Lancement de Batch (LDB)

Alexandria Caliph of Endeavor

Pengenalan Organisasi Batch 14/15

Alexandria Caliph of Endeavor

Bakat-bakat ACErs

Alexandria Caliph of Endeavor

Ini Hijrahku

Alexandria Caliph of Endeavor

Memories

Alexandria Caliph of Endeavor

Survivor: Alexandria Special (SAS)

Alexandria Caliph of Endeavor

Ambo Datang Buleh? (ADB)

Alexandria Caliph of Endeavor

P.S. I Love You, MOM

Alexandria Caliph of Endeavor

Sunday, December 15, 2013

dan "Kau Pergi"

                       
Kau Pergi
BY: ACEr 2013
TARIKH: 15 DEC 2013





"Weih, asal lmbat, tido eh? siaplah hang lepas ni...tak ada orang dah nak kejut hang”, Zarif menyapa.

“hahaha….”,dia gelak besar.

"…kalau aku awal kau pelik jugak. Banyak bunyilah kau nie" Dia ketawa besar pagi itu.

Ternyata dia benar-benar lewat hari itu bila tiba pada pukul 9.10 pagi. Mujur ada Syahid memberi semangat pada dia ke kelas. Ditambah zahmah di bumi mesir tiada yang tidak tahu lagi. Bahkan dia sudah persiapkan alasan zahmah jika disoal doktor. Dan itulah alasan yang digunakan bila lewat selama tiga tahun yang lalu. Namun, dia masih beruntung kerana doktor masih belum datang. Dan dia tahu mungkin itu salah satu keberkatan serta nikmat yang Allah kurniakan kerana dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan bacaan mathuratnya. Alhamdulillah. Dia juga bersyukur kerana hubungannya dengan sahabat-sahabat juga semakin baik berbanding dulu.

Dia masih ingat dengan baik pesan Syahid. 

"kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jagakan hubungan kita dengan manusia. Kalau benar kita berusaha mengejar akhirat, pasti dunia akan turut mengikutinya. Ada dalam hadis, anta boleh cari sendiri...riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi..." Dan esoknya, dia masih ingat, sekeping kertas kecil siap di-edit melekat di laptopnya.




 "Terima kasih Syahid", terluah pula kalam dia tanpa sedar.

 "Huh, sama2? Kenapa kau cakap terima kasih kat aku pulak nie." Zarif tersalah dengar kata-katanya.

"Hahahahaha" dia hanya menyambung ketawa. Kemudian ketawanya mati apabila semua akhawat yang rajin membaca menjeling ke belakang kelas memberi isyarat supaya diam.
                                               
                XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Dan suatu waktu dulu, Khairul pulang dalam keadaan marah. Dia mengamuk pada semua ahlibait. Tambah-tambah lagi Syahid yang sememangnya tempat dia melepaskan kemarahan. Malam itu dia menangis teresak-esak tanpa segan silu lagi di dalam bilik, tanpa menghiraukan Syahid. Syahid pula aneh skali tidak seperti biasa sibuk megambil tahu urusannya dan berceramah. Melihatkan keadaan Syahid yang terlalu tenang itu, hatinya bertambah benci bila timbulnya hasad.

"Kenapa Allah bagi ketenangan tue hanya pada kau? Aku tak layakkah untuk dapat ketenangan? Kenapa kau tak ditimpa kesusahan? Kenapa aku sahaja yang diuji?...” bak halilintar Khairul menjerit.

Namun sedikit pun riak Syahid tidak berubah. Dia bimbang perubahan yang macam mana sekali pun sahabatnya itu akan berkecil hati. Namun kerana kebisuannya, Khairul bertambah marah juga. Dan dia tahu itu bakal berlaku tapi mumgkin ia lebih baik dari segala tindakannya yang lain. Hatinya berzikir memohon ilham Allah bagi merespon sahabatnya. Hatinya luluh melihat tangisan sahabatnya. Kasihnya pada khairul berbeza kerana dia benar-benar menyayangi Khairul untuk membawa dia pulang pada Islam. Namun, tanpa diduga….

Pang!

“Dasar pengecut! Kenapa kau tak menasihati aku?” bak singa membaham mangsa. Syahid melihatnya sekilas, dan berlalu ke tandas.
Syahid berwudhuk dan bersolat. Dipohonnya petunjuk dan keampunan. Dia masuk ke bilik, dan Khairul sedikit pom tidak mahu memandang dia.

"Segala soalan yang kau lontarkan dan jawapan bagi tamparan pedih kau, semua ada dalam nie….", bernada datar dia membuka bicara tanpa salam.

"….Surah al-Imran, ayat 139…" Khairul menjelingnya. Dalam hatinya dia memuji kekemasan cetakan al-Quran di tangan Syahid. Masih baru dan sangat kena dengan gayanya. Mungkin baru dibeli .

“…and also any question you didn’t even ask, also cari dalam tue. Dah lama aku nak kasi, and mungkinlah time birthday hang lusa, tapi i think you need it more than as a present. I think you know Quran very well, tapi kenapa hati kau masih keras dan kelam?...sebab kau dah lama tak baca. Beza benar orang yang membaca dengan yang tahu tapi tak ulang baca. Its not just anwering your question or you accomplished your reading just like that, tapi unknowingly it cleans your heart n liver.”

Satu persatu butir tutur katanya. Tembakan peluru tak sentiasa menang dengan dibalas peluru…bagi air pom boleh buat tsunami tau. Hati Syahid berbisik. Dia bersyukur Allah mengatur katanya. Selepas solat tadi, dia cuma teringat tentang al-Quran hadiah yang ingin diberikan pada Khairul. Alhamdulillah, moga Allah izin kali ini untuk Khairul mendapat hidayah. Dia hanya berusaha, selebihnya dia berserah. Teringat dia pada kalam Abang Naufal.

“sayang sahabat bukan sekadar sahabat yang sentiasa mengingatkan kita, tapi juga sahabat yang perlu dinasihati. Mesti tak memilih. Semua orang berhak mengenali Islam. Islam is not yours only. Jangan memandai nak buat individual right pulak.  Anta bersahabat sebab apa?”
“sebab Islam?”, Syahid mencedok jawapan dari kalam Abang Naufal
“Nope.”
“Allah. Kannn?” Dan Abang Naufal mengiyakan.
“Anta nak bersahabat dengan orang Islam jer ker? Macam mana nak sebarkan Islam”. Dan dia tersenyum lagi.



“Oiii senyum sorang-sorang…Syahid…”,geli hati dia melihat Syahid yang sudah melayang entah ke mana.

“…why al-Quran?”, akhirnya dia berjaya bertanya setelah sekeras mungkin dia cuba menjatuhkan egonya.

“huh? Ehemm. [39:43]”, hati Syahid berbunga mendengar namanya dipanggil sayu. Namun, masih lagi dia berlagak biasa.  

“Bahkan mereka mengambil pemberi syafa'at selain Allah. Katakanlah: "Dan apakah kamu mengambilnya juga meskipun mereka tidak memiliki sesuatupun dan tidak berakal?”, serak-serak basah Khairul membaca ayat itu. 

Merdu.

“Apa yang buat kau berubah Syahid?”

“Aha.That’s my past. Don’t touch. Read [Ali ‘Imran:112]”

Khairul patuh membaca menurut seperti diminta. 

“Macam mana kau boleh yakin untuk berubah?”

“Because I’ve got Abang Naufal and read 3:160 and also al-Mu’min or the other name for al-Ghafir:60”

“I doubt your strength, just with your so great Abang Naufal a.k.a abang SC”, jelas sekali dia bernada cemburu.

“Nope. Abang Naufal tue tiup angin pun boleh tumbang yer. I’ve got Surah 3 verse 8”

Syahid masih lagi dalam posisi bernada machonya.

Senyap.

Syahid memeluk sahabatnya yang sudah tidak mampu menahan esak tangisnya.

“you are far better than me, Khairul. My sins was always beyond par. Allah pasti terima kau” monolognya bisu dalam tangis sahabatnya.


Bergembiralah bila Allah sudah pilih kita untuk berubah. Usah biar kesedihan masa lampau memburu kita hingga akibatnya rosak amalan kita. Contohilah Saidina Umar. Sebelum Islam beliau hebat, selepas Islam bahkan dia lebih hebat…tidak bermakna mereka yang sudah Islam sedari awal sahaja yang mampu hebat, buktinya lihat pada Saidina Umar. Yang perlu dirisau ialah bila Allah sudah hadirkan hidayah tapi kita berpaling”,  dia mengulang kata itu sebagaiman dia dulu dikuatkan saat mahu berubah.








_Unit Pembangunan Insan ACE 2013_