Tuesday, January 10, 2012

Perutusan daripada Biro Akademik PCI



PersatuanPelajar-pelajarPerubatan Malaysia Mesir

P E R U B A T A N
CawanganIskandariah
Taqwa, Syifa', Rahmah
IlmuanBerbakti, TeguhSehati

بسماللهالرحمنالرحيم
Assalamualaikumwbt kepada sekalian rakan-rakanTahun 2.Moga semuanya sihat ,bertambah ceria dan bertambah kesyukuran terhadap Allah SWT yang telah memberi pelbagai nikmat kepada kita.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua kerana berjaya mengharungi Modul yang ke-8 dan ke-9  dengan tabah . Seperti yang diberitahu oleh para senior, Modul 8 dan 9 ini merupakan antara modul yang susah dan ramai yang gagal dalam modul ini berdasarkan statistik tahun lepas. Tetapi ini tidak bermakna kalian harustakutdangentar . Kalian beruntung kerana mempunyai senior yang mampu memberi amaran awal dan dapat bersedia daripada awal .


Jadi, Insyallah semuanya dapat menjawab peperiksaan yang bakal dihadapi nanti dengan tenang ,jaya serta dalam masa yang sama, SIFAR GAGALuntuk batch tahun 2.

Antara tips yang boleh kalian gunapakai untuk belajardi dalam modul ini adalah yang pertamanya, haruslah ada STUDY GROUP sendiri. Mengikut pengalaman-pengalaman kakak serta abang senior, mereka yang mempunyai STUDY GROUP lebih berjaya dan dalam masa yang sama kejayaan itu akan dikongsi bersamasemua ahli. Jadi, kesimpulannya, STUDY GROUP mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.

Tips yang kedua pula, adakan jadual belajar.Ini adalah kerana hidup kalian akan lebih bersistematik dan tahuapa yang akan dipelajari pada hari tersebut. Dalam masa yang sama, lakukan ‘COUNTDOWN ‘  bermula daripada hari ini hingga ke hari peperiksaan agar kalian tidak akan terlepas pandang satu huruf sekalipun didalam buku tersebut. Tetapi harusdiingat, disiplin diri memainkan peranan yang penting dalam keberjayaan seseorang itu.

Tips yang terakhir yang boleh kalian gunakan adalah mendekatkan diri dengan Allah SWT dan dalam masa yang sama menjaga hubungan antara kalian dengan ibubapa serta rakan-rakan. Banyakkan berdoa kepadaNya. Dan sebelum kalian melangkah kaki keluar daripada rumah untukmenuju ke dewanpeperiksaan, lakukan solat hajat . Dan juga, jangan lupa untuk menelefon ibu dan ayah yang berada di Malaysia supaya mereka dapat berdoa untuk kita.Ini antara tips yang amat penting kerana sesungguhnya jika mereka bahagia, Sang Pencipta kita pun akan turutbahagia.Insyallah kita akan dapat menjawab peperiksaan dengan lebih tenang.



Akhir kalam, pergunakanlah masa serta tenaga yang telah dikurniakan kepada kita dengan sebaik-baiknya.Jangan pernah kufur nikmat.Insyallah, kalian semua di Tahun 2 dapat melakukannya dengan sebaikmungkin, setenang mungkin. Baca soalan dengan telitidan jawab di dalam bentuk‘point’ .Marilah kita sama-sama berjaya sebagai seorang Doktor Muslim dan insyallah kalian semua akan dapat naik tahun bersama pada tahun 4 nanti. Jangan ada yang tercicir di belakang.Ingat ,kejayaan bersama yang kita ingin capai. Wallahualam.

"TAQWA.SYIFA',RAHMAH"

"ILMUAN BERBAKTI TEGUH SEHATI"


Muhammad Amir Hakimi bin MohdSalleh
Ketua Unit Akademik PCI 2011/2012

0 comments:

Post a Comment