Kau Pergi
BY: ACEr 2013
"Weih,
asal lmbat, tido eh? siaplah hang lepas ni...tak ada orang dah nak kejut hang”,
Zarif menyapa.
“hahaha….”,dia
gelak besar.
"…kalau
aku awal kau pelik jugak. Banyak bunyilah kau nie" Dia ketawa besar pagi
itu.
Ternyata
dia benar-benar lewat hari itu bila tiba pada pukul 9.10 pagi. Mujur ada Syahid
memberi semangat pada dia ke kelas. Ditambah zahmah di bumi mesir tiada yang
tidak tahu lagi. Bahkan dia sudah persiapkan alasan zahmah jika disoal doktor. Dan
itulah alasan yang digunakan bila lewat selama tiga tahun yang lalu. Namun, dia
masih beruntung kerana doktor masih belum datang. Dan dia tahu mungkin itu salah
satu keberkatan serta nikmat yang Allah kurniakan kerana dia berusaha
bersungguh-sungguh untuk menghabiskan bacaan mathuratnya. Alhamdulillah. Dia juga
bersyukur kerana hubungannya dengan sahabat-sahabat juga semakin baik
berbanding dulu.
Dia
masih ingat dengan baik pesan Syahid.
"kalau kita jaga hubungan dengan
Allah, Allah akan jagakan hubungan kita dengan manusia. Kalau benar kita
berusaha mengejar akhirat, pasti dunia akan turut mengikutinya. Ada dalam
hadis, anta boleh cari sendiri...riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi..." Dan
esoknya, dia masih ingat, sekeping kertas kecil siap di-edit melekat di laptopnya.
"Terima kasih Syahid", terluah pula
kalam dia tanpa sedar.
"Huh, sama2? Kenapa kau cakap terima
kasih kat aku pulak nie." Zarif tersalah dengar kata-katanya.
"Hahahahaha"
dia hanya menyambung ketawa. Kemudian ketawanya mati apabila semua akhawat yang
rajin membaca menjeling ke belakang kelas memberi isyarat supaya diam.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Dan suatu waktu dulu, Khairul pulang dalam keadaan marah. Dia mengamuk pada semua ahlibait. Tambah-tambah lagi Syahid yang sememangnya tempat dia melepaskan kemarahan. Malam itu dia menangis teresak-esak tanpa segan silu lagi di dalam bilik, tanpa menghiraukan Syahid. Syahid pula aneh skali tidak seperti biasa sibuk megambil tahu urusannya dan berceramah. Melihatkan keadaan Syahid yang terlalu tenang itu, hatinya bertambah benci bila timbulnya hasad.
"Kenapa
Allah bagi ketenangan tue hanya pada kau? Aku tak layakkah untuk dapat ketenangan?
Kenapa kau tak ditimpa kesusahan? Kenapa aku sahaja yang diuji?...” bak
halilintar Khairul menjerit.
Namun
sedikit pun riak Syahid tidak berubah. Dia bimbang perubahan yang macam mana sekali
pun sahabatnya itu akan berkecil hati. Namun kerana kebisuannya, Khairul bertambah
marah juga. Dan dia tahu itu bakal berlaku tapi mumgkin ia lebih baik dari segala
tindakannya yang lain. Hatinya berzikir memohon ilham Allah bagi merespon sahabatnya.
Hatinya luluh melihat tangisan sahabatnya. Kasihnya pada khairul berbeza kerana
dia benar-benar menyayangi Khairul untuk membawa dia pulang pada Islam. Namun,
tanpa diduga….
Pang!
“Dasar
pengecut! Kenapa kau tak menasihati aku?” bak singa membaham mangsa. Syahid
melihatnya sekilas, dan berlalu ke tandas.
Syahid berwudhuk dan bersolat. Dipohonnya petunjuk dan keampunan. Dia masuk ke bilik,
dan Khairul sedikit pom tidak mahu memandang dia.
"Segala
soalan yang kau lontarkan dan jawapan bagi tamparan pedih kau, semua ada dalam
nie….", bernada datar dia membuka bicara tanpa salam.
"….Surah
al-Imran, ayat 139…" Khairul menjelingnya. Dalam hatinya dia memuji
kekemasan cetakan al-Quran di tangan Syahid. Masih baru dan sangat kena dengan
gayanya. Mungkin baru dibeli .
“…and
also any question you didn’t even ask, also cari dalam tue. Dah lama aku nak
kasi, and mungkinlah time birthday hang lusa, tapi i think you need it more than
as a present. I think you know Quran very well, tapi kenapa hati kau masih
keras dan kelam?...sebab kau dah lama tak baca. Beza benar orang yang membaca
dengan yang tahu tapi tak ulang baca. Its not just anwering your question or you
accomplished your reading just like that, tapi unknowingly it cleans your heart
n liver.”
Satu
persatu butir tutur katanya. Tembakan peluru tak sentiasa menang dengan dibalas
peluru…bagi air pom boleh buat tsunami tau. Hati Syahid berbisik. Dia bersyukur
Allah mengatur katanya. Selepas solat tadi, dia cuma teringat tentang al-Quran
hadiah yang ingin diberikan pada Khairul. Alhamdulillah, moga Allah izin kali
ini untuk Khairul mendapat hidayah. Dia hanya berusaha, selebihnya dia
berserah. Teringat dia pada kalam Abang Naufal.
“sayang sahabat bukan sekadar sahabat yang sentiasa mengingatkan kita, tapi juga sahabat yang perlu dinasihati. Mesti tak memilih. Semua orang berhak mengenali Islam. Islam is not yours only. Jangan memandai nak buat individual right pulak. Anta bersahabat sebab apa?”
“sebab
Islam?”, Syahid mencedok jawapan dari kalam Abang Naufal
“Nope.”
“Allah.
Kannn?” Dan Abang Naufal mengiyakan.
“Anta
nak bersahabat dengan orang Islam jer ker? Macam mana nak sebarkan Islam”. Dan dia
tersenyum lagi.
“Oiii senyum sorang-sorang…Syahid…”,geli hati dia melihat Syahid yang sudah melayang entah ke mana.
“…why al-Quran?”,
akhirnya dia berjaya bertanya setelah sekeras mungkin dia cuba menjatuhkan
egonya.
“huh? Ehemm.
[39:43]”, hati Syahid berbunga mendengar namanya dipanggil sayu. Namun, masih
lagi dia berlagak biasa.
“Bahkan mereka mengambil pemberi syafa'at selain Allah. Katakanlah:
"Dan apakah kamu mengambilnya juga meskipun mereka tidak memiliki
sesuatupun dan tidak berakal?”, serak-serak basah Khairul membaca ayat itu.
Merdu.
“Apa yang
buat kau berubah Syahid?”
“Aha.That’s
my past. Don’t touch. Read [Ali ‘Imran:112]”
Khairul patuh membaca menurut seperti diminta.
“Macam mana
kau boleh yakin untuk berubah?”
“Because I’ve got Abang Naufal and read 3:160
and also al-Mu’min or the other name for al-Ghafir:60”
“I doubt your strength, just with your so
great Abang Naufal a.k.a abang SC”, jelas sekali dia bernada cemburu.
“Nope. Abang Naufal tue tiup angin pun boleh
tumbang yer. I’ve got Surah 3 verse 8”
Syahid masih lagi dalam posisi bernada machonya.
Senyap.
Syahid memeluk sahabatnya yang sudah tidak
mampu menahan esak tangisnya.
“you are far better than me, Khairul. My sins
was always beyond par. Allah pasti terima kau” monolognya bisu dalam tangis
sahabatnya.
“ Bergembiralah bila Allah sudah pilih kita untuk berubah. Usah biar kesedihan masa lampau memburu kita hingga akibatnya rosak amalan kita. Contohilah Saidina Umar. Sebelum Islam beliau hebat, selepas Islam bahkan dia lebih hebat…tidak bermakna mereka yang sudah Islam sedari awal sahaja yang mampu hebat, buktinya lihat pada Saidina Umar. Yang perlu dirisau ialah bila Allah sudah hadirkan hidayah tapi kita berpaling”, dia mengulang kata itu sebagaiman dia dulu dikuatkan saat mahu berubah.
_Unit Pembangunan Insan ACE 2013_
0 comments:
Post a Comment