قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (١)الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ (٢)وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ (٣)وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ
فَاعِلُونَ (٤)وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (٥)إِلا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (٦)فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (٧)وَالَّذِينَ هُمْ لأمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ (٨)وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ (٩)أُولَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ (١٠)الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (١١)
1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (QS. 23:1)
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya, (QS. 23:2)
3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, (QS. 23:3)
4. dan orang-orang yang menunaikan zakat, (QS. 23:4)
5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, (QS. 23:5)
6. kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki 995; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. (QS. 23:6)
7. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (QS. 23:7)
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, (QS. 23:8)
9. dan orang-orang yang memelihara solatnya. (QS. 23:9)
10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (QS. 23:10)
11. (ya’ni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. (QS. 23:11)
Sahabat2 sekalian, al quran dan as sunnah merupakan manual kehidupan kita, di mana padanya kita memandu hidup,oleh itu,segala gerak geri kehidupan bersandar kepadanya.
begitu 'sweet' surat cinta Allah ...
sama-sama kita tadabbur surah al mukminun dan mengambil ibrah yang terkandung di dalamnya dalam usaha mencapai kejayaan.
1)di dalam surah di nyatakan bagaimana berjayanya orang beriman ,iaitu, khusyuk dalam solat
kalau dalam perbuatan kita seharian, atau dalam belajar, khusyuk boleh di sama ertikan dengan fokus.fokus dalam setiap perbuatan sangat penting untuk mencapai kejayaan.
2)disebut juga orang2 yang berjaya ialah mereka yang menjauhkan diri dengan perbuatan sia-sia.
cuba muhasabah dan kita renung bersama , surat cintaNYA menyatakan orang yang disebut di atas ialah orang yang berjaya, bermakna kita belum dikatakan org yang berjaya kalau kita masih melakukan perkara yang tidak berguna. apa perkara yang tidak berguna yang dimaksudkan?..iaitu perkara-perkara lagha, contoh bermain games sehingga melalaikan, hiburan-hiburan , movie dan sebagainya.
3)orang-orang menunaikan zakat
mungkin pada keadaan kita sekarang zakat belum diwajibkan ke atas kita.
namun, teringat ana naqibah ada mengambil ibrah dari ayat ini, katanya, zakat adalah pemberian kita, bukan sebagaimana sedekah, jikalau sedekah kita bagi sebab ada orang meminta ataupun atas dasar perikemanusiaan, zakat pula diberi sebab itu adalah kewajipan kita.
cuba applykan dalam study, kita sama-sama share dalam study dengan kata lain study group, insyaallah sangat berkesan dan ada keberkatan padanya, kerana ada hadis nabi yang mafhumnya "sampaikan dariku walau sepotong ayat".kalau kita rasa tak mampu nak bagi ceramah agama, tak mampu nak bagi tentang hal berkaitan agama, cubalah menyumbang dalam hal lain, contohnya dalam study. kerana kita semua menuntut ilmu keranaNYA, kerana nak menaikkan islam, oleh itu, kalau kita berkongsi, insyaallah kita adalah orang yang sama-sama berusaha menaikkan islam.
4) dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki ,maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.
disini dimaksudkan orang yang menjaga maruah, menjaga pergaulan antara ikhwah dan akhawat, menjaga akhlak, menjaga aurat yang akan melambangkan peribadi kita.
5)Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (QS. 23:7)
orang-orang yang mengingkari peringatan -peringatan Allah di atas dikatakan orang yang melampaui batas, insyaallah sama2 muhasabah diri.
6)Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, (QS. 23:8)
sahabat sekalian, kita sebenarnya banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu kita pikul.cuba kita listkan dan koreksi diri, sejauh mana kita melunaskan tanggungjawab, sejauh mana orang yang kita dipertanggungjawabkan menerima hak-hak mereka?
tanggungjawab yang paling besar, terhadap Allah, kemudian sebagai anak, masyarakat, pendakwah, sahabat, pelajar dan banyak lagi.
bagaimana pula dengan janji kita? berapa banyak kita menepati janji, banyak mana janji yang tidak kita tunaikan?mungkin kita nampak ini hanya perkara kecil, namun sahabat, ini bukan perkara kecil kalau kita sedar sebab ia termaktub dalam manual kehidupan kita.
6)dan orang-orang yang memelihara solatnya (QS. 23:9)
orang yang menjaga solat, solat di awal waktu, menjaga rukun-rukun dalam solat, insyaallah orang yang berjaya.
7)Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (QS. 23:10)
(ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. (QS. 23:11)
orang-orang yang mengamalkan perbuatan insyaallah akan berada di tempat yang istimewa kelak, diberi balasan yang istimewa kelak insyaallah.
sahabat, hidup kita hanya sementara, tidak kekal pon, apa2 kita buat, pandanglah dan fikirkanlah pada yang kekal., akhirat sana, insyaallah hidup kita akan tidak tersasar.
sama-sama kita pimpin tangan sahabat, yang kurang kita naik-naikkan, yang terlebih kita sederhanakan., insyaallah.
wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment