Lancement de Batch (LDB)
Alexandria Caliph of Endeavor
Pengenalan Organisasi Batch 14/15
Alexandria Caliph of Endeavor
Bakat-bakat ACErs
Alexandria Caliph of Endeavor
Ini Hijrahku
Alexandria Caliph of Endeavor
Memories
Alexandria Caliph of Endeavor
Survivor: Alexandria Special (SAS)
Alexandria Caliph of Endeavor
Ambo Datang Buleh? (ADB)
Alexandria Caliph of Endeavor
P.S. I Love You, MOM
Alexandria Caliph of Endeavor
Monday, April 29, 2013
Saturday, April 27, 2013
This has to change!
This has to change!
BY: Nisa'92
TARIKH: 27 APRIL 2013
"Times we are
living in,
our new generation
can sing perfect song lyrics,
but they cannot recite
Quran with proper Tajwid,
this has to
change!"
-quoted-
Belajar
Tajwid, pentingkah?
Adakah ia suatu tuntutan
?
Akademik,
persatuan, jemaah, quran, ilmu tauhid,
ilmu feqah , kelas tafaqquh, kalau nak disenaraikan tersangat banyaklah ilmu – ilmu dan thaqafah-
thaqafah yang nak dikejar para mahasiswa, lebih – lebih lagi bagi mereka yang
ditempatkan oleh Allah untuk bergelar mahasiswa di timur tengah. Maklumlah,
berada di bumi para anbiya’, berada di ardul kinanah yg digelar sebagai gedung
ilmu, ditambah lagi dengan peringatan-peringatan para senior supaya mengutip
sebanyak mana mutiara yang ada, maka berkejar-kejarlah kita mencari ilmu dan
meneroka thaqafah di bumi latihan ini.
Namun, dalam senarai ilmu yang kita buat, ramai yang
terlupa sesuatu yang penting di sebalik sesuatu yang penting. Apakah itu? Kita
meletakkan quran sesuatu yang penting , namun di sebalik quran itu, ada sesuatu
yang sering kita lupakan yang sebenarnya teramatlah penting, iaitu ilmu
tajwid.
Mari sama- sama kita hayati apakah ilmu tajwid. Syeikh Ahmad Hijazi al-Fiqh
menerusi bukunya القول السديد iaitu
seorang ketua para Qari di Mekah telah membincangkan erti perkataan al-Tajwid
dengan membawa maksud mengelokkan. Manakala al-Tajwid menurut pengertiannya
ialah pengetahuan yang membicarakan makhraj huruf (alat-alat pengucapan),
sifat-sifatnya dan perkara yang berhubung dengan ayat-ayat al-Quran. Misalnya
membaca huruf-huruf ada pengucapan atau haknya. Hal ini berkaitan dengan
aktiviti membaca dengan sifat-sifat huruf itu sendiri seperti جهر (bersuara),
همس (berbisik), شدة (keras)
dan sebagainya.
Pada masa yang sama juga, Syeikh al-Islam Zakaria Ansari
pernah membentangkan pengertian perkataan tajwid iaitu; “Iaitu bacaan yang
nyata maknanya dan terang pengucapannya. Oleh yang demikian itu, istilah tajwid
secara kesimpulannya ialah ilmu yang berkaitan dengan sebutan huruf yang diucap
pada makhraj-makhrajnya yang betul, kadar panjang dan pendek bacaan (mad),
dengung, qalqalah, isymam (اشمام), dan
lain-lain lagi yang terkandung dalam skop ilmu tajwid. Sifat-sifat bacaan ini
akan menolong dalam penyampaian kepada makna perkataan-perkataan yang diucapkan.
Berdasarkan maksud ilmu tajwid yang
diterangkan di atas, maka untuk mengetahui makhraj, hukum bacaan dan sebagainya
tidak dapat tidak kita perlu menuntut ilmu tentang ilmu tajwid itu. Apakah
hukum belajar ilmu tajwid menurut islam? Mari kita mengkaji hukum ilmu tajwid
mengikut dalil al-Quran, as sunnah dan pendapat para ulama.
1.
Dalam al-Quran , Allah berfirman:
وَرَتِّلِ القُرانَ تَرْتِيْلاً
Maksudnya: “Bacalah al-Quran itu dengan tartil”.
Menurut Ali bin Abi Talib, tartil bermaksud mentajwidkan
huruf dan mengetahui tempat berhenti. Perkataan ورَتِّلِ adalah فعل الأمر yang
bererti wajib kerana tiada qarinah (bukti) yang boleh merubah bentuk asalnya.
2.
Dari perspektif as sunnah:
Apabila diteliti dari al-Sunnah pula, sebagaimana yang telah
diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitabnya الموطاء dan النسائى dari
susunannya daripada Huzaifah dari Rasulullah s.a.w. bersabda;
اقرؤا القرآن بلحون العرب وأصواتا
واياكم ولحون أهل الفسق والكبائر
Maksudnya: “Bacalah al-Quran dengan bentuk suara dan lagu
Arab. Dan jauhilah oleh mu dari bentuk suara dan lagu-lagu orang-orang yang
fasiq serta dosa besar”.
Lagu fasiq ialah lagu yang bukan berasal dari lagu Arab yang diatur not kaedah muzik yang boleh merosakkan bunyi makhraj dan sifat huruf. Manakala lagu nyanyian ahli kitab pula adalah lagu yang dilakukan seperti orang yang putus asa atau merintih ditimpa bencana. Ia sebenarnya dapat melalaikan sebutan huruf.
Lagu fasiq ialah lagu yang bukan berasal dari lagu Arab yang diatur not kaedah muzik yang boleh merosakkan bunyi makhraj dan sifat huruf. Manakala lagu nyanyian ahli kitab pula adalah lagu yang dilakukan seperti orang yang putus asa atau merintih ditimpa bencana. Ia sebenarnya dapat melalaikan sebutan huruf.
3.
Ijma’ ulama’
Umumnya hukum
mempelajari ilmu tajwid al-Quran adalah menjadi fardhu kifayah, Namun hukum
menggunakannya adalah fardhu ain bagi setiap orang Islam sama ada lelaki atau
pun perempuan yang telah baligh kerana membaca al quran dengan bertajwid adalah
WAJIB.
Imam al-Syams bin al-Jazari dalam Mukaddimahnya telah
menetapkan bahawa;
والأخذ بالتجويد حتم لازم، من لم يجود القرآن فهو أثم لأنه به الا له انزلا، وهكذا منه الينا وصلا
والأخذ بالتجويد حتم لازم، من لم يجود القرآن فهو أثم لأنه به الا له انزلا، وهكذا منه الينا وصلا
Maksudnya: “Al-Quran wajib dibaca secara bertajwid,
berdosalah pembaca yang tidak bertajwid kerana secara itulah ia diturunkan, dan
begitulah kepada kita ia disampaikan”
4.
Menurut kaedah usul fiqh
“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka
ia menjadi wajib”.
Jika dihayati usul fiqh ini, kita boleh meneliti bahawa,
membaca al-quran bertajwid itu wajib, untuk membaca quran dengan bertajwid,
tidak dapat tidak kita mesti mempelajari ilmu tajwid.
Setiap hari kita
menggunakan ayat- ayat al quran di dalam solat . Mengikut ijma ulamak, berdosa
jika kita membaca al quran tanpa tajwid. Di dalam solat seharian, ada bacaan
yang menentukan solat kita sah atau tidak, contohnya bacaan al fatihah. Jika
bacaan al fatihah itu tidak betul , maka, fikir – fikirkan keadaan solat kita,
sah atau tidak?
Allahuakbar. Sama-sama kita pandang dan fikir sesuatu perkara
mengikut ilmu syarak. Walaupun begitu banyak ilmu yang kita ingin dalami, susunlah
ia mengikut keutamaan, mengikut fiqh aulawiyyat yang ditetapkan. Lihat, Islam
menyediakan segala panduan yang kita perlukan, termasuklah apa yang kita perlu
utamakan. Cumanya kita hanya perlu belajar, dan mencari. Segala hukum telah
ditetapkan, kita tidak perlu bersusah payah membuat hukum. Kita cuma perlu
menurut hukum yang telah ditetapkan. Subhanallah, begitu indahnya Islam!
_Nisa’92_
Monday, April 22, 2013
GIT - Parasitology
Link-link download Parasitology , Gastrointestinal Module seperti berikut :
SLIDES
1) Hematode **NEWUPDATE
PRACTICALS
1) FASCIOLA HEPATICA AND GIGANTICA
https://www.dropbox.com/s/vbowtncs9he5sj0/PRACTICAL%20PARASITOLOGY%201.docx
2) SCHISTOSOMA MANSONI
https://www.dropbox.com/s/p3lupzewowoveoz/PRACTICAL%20PARASITOLOGY%202.docx
3) TAENIA SAGINATA AND SOLIUM
https://www.dropbox.com/s/btuixsv3jppcz78/PRACTICAL%20PARASITOLOGY%203.docx
4) DIPHYLOBOTHRIUM LATUM AND HETEROPHYES HETEROPHYES
https://www.dropbox.com/s/jwj7jzyeiq0kzgj/PRACTICAL%20PARASITOLOGY%204.docx
5) TRICHURIS TRICHIURA & HYMENOLEPIS NANA
http://www.scribd.com/doc/136321476/Practical-Parasitology-5
6) ASCARIS LUMBRICOIDES & ANCYLOSTOMA
http://www.scribd.com/doc/137144043/Practical-Parasitology-6
7) ENTAMOEBA HISTOLYTICA AND COLI
http://www.scribd.com/doc/137336165/Practical-Parasitology-7
8) ENTEROBIUS VERMICULARIS
http://www.scribd.com/doc/137199933/Practical-Parasitology-7
9) BALANTIDIUM COLI, GIARDIA AND CRYPTOSPORIDA
http://www.scribd.com/doc/138248852/Practical-Parasitology-8
Tahaluf Siyasi
HUKUM TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS GERAKAN
ISLAM MASAKINI Disediakan oleh:
Ahmad Fadhli bin Shaari
Pensyarah KIAS
ISLAM MASAKINI Disediakan oleh:
Ahmad Fadhli bin Shaari
Pensyarah KIAS
Pendahuluan
Istilah tahaluf siyasi menjadi satu istilah yang semakin dikenali khususnya di kalangan pendokong gerakan Islam. Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928. Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiyyah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakan-gerakan Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.
Dalam keadaan hari ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam bahawa mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi masing-masing. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini, tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya. Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada di dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam pembentukan kerajaan. Perosalannya, adakah ia merupakan satu keharusan? Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?
Pengertian Tahaluf Siyasi
Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.
Hukum Tahaluf Siyasi
Para ulama haraki khususnya berbeza pandangan mengenai hukum melakukan kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam. Sebahagian daripada mereka dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama ini serta menghukumkan bahawa kerjasama ini sebagai haram. Di antara mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah . Manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .
Dalil-dalil yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi ialah seperti berikut :
1. Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (51) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52)
Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (51) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52)
Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.
Hujah : Kerjasama gerakan Islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis wala’ kepada kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam.
2. Firman Allah SWT :
فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Yang bermaksud : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya
فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Yang bermaksud : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya
Hujah : Ayat di atas berkenaan dengan pengharaman arak dan judi. Namun jika dilihat dari sudut tahaluf siyasi, kerjasama dengan musuh mungkin mendatang manfaat dari beberapa sudut, bagaimanapun dari sudut yang lebih jauh iaitu ke arah menegakkan hakimiah Allah SWT, ia tidak akan dapat dicapai. Lantas, kerjasama akan menyebabkan terbantutnya usaha gerakan Islam untuk menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian, kerjasama ini adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan mudharat daripada manfaat.
3. Pertimbangan logik bahawa gerakan yang tidak berhasrat untuk menegakkan Islam ini pastinya hanyalah menjadikan gerakan Islam sebagai jambatan untuk mereka mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidak membiarkan gerakan Islam ini berkembang sehingga mengatasi diri mereka. Dan ini sekali lagi akan menghalang kepada tertegaknya daulah Islamiah seperti yang diperjuangan oleh Harakah Islamiah.
Manakala bagi golongan ulama haraki yang mengatakan tahaluf siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :
1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
Hujah : Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.
2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :
2.1 Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya” Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.
2.2 Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.
Hujah : Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.
3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”
Hujah : Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal . Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.
4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.
Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”
Hujah : Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.
5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.
6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.
Jawapan Terhadap Golongan Yang Mengharamkan Tahaluf Siyasi
Di dalam memberikan jawapan kepada golongan ulama haraki yang mengharamkan tahaluf siyasi, beberapa pandangan telah dikemukakan. Antara lain :
1. Ayat yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.
2. Ayat 219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.
KESIMPULAN
Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.
Penyertaan gerakan Islam dalam mana-mana kerajaan seharusnya dilakukan dengen penelitian yang teliti terhadap senario politik setempat. Oleh yang demikian, pimpinan gerakan Islam perlulah sentiasa prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa serta kehendak masyarakat agar langkah yang diambil tidak menyebabkan kerugian di mereka nanti.
Maklumat Penulis:
Ahmad Fadhli bin Shaari
B.A (Hons) Dakwah Islamiyyah, Univ. Al-Azhar, Mesir.
Penulis merupakan Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah
B.A (Hons) Dakwah Islamiyyah, Univ. Al-Azhar, Mesir.
Penulis merupakan Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah
Sumber Asal DISINI
Dr.khalifa 2019
Dr. Khalifah 2019
BY: ACER
Dr.khalifa 2019
Usai
solat dhuha, Alhamdulillah, akhirnya sempat merehatkan badan di sudut surau.
Sekarang sudah banyak pembangunan ke arah memudahkan pesakit dan kakitangan.
Surau, bilik wudhu, dan alat tayammum ringkas telah disediakan. Hospital mesra
ibadah menjadi motto bagi setiap hospital yang berada di Malaysia, tambahan pula,
bayaran untuk hospital kerajaan langsung tidak dikenakan ke atas pesakit.
"Dulu, kalau nak solat susah
doktor, kadang-kadang tu sampai kena solat tepi katil pesakit yang
sempit-sempit, kalau pasal pesakit tak payah cerita lah, 90 % memang tak solat
langsung" kata kak Faridah, salah seorang jururawat senior di Hospital
Islam Khulafa'.
Jam
sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Jam tangan yang dihadiahkan oleh mak pada
hari pernikahan aku 3 tahun lepas, masih tetap berdetik hingga ke saat ini.
Surau di wad kanak-kanak ini sangat sunyi, hanya kedengaran suara tangisan
sayup-sayup dari wad. Sudah lebih 24 jam aku berada di hospital. Baju kemeja
yang digosok oleh isteri ku telah bertukar menjadi baju yang selayaknya berada
dalam mesin basuhan. Tali leher yang aku pakai semalam entah kemana perginya.
"Teet..teet.."
Bunyi yang disusuli dengan getaran cukup
untuk mengalih pandangan aku dari kemeja yang berkedut kepada telefon bimbitku.
"Abang..harini wani ada meeting,
wani balik pukul 2..wani dah masak untuk abang, abang panaskan ek.. Haaa malam
ni jangan lupa, nak pergi kuliah sama-sama. Jangan buat on-call bagai pule tau
:p"
Terukir
senyuman di bibir aku, sambil terngiang-ngiang suara Yuna menyanyikan
"lagu terukir di bintang" ketika melihat pesanan ringkas dari
isteriku. Masuk tahun ini sudah 5 tahun usia perkahwinan kami. Ketika di tahun
3 aku menyatakan hasrat kepada ibubapa ku untuk berkahwin. Keputusan yang ternyata
memeranjatkan mereka, namun, Alhamdulillah, diterima dengan baik. Kisah cinta
yang ringkas namun bagiku sudah cukup romantik untuk dikenang sendiri. Dari
bergelar seorang pelajar sehinggalah menjadi doktor, setia sahaja melayan
karenah ku. Syazwani Muhamad, akhawat yang aku kenali ketika menuntut di pusat
asasi UIA Petaling Jaya sebelum terbang ke bumi Iskandariah. Sekarang sudah
bergelar suri hidupku sepenuh masa, terkadang aku menggelarkannya Fatimah
Syarha, dek kerana ayat-ayat persis novel yang sering diungkapkan kepadaku.
Isteri, teman, kawan, musuh, segala peranan diraih olehnya.
"Boleh saya pinjam paper ni
tak?" Aku meminta izin kepada salah seorang jururawat di kaunter.
Aku
membelek-belek surat khabar yang masih terlipat rapi di sudut kaunter. Mataku
meliar memerhatikan tajuk-tajuk utama akhbar dengan pantas. Jika dahulu, jarang
sekali aku meringankan tangan aku untuk membelek akhbar, kerana berita yang
dipaparkan sangat tidak bermoral jauh sekali berakhlak. Ketika di universiti,
berita yang dipaparkan hanyalah berkisar tentang politik kotor, gambar-gambar
rakaman video lucah, dan tomahan-tomahan yang tidak berasas. Namun kali ini,
segalanya telah berubah, masakan tidak, setiap penulisan dan berita yang
dipaparkan benar-benar memberi info yang sahih serta bermanfaat. Rakyat bebas
bersuara, suara-suara rakyat mula menjadi satu suara yang di dengari, rakyat
bukan lagi berperanan sebagai hamba,namun sebagai tuan kepada negara. Jelas
berbeza dengan situasi beberapa tahun sebelum ini.
"Pembebasan bumi Aqsa dalam masa
terdekat" lantang kata-kata perdana menteri Malaysia di persidangan OIC.
Tajuk
itu berjaya merangsang otakku untuk meneruskan pembacaan selanjutnya.
Alhamdulillah, akhirnya negara-negara islam bersetuju untuk bersatu dalam
menangani isu Palestin yang sangat kronik. Mempertahankan kedaulatan Palestin
menjadi agenda utama persidangan kali ini. Agenda yang dibawakan oleh perdana
menteri Malaysia diterima dengan baik oleh ahli OIC. Kali ini dengan lebih
serius, dan pendekatan yang amat berbeza dengan sebelumnya. Mesir, Turki, Arab
saudi dan seluruh negara Islam telah bersetuju memutuskan segala hubungan
diplomatik dengan Israel dan negara-negara yang bersama-sama dengannya.
Presiden Mesir, Dr. Mursi memberi kata dua kepada israel samada untuk berundur
diri ataupun dihancurkan sehingga menjadi debu jika masih berdegil. Tambahnya,
negara-negara Islam akan mengembalikan kedaulatan Islam dan meletakkannya ke
tempat paling tinggi.
"Kami yakin, kali ini khilafah
islamiyyah akan kembali terbina. Keadilan akan tertegak di setiap pelusuk bumi.
Tiada satu tanah akan diambil secara zalim. Orang- orang yang dizalimi akan di
bela, orang yang zalim akan mendapat pembalasan tanpa mengira pangkat,
kedudukan dan kuasa" tegas perdana menteri Malaysia pada sidang media
sejurus tiba di KLIA.
Meremang
bulu roma apabila membaca berita yang sudah sekian lama ditunggu. Jika dahulu,
peristiwa seperti ini hanya mampu ditulis di dalam cerpen. Namun hari ini, aku
merasakan hari pembebasan al-Aqsa semakin hampir. Sujud syukur tanda
kegembiraan.
Dalam
perasaan gembira, aku teringat satu peristiwa ketika aku masih menuntut di
Iskandariah, Mesir. Ketika itu selepas subuh. Musim panas di Mesir subuhnya
awal, pukul 4 pagi. Ketika sedang bersiap untuk ke kuliah, aku mendengar
sahabat serumahku Johan atau lebih dikenali sebagai Jay, memasang satu video
rakaman ceramah di youtube.
"Tiada jihad di Palestin"
Ungkapan
itu benar- benar mengganggu benak fikiran dan emosiku. Aku masuk ke dalam bilik
Jay dan sama-sama mendengar ceramah dari seorang ulama' muda salah satu parti
di Malaysia.
Mulut ku berbicara.
" guano ustaz ni Jay, tibo-tibo
jah oyak fatwa lagu ni"
" tak tahu lah khalifa, mu dengar
lah dulu yo nok oyak gapo pahni" jay menjawab sambil asyik bermain angry
bird pada peranti Ipadnya.
Aku
meneliti setiap kata dan bicara yang disampaikan. Antara hujahnya adalah,
rakyat Palestin perlu keluar dari bumi Aqsa kerana mereka tidak mampu untuk
menentang Israel disebabkan kekurangan kelengkapan persenjataan. Tiada
persiapan untuk menghadapi musuh.
"Seems legit" bisik hatiku.
" rakyat Palestin perlu keluar
dari Palestin dan mempersiapkan diri untuk menghadapi israel pada masa akan
datang" ulama muda itu meneruskan bicara.
Namun ada
beberapa persoalan yang bermain difikiranku, kelengkapan senjata? kemana harus
mereka tuju sekiranya mereka keluar dari Palestin?
Malam
itu mentor smart circle aku menceritakan kepada usrah perihal perang Badar.
Ketika itu umat Islam tidak memiliki kelengkapan yang cukup, peralatan perang
dan jumlah tentera yang jauh lebih sedikit berbanding pihak lawan. Kalau
dilihat dari percaturan logik dan matematik, sudah jelas bahawa tentera Islam
sudah semestinya akan tewas, namun dengan pertolongan Allah, perkara sebaliknya
yang berlaku.
" (ingatlah) ketika kamu memohon
pertolongan kepada tuhanmu, lalu diperkenankanNya bagimu, " sungguh aku
akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang
berturut-turut."
"Dan tidaklah Allah menjadikannya
melainkan sebagai khabar gembira agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan
kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha
Bijaksana."
Ayat
dari surah al-anfal yang dibentangkan oleh Abang Yadiy benar-benar memberi
penjelasan kepadaku bahawa kemenangan itu datang dari Allah secara mutlak.
Siapa yang Allah kehendaki untuk menang, Allah akan kurniakan. Bagi umat Islam,
kemenangan itu sudah pasti, namun hanya di tangguhkan waktunya. Walau ditentang
ribuan tentera, ratusan kereta kebal, kuasa Allah tetap mengatasi segala-galanya.
Tetaplah pada jalan Islam, kemenangan akan menjadi milik kita,masa menjadi
penentu dan teruskan berdoa serta mengharap agar diri menjadi penyumbang
kemenangan Islam, bukannya menjadi pembantut kepada perjuangan.
"Kalau rakyat Palestin keluar
dari bumi Aqsa, diorang nak duduk dekat mana? Dan jika mereka keluar dari
Palestin, israel akan menuntut hak sebagai negara yang berdaulat, itu yang
mereka nak selama ini" Dr. Asri Zainal Abidin
Dr.
Maza menjelaskan, mungkin ketika zaman ketika mana sistem naungan Khilafah
masih tertegak, fatwa ini masih 'valid'. Namun dalam keadaan sekarang tiada
tempat untuk rakyat Palestin mencari perlindungan. Arab Saudi sendiri
seakan-akan bersekongkol dengan israel dalam hal ini. Jelas, jika rakyat
Palestin keluar dari Aqsa, israel akan lebih berkuasa.
Jihad
di Palestin perlu diteruskan, namun ianya tidak seharusnya dibiarkan yatim
tanpa pembelaan. Ketika rakyat Palestin masih setia bertahan, negara-negara
Islam perlu bersatu dan mengumpul tenaga dalam segala sudut, ekonomi, akhlak,
dan ketenteraan. Ini yang sebenarnya harus berlaku, pihak yang membuat
persiapan adalah negara Islam lain, bukan lah hanya terbeban kepada pemuda
Palestin semata-mata. Umat Islam perlu berterima kasih kepada kepada rakyat
Palestin yang setia bertahan di Aqsa. Hanya masa akan menentukan bilakah saat
kemenangan akan dikecap.
"Dr. Khalifa"
Kak Faridah menyapa lamunanku, masih
memegang erat surat khabar. Ah, jauh sungguh lamunanku melangkau rentas masa
selama bertahun-tahun.
"Ya, kak Faridah?"
" takde lah, akak tengok doktor
mengelamun dari tadi, doktor dah habis shift kan? Taknak balik ke?" Tanya
kak Faridah dengan sinis.
"Alah akak ni, saya nak berangan
sikit pun tak boleh. Yee..nak balik lah ni. Haaa, malam ni jangan lupa, ada
kuliah ustaz Azhar Idrus dekat masjid besar, ajak satu family datang."
Balas ku dengan nada gurauan.
Budaya cintakan ilmu
semakin mendapat tempat di hati masyarakat
terutama sekali pemuda.
Ceramah-ceramah agama dipenuhi ribuan pemuda.
Mungkin ini lah salah satu penyebab penyatuan umat Islam di seluruh dunia.
Tiada lagi hiburan-hiburan melampau dan melalaikan. prosedur perkahwinan
dipermudahkan, remaja-remaja yang ingin berkahwin diberikan wang belanja dari
baitulmal. jelas perkara ini mengurangkan gejala sosial yang menemui jalan
buntu beberapa tahun sebelumnya. Alhamdulillah, moga Allah melimpahkan
rahmatnya keatas usaha setiap hamba untuk memelihara negara dengan acuan yang
ditetapkan oleh Nya.
Jam 10 pagi, dengan badan yang amat
letih aku memandu pulang. Ketika di tempat parkir tadi,aku sempat melihat
beberapa kakitangan hospital bersama kereta yang baru dibeli. Agak mewah. Semenjak
harga kereta dan minyak petrol diturunkan, semakin banyak kereta mewah menjalar
di jalan raya. Golongan berpendapatan sederhana mahupun rendah semuanya
berpeluang membeli kenderaan dengan skim pinjaman tanpa riba yang tidak
menindas.
Aku?
Kereta kenari yang dihadiahkan oleh
abang ngah sejurus selepas majlis graduasi ku ini sudah cukup untuk memenuhi
keperluan hidupku. Kalau dahulu, selalu berfikir untuk memiliki kereta mewah.
BMW, Mercedes, atau Mini cooper . Namun apabila sudah memiliki tanggungjawab
sendiri, aku perlu lebih matang menyusun aulawiyyat hidupku.
Senyum sendiri mengenangkan peristiwa
pahit manis ketika belajar dahulu. Kepada sahabat-sahabat yang sering sering
hadir dalam lamunan ku, sungguh, aku rindu padamu. Kehidupan sebagai pelajar
jelas berbeza dengan kehidupan bekerja. Sama seperti kehidupan bujang dan
kehidupan berkeluarga. Jika dahulu apa yang harus difikirkan hanya seorang,
selepas berkahwin segalanya digandakan dengan dua. Perut yang perlu di isi,
belanja harian, dan sebagainya. Jika dahulu aku mempunyai seorang ibu dan ayah,
namun sekarang aku memiliki dua orang ibu dan dua orang ayah. Segala peristiwa
yang berlaku dalam hidup, ada hikmah yang tersendiri, moga-moga Allah merahmati
segala pekerjaan dan amalan yang di lakukan sebelum ini.
_Dr. Khalifah_
Monday, April 15, 2013
GIT - Microbiology
Link download untuk Microbiology Gastrointestinal Module seperti berikut :
SLIDES
1) Hematode
2) Shigella
3)Spot Question in Practical **NEWUPDATE
PRACTICAL MICROBIOLOGY
1) SALMONELLA
https://www.dropbox.com/s/ieyey5oze7thz9g/PRACTICAL%20MICROBIOLOGY%201.docx
2) GASTROINTESTINAL INFECTIONS
http://www.scribd.com/doc/137831964/Practical-Microbiology-2
Saturday, April 13, 2013
Be the do’ers not the viewers
Be the do’ers not the viewers
BY: ACER
TARIKH: 12 APRIL 2013
SEKADAR RENUNGAN……
Penyembelihan
Deir Yassin... 9
April 1948
Saksi Sejarah Hjh. Zainab berkata: "Selepas pengganas Zionis mengelidah dan memusnahkan kampung kami, mereka menculik adik saya ketika itu masih lagi belajar di sekolah rendah, saya sedaya upaya menebusnya dengan apa yang saya miliki termasuklah sejumlah wang 250 lira tetapi gagal, mereka terus menembaknya dengan 5 das tembakan sebelum sujud ke bumi, abang saya tidak dibunuhnya. Saya melihat sendiri dengan mata kepada saya saki baki penduduk dibunuh, dilapah dan dicincang.
Saksi ke-2; Hannah Khalil menceritakan bagaimana seorang Zionis Israel mengeluarkan sebilah pisau besar membelah dari kepala hingga hujung kaki seorang jirannya.
Mereka juga mengumpulkan ramai wanita Palestin dilucutkan pakaiannya kemudiannya di muatkan ke dalam 3 buah lori menghantar mereka memasuki kejiranan Yahudi di Jerusalem, juga 25 orang pemuda Palestin di bawa ke penempatan haram Yahudi sebelum membunuh mereka semua.
KEJADIAN DI SYRIA
Fakta
kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian
8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta
40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam
penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.
Dalam
tempoh lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat menghadapi
senjata berat dan kereta kebal hingga rumah dan masjid dirobohkankan, wanita
dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah ada wanita yang diperkosa di hadapan
suami mereka sambil diikat.
Menurut
Syeikh Khalid lagi, seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni,
23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau
dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut
dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.
Subscribe to:
Posts (Atom)