Saturday, April 7, 2012

Hati Seorang Wanita







"Cukupla Sam! Jangan kacau aku lagi. Esok aku akat berangkat ke negara timur tengah. Usah cari aku lagi." Saat aku lantang bersuara menyatakan hasrat yang telah terbeku, air mata sangat deras membasahi pipiku. Di sebalik corong telefon masih kedengaran rayuan seorang kekasih. "Please Ainaa, you promise me that you wanted to be together. Don't do this to me..." Bahasa Inggeris yang sangat lancar diucapkan membuatkan Ainaa semakin kian resah. Sudah hampir dua tahun dia menghabiskan masanya bersama Sam atau lebih dikenali sebagai Shamsul.bahasa itulah yang selalu digunakan dalam perbualan sehariannya. Dulu, budaya barat sudah kian dijadikan amalan sehariannya.Mereka lupa akan adat melayu yang pernah dipelajarinya sewaktu kecil. Di sudut hati kecilnya, ainaa menyalahi dirinya kerana terlampau taksub dengan dunia hiburan dan dunia luar. "I have my life. I have my father Sam.dia yang tentukan hidup I. Please Sam,kalau awak sayangkan saya tolong lepaskan diri ini. I'm going to egypt tomorrow. Its too late dear."

"Then,I'm going with you." Jawab Sam selamba tanpa memikirkan apa yang berlaku. "Kau gila sam?!" Lelaki yang berusia dua puluhan itu pantas menjawab. "Ya, aku memang gila!"

*****************************

"Assalamualaikum...," tangan gadis yang bertudung labuh menutupi hampir seluruh tubuhnya pantas menepis bahu kelibat di hadapannya. Dia cepat-cepat mengucapkan kalimah Allah dan beristighfar dalam diam. "Lain kali kalau nak bagi salam, please give sign first." Mukanya hampir merah menahan marah. Dia menarik pandangannya ke hadapan dan hampir gugur jantungnya melihat kawan baiknya, Alissa. "Hamboi ina, cantiknya you ni. And I couldn't agree more, your english never fail! By the way, sorry I tak sengaja nak terkejutkan you. Kejap eh." Alissa pantas bergegas menarik tangan seorang lelaki yang berumur seperti dalam dua puluhan dan mula memperkenalkan diri. Ainaa masih terpinga-pinga dengan perbuatan kawannya itu sendiri. Hajat apakah dia datang ke mari. Negara mesir yang penuh dengan ibrah dan ilmu Allah itu, masakan pula dia mahu menuntut pengajian disini. Ainaa kenal sungguh sikap dan peribadi rakannya itu kerana mereka sudah lama berkenalan sejak dari bangku sekolah lagi.disebabkan itulah persahabatan mereka sangat akrab



" Mungkin dia sudah berubah? Mungkin hidayah sudah kembali sinar dalam dirinya? dan mungkin juga dia seperti aku yang mahukan kesempurnaan dan keredhaan ilahi untuk hidup?"

Dilihatnya gerak geri Alissa yang cuba memanggil seseorang itu ke arahnya, pelbagai soalan mula timbul."Ina,please meet my husband, Asyraf. Sayang, inilah my best friend from high school, ainaa sofea." Mereka berbalas senyuman. Ainaa pantas mencuit bahu kawannya. "Kau buat apa dekat sini? And since when you got married and I don't even know?"Suaranya berbaur marah. soalannya itu tidak dibalas laju kerana bunyi telefon dari dalam beg galasnya membingitkan suasana. "Sekejap ya Ina, aku kena jawab panggilan ni. Its my mother-in-law." Pasrah, dia mengangguk terpaksa. 




****************
(bersambung)

0 comments:

Post a Comment