menaikkan kembali ISLAM. Dgn ilmu yg kita timba ini kita akan gunakan untuk menjadi DOKTOR MUSLIM MUSLIMAH yg hebat satu hari nanti. insyaallah...
FIGHTING!!!! I KNOW ALL OF US CAN DO IT!!! GO GO GO!!!