Lancement de Batch (LDB)

Alexandria Caliph of Endeavor

Pengenalan Organisasi Batch 14/15

Alexandria Caliph of Endeavor

Bakat-bakat ACErs

Alexandria Caliph of Endeavor

Ini Hijrahku

Alexandria Caliph of Endeavor

Memories

Alexandria Caliph of Endeavor

Survivor: Alexandria Special (SAS)

Alexandria Caliph of Endeavor

Ambo Datang Buleh? (ADB)

Alexandria Caliph of Endeavor

P.S. I Love You, MOM

Alexandria Caliph of Endeavor

Saturday, April 27, 2013

This has to change!


This has to change! 
BY: Nisa'92 
TARIKH:  27 APRIL 2013


"Times we are living in,
our new generation can sing perfect song lyrics,
but they cannot recite Quran with proper Tajwid,
this has to change!" 
-quoted-

Belajar Tajwid, pentingkah?
Adakah ia suatu tuntutan ?

 Akademik, persatuan, jemaah,  quran, ilmu tauhid, ilmu feqah , kelas tafaqquh, kalau nak disenaraikan  tersangat banyaklah ilmu – ilmu dan thaqafah- thaqafah yang nak dikejar para mahasiswa, lebih – lebih lagi bagi mereka yang ditempatkan oleh Allah untuk bergelar mahasiswa di timur tengah. Maklumlah, berada di bumi para anbiya’, berada di ardul kinanah yg digelar sebagai gedung ilmu, ditambah lagi dengan peringatan-peringatan para senior supaya mengutip sebanyak mana mutiara yang ada, maka berkejar-kejarlah kita mencari ilmu dan meneroka thaqafah di bumi latihan ini.

Namun, dalam senarai ilmu yang kita buat, ramai yang terlupa sesuatu yang penting di sebalik sesuatu yang penting. Apakah itu? Kita meletakkan quran sesuatu yang penting , namun di sebalik quran itu, ada sesuatu yang sering kita lupakan yang sebenarnya teramatlah penting, iaitu ilmu tajwid.



            Mari sama- sama kita hayati apakah ilmu tajwid. Syeikh Ahmad Hijazi al-Fiqh menerusi bukunya القول السديد iaitu seorang ketua para Qari di Mekah telah membincangkan erti perkataan al-Tajwid dengan membawa maksud mengelokkan. Manakala al-Tajwid menurut pengertiannya ialah pengetahuan yang membicarakan makhraj huruf (alat-alat pengucapan), sifat-sifatnya dan perkara yang berhubung dengan ayat-ayat al-Quran. Misalnya membaca huruf-huruf ada pengucapan atau haknya. Hal ini berkaitan dengan aktiviti membaca dengan sifat-sifat huruf itu sendiri seperti جهر (bersuara), همس (berbisik), شدة (keras) dan sebagainya.

Pada masa yang sama juga, Syeikh al-Islam Zakaria Ansari pernah membentangkan pengertian perkataan tajwid iaitu; “Iaitu bacaan yang nyata maknanya dan terang pengucapannya. Oleh yang demikian itu, istilah tajwid secara kesimpulannya ialah ilmu yang berkaitan dengan sebutan huruf yang diucap pada makhraj-makhrajnya yang betul, kadar panjang dan pendek bacaan (mad), dengung, qalqalah, isymam (اشمام), dan lain-lain lagi yang terkandung dalam skop ilmu tajwid. Sifat-sifat bacaan ini akan menolong dalam penyampaian kepada makna perkataan-perkataan yang diucapkan.
           
            Berdasarkan maksud ilmu tajwid yang diterangkan di atas, maka untuk mengetahui makhraj, hukum bacaan dan sebagainya tidak dapat tidak kita perlu menuntut ilmu tentang ilmu tajwid itu. Apakah hukum belajar ilmu tajwid menurut islam? Mari kita mengkaji hukum ilmu tajwid mengikut dalil al-Quran, as sunnah dan pendapat para ulama.
1.     Dalam  al-Quran , Allah berfirman:

وَرَتِّلِ القُرانَ تَرْتِيْلاً

Maksudnya: “Bacalah al-Quran itu dengan tartil”.

Menurut Ali bin Abi Talib, tartil bermaksud mentajwidkan huruf dan mengetahui tempat berhenti. Perkataan ورَتِّلِ adalah فعل الأمر yang bererti wajib kerana tiada qarinah (bukti) yang boleh merubah bentuk asalnya.

2.     Dari perspektif as sunnah:

Apabila diteliti dari al-Sunnah pula, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitabnya الموطاء dan النسائى dari susunannya daripada Huzaifah dari Rasulullah s.a.w. bersabda;

اقرؤا القرآن بلحون العرب وأصواتا
واياكم ولحون أهل الفسق والكبائر

Maksudnya: “Bacalah al-Quran dengan bentuk suara dan lagu Arab. Dan jauhilah oleh mu dari bentuk suara dan lagu-lagu orang-orang yang fasiq serta dosa besar”.

Lagu fasiq ialah lagu yang bukan berasal dari lagu Arab yang diatur not kaedah muzik yang boleh merosakkan bunyi makhraj dan sifat huruf. Manakala lagu nyanyian ahli kitab pula adalah lagu yang dilakukan seperti orang yang putus asa atau merintih ditimpa bencana. Ia sebenarnya dapat melalaikan sebutan huruf.

3.     Ijma’ ulama’

 Umumnya hukum mempelajari ilmu tajwid al-Quran adalah menjadi fardhu kifayah, Namun hukum menggunakannya adalah fardhu ain bagi setiap orang Islam sama ada lelaki atau pun perempuan yang telah baligh kerana membaca al quran dengan bertajwid adalah WAJIB.

Imam al-Syams bin al-Jazari dalam Mukaddimahnya telah menetapkan bahawa;

والأخذ بالتجويد حتم لازم، من لم يجود القرآن فهو أثم لأنه به الا له انزلا، وهكذا منه الينا وصلا

Maksudnya: “Al-Quran wajib dibaca secara bertajwid, berdosalah pembaca yang tidak bertajwid kerana secara itulah ia diturunkan, dan begitulah kepada kita ia disampaikan” 

4.     Menurut kaedah usul fiqh

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Jika dihayati usul fiqh ini, kita boleh meneliti bahawa, membaca al-quran bertajwid itu wajib, untuk membaca quran dengan bertajwid, tidak dapat tidak kita mesti mempelajari ilmu tajwid.


Setiap hari kita menggunakan ayat- ayat al quran di dalam solat . Mengikut ijma ulamak, berdosa jika kita membaca al quran tanpa tajwid. Di dalam solat seharian, ada bacaan yang menentukan solat kita sah atau tidak, contohnya bacaan al fatihah. Jika bacaan al fatihah itu tidak betul , maka, fikir – fikirkan keadaan solat kita, sah atau tidak?


          Allahuakbar. Sama-sama kita pandang dan fikir sesuatu perkara mengikut ilmu syarak. Walaupun begitu banyak ilmu yang kita ingin dalami, susunlah ia mengikut keutamaan, mengikut fiqh aulawiyyat yang ditetapkan. Lihat, Islam menyediakan segala panduan yang kita perlukan, termasuklah apa yang kita perlu utamakan. Cumanya kita hanya perlu belajar, dan mencari. Segala hukum telah ditetapkan, kita tidak perlu bersusah payah membuat hukum. Kita cuma perlu menurut hukum yang telah ditetapkan. Subhanallah, begitu indahnya Islam!

_Nisa’92_

Monday, April 22, 2013

GIT - Parasitology


Link-link download Parasitology , Gastrointestinal Module seperti berikut :

SLIDES

1) Hematode **NEWUPDATE




PRACTICALS

1) FASCIOLA HEPATICA AND GIGANTICA
https://www.dropbox.com/s/vbowtncs9he5sj0/PRACTICAL%20PARASITOLOGY%201.docx

2) SCHISTOSOMA MANSONI
https://www.dropbox.com/s/p3lupzewowoveoz/PRACTICAL%20PARASITOLOGY%202.docx

3) TAENIA SAGINATA AND SOLIUM
https://www.dropbox.com/s/btuixsv3jppcz78/PRACTICAL%20PARASITOLOGY%203.docx

4) DIPHYLOBOTHRIUM LATUM AND HETEROPHYES HETEROPHYES
https://www.dropbox.com/s/jwj7jzyeiq0kzgj/PRACTICAL%20PARASITOLOGY%204.docx

5) TRICHURIS TRICHIURA & HYMENOLEPIS NANA
http://www.scribd.com/doc/136321476/Practical-Parasitology-5

6) ASCARIS LUMBRICOIDES & ANCYLOSTOMA
http://www.scribd.com/doc/137144043/Practical-Parasitology-6

7) ENTAMOEBA HISTOLYTICA AND COLI
http://www.scribd.com/doc/137336165/Practical-Parasitology-7

8) ENTEROBIUS VERMICULARIS
http://www.scribd.com/doc/137199933/Practical-Parasitology-7

9) BALANTIDIUM COLI, GIARDIA AND CRYPTOSPORIDA
http://www.scribd.com/doc/138248852/Practical-Parasitology-8

Tahaluf Siyasi


HUKUM TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS GERAKAN
ISLAM MASAKINI 
Disediakan oleh: 
Ahmad Fadhli bin Shaari
Pensyarah KIAS 
Pendahuluan
Istilah tahaluf siyasi menjadi satu istilah yang semakin dikenali khususnya di kalangan pendokong gerakan Islam. Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928. Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiyyah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakan-gerakan Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.
Dalam keadaan hari ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam bahawa mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi masing-masing. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini, tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya. Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada di dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam pembentukan kerajaan. Perosalannya, adakah ia merupakan satu keharusan? Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?


Pengertian Tahaluf Siyasi
Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.


Hukum Tahaluf Siyasi
Para ulama haraki khususnya berbeza pandangan mengenai hukum melakukan kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam. Sebahagian daripada mereka dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama ini serta menghukumkan bahawa kerjasama ini sebagai haram. Di antara mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah . Manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .
Dalil-dalil yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi ialah seperti berikut :
1. Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (51) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52) 
Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.
Hujah : Kerjasama gerakan Islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis wala’ kepada kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam.

2. Firman Allah SWT : 
فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Yang bermaksud : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya
Hujah : Ayat di atas berkenaan dengan pengharaman arak dan judi. Namun jika dilihat dari sudut tahaluf siyasi, kerjasama dengan musuh mungkin mendatang manfaat dari beberapa sudut, bagaimanapun dari sudut yang lebih jauh iaitu ke arah menegakkan hakimiah Allah SWT, ia tidak akan dapat dicapai. Lantas, kerjasama akan menyebabkan terbantutnya usaha gerakan Islam untuk menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian, kerjasama ini adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan mudharat daripada manfaat.

3. Pertimbangan logik bahawa gerakan yang tidak berhasrat untuk menegakkan Islam ini pastinya hanyalah menjadikan gerakan Islam sebagai jambatan untuk mereka mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidak membiarkan gerakan Islam ini berkembang sehingga mengatasi diri mereka. Dan ini sekali lagi akan menghalang kepada tertegaknya daulah Islamiah seperti yang diperjuangan oleh Harakah Islamiah.


Manakala bagi golongan ulama haraki yang mengatakan tahaluf siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :

1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.

Hujah : Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.

2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :

2.1 Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya” Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.

2.2 Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.

Hujah : Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.

3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”

Hujah : Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal . Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.

4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.
Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”

Hujah : Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.

5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.

6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.

Jawapan Terhadap Golongan Yang Mengharamkan Tahaluf Siyasi
Di dalam memberikan jawapan kepada golongan ulama haraki yang mengharamkan tahaluf siyasi, beberapa pandangan telah dikemukakan. Antara lain :
1. Ayat yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.
2. Ayat 219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.

KESIMPULAN
Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.
Penyertaan gerakan Islam dalam mana-mana kerajaan seharusnya dilakukan dengen penelitian yang teliti terhadap senario politik setempat. Oleh yang demikian, pimpinan gerakan Islam perlulah sentiasa prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa serta kehendak masyarakat agar langkah yang diambil tidak menyebabkan kerugian di mereka nanti.




Maklumat Penulis:
Ahmad Fadhli bin Shaari 
B.A (Hons) Dakwah Islamiyyah, Univ. Al-Azhar, Mesir.
Penulis merupakan Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah

Sumber Asal DISINI 

Dr.khalifa 2019


Dr. Khalifah 2019 
BY: ACER 
TARIKH:  22 APRIL 2013





           Dr.khalifa 2019

            Usai solat dhuha, Alhamdulillah, akhirnya sempat merehatkan badan di sudut surau. Sekarang sudah banyak pembangunan ke arah memudahkan pesakit dan kakitangan. Surau, bilik wudhu, dan alat tayammum ringkas telah disediakan. Hospital mesra ibadah menjadi motto bagi setiap hospital yang berada di Malaysia, tambahan pula, bayaran untuk hospital kerajaan langsung tidak dikenakan ke atas pesakit.

"Dulu, kalau nak solat susah doktor, kadang-kadang tu sampai kena solat tepi katil pesakit yang sempit-sempit, kalau pasal pesakit tak payah cerita lah, 90 % memang tak solat langsung" kata kak Faridah, salah seorang jururawat senior di Hospital Islam Khulafa'.

            Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Jam tangan yang dihadiahkan oleh mak pada hari pernikahan aku 3 tahun lepas, masih tetap berdetik hingga ke saat ini. Surau di wad kanak-kanak ini sangat sunyi, hanya kedengaran suara tangisan sayup-sayup dari wad. Sudah lebih 24 jam aku berada di hospital. Baju kemeja yang digosok oleh isteri ku telah bertukar menjadi baju yang selayaknya berada dalam mesin basuhan. Tali leher yang aku pakai semalam entah kemana perginya.

"Teet..teet.."

Bunyi yang disusuli dengan getaran cukup untuk mengalih pandangan aku dari kemeja yang berkedut kepada telefon bimbitku.

"Abang..harini wani ada meeting, wani balik pukul 2..wani dah masak untuk abang, abang panaskan ek.. Haaa malam ni jangan lupa, nak pergi kuliah sama-sama. Jangan buat on-call bagai pule tau :p"

            Terukir senyuman di bibir aku, sambil terngiang-ngiang suara Yuna menyanyikan "lagu terukir di bintang" ketika melihat pesanan ringkas dari isteriku. Masuk tahun ini sudah 5 tahun usia perkahwinan kami. Ketika di tahun 3 aku menyatakan hasrat kepada ibubapa ku untuk berkahwin. Keputusan yang ternyata memeranjatkan mereka, namun, Alhamdulillah, diterima dengan baik. Kisah cinta yang ringkas namun bagiku sudah cukup romantik untuk dikenang sendiri. Dari bergelar seorang pelajar sehinggalah menjadi doktor, setia sahaja melayan karenah ku. Syazwani Muhamad, akhawat yang aku kenali ketika menuntut di pusat asasi UIA Petaling Jaya sebelum terbang ke bumi Iskandariah. Sekarang sudah bergelar suri hidupku sepenuh masa, terkadang aku menggelarkannya Fatimah Syarha, dek kerana ayat-ayat persis novel yang sering diungkapkan kepadaku. Isteri, teman, kawan, musuh, segala peranan diraih olehnya. 

"Boleh saya pinjam paper ni tak?" Aku meminta izin kepada salah seorang jururawat di kaunter.

            Aku membelek-belek surat khabar yang masih terlipat rapi di sudut kaunter. Mataku meliar memerhatikan tajuk-tajuk utama akhbar dengan pantas. Jika dahulu, jarang sekali aku meringankan tangan aku untuk membelek akhbar, kerana berita yang dipaparkan sangat tidak bermoral jauh sekali berakhlak. Ketika di universiti, berita yang dipaparkan hanyalah berkisar tentang politik kotor, gambar-gambar rakaman video lucah, dan tomahan-tomahan yang tidak berasas. Namun kali ini, segalanya telah berubah, masakan tidak, setiap penulisan dan berita yang dipaparkan benar-benar memberi info yang sahih serta bermanfaat. Rakyat bebas bersuara, suara-suara rakyat mula menjadi satu suara yang di dengari, rakyat bukan lagi berperanan sebagai hamba,namun sebagai tuan kepada negara. Jelas berbeza dengan situasi beberapa tahun sebelum ini.

"Pembebasan bumi Aqsa dalam masa terdekat" lantang kata-kata perdana menteri Malaysia di persidangan OIC.

            Tajuk itu berjaya merangsang otakku untuk meneruskan pembacaan selanjutnya. Alhamdulillah, akhirnya negara-negara islam bersetuju untuk bersatu dalam menangani isu Palestin yang sangat kronik. Mempertahankan kedaulatan Palestin menjadi agenda utama persidangan kali ini. Agenda yang dibawakan oleh perdana menteri Malaysia diterima dengan baik oleh ahli OIC. Kali ini dengan lebih serius, dan pendekatan yang amat berbeza dengan sebelumnya. Mesir, Turki, Arab saudi dan seluruh negara Islam telah bersetuju memutuskan segala hubungan diplomatik dengan Israel dan negara-negara yang bersama-sama dengannya. Presiden Mesir, Dr. Mursi memberi kata dua kepada israel samada untuk berundur diri ataupun dihancurkan sehingga menjadi debu jika masih berdegil. Tambahnya, negara-negara Islam akan mengembalikan kedaulatan Islam dan meletakkannya ke tempat paling tinggi.

"Kami yakin, kali ini khilafah islamiyyah akan kembali terbina. Keadilan akan tertegak di setiap pelusuk bumi. Tiada satu tanah akan diambil secara zalim. Orang- orang yang dizalimi akan di bela, orang yang zalim akan mendapat pembalasan tanpa mengira pangkat, kedudukan dan kuasa" tegas perdana menteri Malaysia pada sidang media sejurus tiba di KLIA.

            Meremang bulu roma apabila membaca berita yang sudah sekian lama ditunggu. Jika dahulu, peristiwa seperti ini hanya mampu ditulis di dalam cerpen. Namun hari ini, aku merasakan hari pembebasan al-Aqsa semakin hampir. Sujud syukur tanda kegembiraan.

            Dalam perasaan gembira, aku teringat satu peristiwa ketika aku masih menuntut di Iskandariah, Mesir. Ketika itu selepas subuh. Musim panas di Mesir subuhnya awal, pukul 4 pagi. Ketika sedang bersiap untuk ke kuliah, aku mendengar sahabat serumahku Johan atau lebih dikenali sebagai Jay, memasang satu video rakaman ceramah di youtube.

"Tiada jihad di Palestin"

            Ungkapan itu benar- benar mengganggu benak fikiran dan emosiku. Aku masuk ke dalam bilik Jay dan sama-sama mendengar ceramah dari seorang ulama' muda salah satu parti di Malaysia.
Mulut ku berbicara.
" guano ustaz ni Jay, tibo-tibo jah oyak fatwa lagu ni" 

" tak tahu lah khalifa, mu dengar lah dulu yo nok oyak gapo pahni" jay menjawab sambil asyik bermain angry bird pada peranti Ipadnya.

            Aku meneliti setiap kata dan bicara yang disampaikan. Antara hujahnya adalah, rakyat Palestin perlu keluar dari bumi Aqsa kerana mereka tidak mampu untuk menentang Israel disebabkan kekurangan kelengkapan persenjataan. Tiada persiapan untuk menghadapi musuh.

"Seems legit" bisik hatiku.

" rakyat Palestin perlu keluar dari Palestin dan mempersiapkan diri untuk menghadapi israel pada masa akan datang" ulama muda itu meneruskan bicara.

Namun ada beberapa persoalan yang bermain difikiranku, kelengkapan senjata? kemana harus mereka tuju sekiranya mereka keluar dari Palestin?


            Malam itu mentor smart circle aku menceritakan kepada usrah perihal perang Badar. Ketika itu umat Islam tidak memiliki kelengkapan yang cukup, peralatan perang dan jumlah tentera yang jauh lebih sedikit berbanding pihak lawan. Kalau dilihat dari percaturan logik dan matematik, sudah jelas bahawa tentera Islam sudah semestinya akan tewas, namun dengan pertolongan Allah, perkara sebaliknya yang berlaku.

" (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhanmu, lalu diperkenankanNya bagimu, " sungguh aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut."

"Dan tidaklah Allah menjadikannya melainkan sebagai khabar gembira agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana."

            Ayat dari surah al-anfal yang dibentangkan oleh Abang Yadiy benar-benar memberi penjelasan kepadaku bahawa kemenangan itu datang dari Allah secara mutlak. Siapa yang Allah kehendaki untuk menang, Allah akan kurniakan. Bagi umat Islam, kemenangan itu sudah pasti, namun hanya di tangguhkan waktunya. Walau ditentang ribuan tentera, ratusan kereta kebal,  kuasa Allah tetap mengatasi segala-galanya. Tetaplah pada jalan Islam, kemenangan akan menjadi milik kita,masa menjadi penentu dan teruskan berdoa serta mengharap agar diri menjadi penyumbang kemenangan Islam, bukannya menjadi pembantut kepada perjuangan.

"Kalau rakyat Palestin keluar dari bumi Aqsa, diorang nak duduk dekat mana? Dan jika mereka keluar dari Palestin, israel akan menuntut hak sebagai negara yang berdaulat, itu yang mereka nak selama ini" Dr. Asri Zainal Abidin

            Dr. Maza menjelaskan, mungkin ketika zaman ketika mana sistem naungan Khilafah masih tertegak, fatwa ini masih 'valid'. Namun dalam keadaan sekarang tiada tempat untuk rakyat Palestin mencari perlindungan. Arab Saudi sendiri seakan-akan bersekongkol dengan israel dalam hal ini. Jelas, jika rakyat Palestin keluar dari Aqsa, israel akan lebih berkuasa.

            Jihad di Palestin perlu diteruskan, namun ianya tidak seharusnya dibiarkan yatim tanpa pembelaan. Ketika rakyat Palestin masih setia bertahan, negara-negara Islam perlu bersatu dan mengumpul tenaga dalam segala sudut, ekonomi, akhlak, dan ketenteraan. Ini yang sebenarnya harus berlaku, pihak yang membuat persiapan adalah negara Islam lain, bukan lah hanya terbeban kepada pemuda Palestin semata-mata. Umat Islam perlu berterima kasih kepada kepada rakyat Palestin yang setia bertahan di Aqsa. Hanya masa akan menentukan bilakah saat kemenangan akan dikecap.

"Dr. Khalifa"
Kak Faridah menyapa lamunanku, masih memegang erat surat khabar. Ah, jauh sungguh lamunanku melangkau rentas masa selama bertahun-tahun.

"Ya, kak Faridah?"

" takde lah, akak tengok doktor mengelamun dari tadi, doktor dah habis shift kan? Taknak balik ke?" Tanya kak Faridah dengan sinis.

"Alah akak ni, saya nak berangan sikit pun tak boleh. Yee..nak balik lah ni. Haaa, malam ni jangan lupa, ada kuliah ustaz Azhar Idrus dekat masjid besar, ajak satu family datang." Balas ku dengan nada gurauan.

Budaya cintakan ilmu 
semakin mendapat tempat di hati masyarakat 
terutama sekali pemuda.

 Ceramah-ceramah agama dipenuhi ribuan pemuda. Mungkin ini lah salah satu penyebab penyatuan umat Islam di seluruh dunia. Tiada lagi hiburan-hiburan melampau dan melalaikan. prosedur perkahwinan dipermudahkan, remaja-remaja yang ingin berkahwin diberikan wang belanja dari baitulmal. jelas perkara ini mengurangkan gejala sosial yang menemui jalan buntu beberapa tahun sebelumnya. Alhamdulillah, moga Allah melimpahkan rahmatnya keatas usaha setiap hamba untuk memelihara negara dengan acuan yang ditetapkan oleh Nya.
Jam 10 pagi, dengan badan yang amat letih aku memandu pulang. Ketika di tempat parkir tadi,aku sempat melihat beberapa kakitangan hospital bersama kereta yang baru dibeli. Agak mewah. Semenjak harga kereta dan minyak petrol diturunkan, semakin banyak kereta mewah menjalar di jalan raya. Golongan berpendapatan sederhana mahupun rendah semuanya berpeluang membeli kenderaan dengan skim pinjaman tanpa riba yang tidak menindas. 
Aku?
Kereta kenari yang dihadiahkan oleh abang ngah sejurus selepas majlis graduasi ku ini sudah cukup untuk memenuhi keperluan hidupku. Kalau dahulu, selalu berfikir untuk memiliki kereta mewah. BMW, Mercedes, atau Mini cooper . Namun apabila sudah memiliki tanggungjawab sendiri, aku perlu lebih matang menyusun aulawiyyat hidupku. 

Senyum sendiri mengenangkan peristiwa pahit manis ketika belajar dahulu. Kepada sahabat-sahabat yang sering sering hadir dalam lamunan ku, sungguh, aku rindu padamu. Kehidupan sebagai pelajar jelas berbeza dengan kehidupan bekerja. Sama seperti kehidupan bujang dan kehidupan berkeluarga. Jika dahulu apa yang harus difikirkan hanya seorang, selepas berkahwin segalanya digandakan dengan dua. Perut yang perlu di isi, belanja harian, dan sebagainya. Jika dahulu aku mempunyai seorang ibu dan ayah, namun sekarang aku memiliki dua orang ibu dan dua orang ayah. Segala peristiwa yang berlaku dalam hidup, ada hikmah yang tersendiri, moga-moga Allah merahmati segala pekerjaan dan amalan yang di lakukan sebelum ini.


_Dr. Khalifah_

Monday, April 15, 2013

GIT - Microbiology



Link download untuk Microbiology Gastrointestinal Module seperti berikut :


SLIDES


1) Hematode 
2) Shigella  
3)Spot Question in Practical **NEWUPDATE




PRACTICAL MICROBIOLOGY 


1) SALMONELLA
https://www.dropbox.com/s/ieyey5oze7thz9g/PRACTICAL%20MICROBIOLOGY%201.docx

2) GASTROINTESTINAL INFECTIONS
http://www.scribd.com/doc/137831964/Practical-Microbiology-2

Saturday, April 13, 2013

Be the do’ers not the viewers

                                                                 
 Be the do’ers not the viewers  
BY: ACER 
TARIKH:  12 APRIL 2013 



                                


SEKADAR RENUNGAN……


Penyembelihan Deir Yassin... 9 April 1948
Saksi Sejarah 
Hjh. Zainab berkata: "Selepas pengganas Zionis mengelidah dan memusnahkan kampung kami, mereka menculik adik saya ketika itu masih lagi belajar di sekolah rendah, saya sedaya upaya menebusnya dengan apa yang saya miliki termasuklah sejumlah wang 250 lira tetapi gagal, mereka terus menembaknya dengan 5 das tembakan sebelum sujud ke bumi, abang saya tidak dibunuhnya. Saya melihat sendiri dengan mata kepada saya saki baki penduduk dibunuh, dilapah dan dicincang.

Saksi ke-2; Hannah Khalil menceritakan bagaimana seorang Zionis Israel mengeluarkan sebilah pisau besar membelah dari kepala hingga hujung kaki seorang jirannya.

Mereka juga mengumpulkan ramai wanita Palestin dilucutkan pakaiannya kemudiannya di muatkan ke dalam 3 buah lori menghantar mereka memasuki kejiranan Yahudi di Jerusalem, juga 25 orang pemuda Palestin di bawa ke penempatan haram Yahudi sebelum membunuh mereka semua.










KEJADIAN DI SYRIA
Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.
Dalam tempoh lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat menghadapi senjata berat dan kereta kebal hingga rumah dan masjid dirobohkankan, wanita dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah ada wanita yang diperkosa di hadapan suami mereka sambil diikat.
Menurut Syeikh Khalid lagi, seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.



We are the do’ers not the viewers


We are the do’ers not the viewers 
BY: ACER 
TARIKH:  12 APRIL 2013 




Assalamualaikum sahabat-sahabiah sekalian? Apa khabar semua? Apa khabar juga iman kalian? Moga sahabat-sahabat semua bukan sihat fizikal sahaja tapi juga mental dan spiritualnya juga sihat belaka ya J

          Ok, apabila disebut isu Palestine ataupun Syria atau mana-mana lagi la negara Islam yang diperlakukan dengan zalimnya oleh musuh Islam, apakah perkara pertama yang terlintas dalam hati kalian semua? Apakah ada yang berpendapat “eleh,asyik isu ni takde isu lain ke” tak pun “eh, balik ni bukak youtube jap la,,kesiannya tengok diorang” atau pun “ya Allah, apa yang boleh aku bantu, kirimkanlah doaku pada mereka,ya Allah”….dan lain-lain lagi.
Sebenarnya tak kisah jawapan masing-masing macam mana,ini sekadar contoh. Penulis bukan la mesin telepati yang boleh tahu setiap perkara yang difikirkan oleh semua. Berbalik pada isu tadi, seperti yang sedia maklum, saudara-saudari seakidah dengan kita ini diperlakukan dengan kejamnya, dengan zalimnya, pendek kata sebagai manusia biasa tak boleh kita nak terima apa yang laknatullah ni buat pada saudara-saudara kita. Ada yang ditikam, ditembak, malah ada juga yang dicincang dan dilapah. Ya Allah, simpatinya aku terhadap mereka, sakitnya hatiku bila saudaraku diperlakukan sebegitu rupa. Berlinanganlah air mata kita melihat ujian yang sedahsyat itu menimpa mereka semua.

                             
Persoalannya????


Apakah timbul di hati kita perasaan sedemikian?
Apakah itu hanya sementara atau setiap masa?
Apakah yang telah kita lakukan untuk bantu abang, kakak, adik kita di sana?
Sayangkah kita sebenarnya pada mereka?

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing……
Boikot satu lagi perkara yang memang tak asing lagi di telinga kita ni, tiap kali tiba minggu palestin atau hari Syria, semua edar flyers tentang produk boikot. Ada juga yang mengatakan “boikot? Eii tak praktikal langsung. Ada kesan ke? Lagipun Nestle ni sedap sangat kot”
Tak dinafikan hampir semua barangan Yahudi ni sedap-sedap belaka, ye saya pernah makan dan ada juga benda yang saya sedang guna, tapi adakah kita berusaha untuk mengurangkan penggunaan produk itu? Adakah kita cuba untuk menahan diri kita dari guna produk itu?
Disebut satu kisah tentang seekor burung kecil yang berusaha gigih membawa air memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung lain yang jauh lebih besar.
“apa gunanya lah air yang cuma setitis tu?” kata burung besar.
“untuk padamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim” jawab burung kecil
“hahahaha,,,sia-sia je usahamu itu! Adakah api yg sebesar itu mampu terpadam hanya dengan setitis air”
Sungguh jawapan burung kecil

“aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya padaku apakah aku Berjaya atau tidak tapi aku tahu bahwa Allah akan tanya padaku apakah usaha yang telah aku lakukan untuk padamkan api ini”

Ya kita ini sebenarnya umpama si burung kecil dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi. Siramlah setitis air untuk memadamkan keganasannya. Mungkin sekarang kita tak nampak impaknya tapi kuasa di tangan ALLAH berkat usaha kita ramai-ramai akan terlingkup juga rejim laknatullah itu. Takpe lah kita usaha sikit-sikit, setidaknya kita berusaha bukan hanya goyang kaki…

Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti.

 Celikkah mata kita bahawa ada lagi satu serangan Yahudi terhadap umat Islam sekalian?   
Serangan yang dalam diam menular dalam kehidupan masyarakat Islam sekalian yang merosakkan bukan sahaja diri umat Islam sendiri tapi sedikit sebanyak berjaya melumpuhkan semangat jihad dalam diri pemuda-pemudi Islam. Itulah dia serangan hedonism, serangan yang mana filem, lagu, fesyen yang membawa pemua-pemudi Islam kini lalai dan alpa. Pendedahan aurat, pergaulan bebas bukan lagi satu isu yang apabila disebut timbul perasaan malu dalam diri pemuda-pemudi sekalian.
“kerosakan hedonism lebih dahsyat daripada sebotol minuman dan seketul ayam goreng”

‘Budaya hedonism ini yang perlu kita boikot’
‘Tapi ini macam mustahil dan susah, hampir semua melakukannya’
‘Susah? Untuk lawan Yahudi mestilah susah. Siapa yang lebih susah orang Palestin yang bermandikan darah atau kita yang hanya perlu menahan diri dari melakukan semua ini?’


Kalau dikatakan sebenarnya ada langkah yang lebih efficient untuk kita bantu saudara kita. Jawapannya solat subuh berjemaah. “Hello, ni kan bab jihad, bab nak lawan musuh apa kena mengena dengan solat”. Jihad dan ibadah sebenarnya tidak boleh dipasahkan malah ibadah itulah yang akan membangkitkan dan membangunkan semangat dan roh jihad dalam ‘vessels’ kita. “tapi bukan ke kalau nak lawan musuh sebenarnya kita kena berani, kita kena pegang M16 nak lawan dengan musuh Islam?”                                                                                                   
‘Itu semua memang perlu ada tapi berjihad dulu untuk tarikkan selimut yang menutup umat Islam yang masih tidur di subuh hari. Itulah yang perkara yang perlu kita terapkan’

     Macam tak nampak signifikasinya, kita nak jihad, kita nak perang musuh Islam jadi apa kena mengenanya dengan selimut, solat subuh jemaah semua ni? Tahukah kita sakitnya hati Yahudi laknatullah ini apabila melihat jumlah jemaah umat Islam solat subuh itu sama bilangannya dengan jemaah umat Islam yang solat Jumaat. Inilah kunci utama untuk perangi musuh kita.

       Solat itu adalah hubungan kita dengan Allah. Kalau solat kita pun tak boleh nak jaga apatah lagi untuk mengalahkan musuh. jangan harap untuk kalahkan musuh jangan mimpi untuk menang kalau ALLAH tidak membantu kita. Cuba kita lihat sejarah bagaimana gemilang dan terbilangnya Rasulullah s.a.w bersama sahabatnya, tentera Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, sebaik-baik raja dan tenteranya Sultan AL-Fateh. Gemilangnya mereka kerana cemerlangnya solat dan ibadah mereka.

       Jangan jumudkan pemikiran kita apabila disebut jihad kena perang dengan senjata semata. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk jihad fi sabilillah.

Cara hidup Islam itu amat luas dan banyak, andai kita amalkan satu-persatu maka lama-lama nanti akan jatuhlah musuh-musuh Islam. Bangunkan syabab untuk solat subuh berjemaah, tutupkan aurat muslimah-muslimah. Tinggalkan pergaulan bebas, amalkan cara hidup Islam yang sebenarnya.

“kadang-kadang musuh sendiri akan tertawa pada kita melihat kita marah pada mereka tapi kita masih lagi hidup sama seperti cara hidup mereka. Andai kita bangun solat subuh jemaah bersama maka sakitlah hati mereka. Andai kita pakai pakaian yang dituntut Islam maka punahlah hati mereka, Andai cara hidup kita berlandaskan Quran dan Sunnah maka gigit jari lah mereka

Wahai sahabat-sahabiah sekalian, perangi musuh Islam itu bukan berkala bukan bermusim tapi berpanjangan. Tiada istilah musim dalam memrangi musuh, janganlah bila sebut Palestine, Syria, Afghanistan saat tu je kita semangat pastu semangat itu hilang bagai angin yang berlalu. Ingatlah sekarang ini umat Islam itu umpama buih di lautan, kelihatan banyak tapi…sayang seribu kali sayang  
Islam itu sudah hampir tiba di kemuncak, Islam sudah hampir pada kegemilangannya namun tanya diri kita.
DI MANAKAH KITA?
APAKAH YANG TELAH KITA SUMBANGKAN?
APAKAH KITA INI PELAKU ATAU SEKADAR PENONTON?
Jangan hanya berkobar di hati, jangan hanya manis di bibir, jangan hanya angan semata, kitalah pelaku dan kitalah penyumbang pada bangkitnya Islam, kitalah PENOLONG-PENOLONG ALLAH!
 Malanglah bagi umat Islam yang terdedah kepada dunia berita dan maklumat, tiba-tiba tidak mengambil endah tentang apa yang berlaku di Palestine atau Syria dan tanggungjawab muslim membela saudara-mara kita kaum muslimin. Sabda Nabi s.a.w:

“Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim)

Laungkan kalimah ALLAHUAKBAR agar timbul gerun di hati musuh, bersatulah dan sedarlah demi Islam J

GIT - Physiology





Link download slide-slide Physiology Gastrointestinal Module seperti berikut :


1) All Physiology **NEWUPDATE

Monday, April 1, 2013

GIT - QMU 4th week

QMU 4th week by Section 2