Monday, October 17, 2011

Analisis Result Semester 2 Tahun 1

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah akhirnya analisis untuk semester 2/2011 telah berjaya disiapkan oleh Unit Akademik Batch.
Berikut adalah senarai nama mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya mendapat ranking "TOP 10" bagi semester yang lepas.


Ranking Top 10 Semester 2/2011

NO
ID NO 
NAMA PELAJAR
1
10-1-199
MOHAMMAD FAIZ BIN RUSLAN
2
10-1-15              
AHMAD NAZIM BIN MAZLAN
3
10-1-286
NURUL AIN FATIN BINTI ARIFFIN
4
10-1-188
MOHAMMAD I'ZZAT BIN OON
5
10-1-119
AISYAH BINTI JAAFAR
6
10-1-216
MUHAMMAD NU'MAN BIN JEMAN
7
10-1-304
WAN ZAFIRAH BINTI WAN MUSTAPHA
8
10-1-106
SYUFIKA NUR FATIN BINTI ISHAK
9
10-1-182
MUHAMMAD ARIF HELMI BIN MOHD AZAM
10
10-1-139
FATIN AISYA BINTI AHMAD SHUKRI
             


Tahniah bagi mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya mendapat ranking "TOP 10" untuk semester 2/2011.Jadikan pengalaman yang lepas sebagai suntikan semangat untuk terus mendapat kecemerlangan akademik seoptima mungkin.
Bagi anugerah pelajar terbaik untuk sesi SEMESTER 2/2011 jatuh kepada saudara MOHAMMAD FAIZ BIN RUSLAN mahasiswa daripada Lecture B yang memperolehi Gred A bagi semester kali ini.


   NAMA                     : MOHAMMAD FAIZ BIN RUSLAN
   ASAL                       : KUCHING,SARAWAK
   SEKOLAH LAMA : MRSM KUALA KUBU BHARU

Berikut adalah pencapaian akademik beliau untuk semester 2/2011


MODULE
TOTAL MARKS
GRED
TOTAL MARKS
TOTAL GRED
    4
111
A-
507
A
    5
144
A
    6
115
A
    7
56
A-
HUMAN RIGHTS
82
A


Semoga pencapaian dan usaha gigih saudara  MOHAMMAD FAIZ BIN RUSLAN menjadi pembakar semangat bagi sahabat-sahabat lain untuk terus gigih berusaha belajar dan terus belajar sehingga mendapat "result" yang cemerlang.

Berikut adalah analisis akademik subjek dan keseluruhan  untuk semester 2/2011:




Sedikit motivasi,dalam ar-Raqaiq karangan Muhammad Ahmad ar-Rashid, berkata :
‘alfatratu ba’dal mujahadah min fasadil ibtida’
Kelesuan setelah bersungguh-sungguh adalah kerana kerosakan permulaan.


Dan saya kira, ikhlaslah permulaan yang paling bersih dan suci. Begitulah para ulama hadith mengajarkan kita, melalui susunan hadith dalam kitab-kitab mereka – hadis masyhur ‘innamal a’malu binniat’ sebagai permulaan.


Jadi ayuhlah sahabat sekalian masih tidak terlambat untuk kita tajdid balik niat kita,memperbaharui langkah awal dengan langkah yang lebih sempurna dan strategis untuk menempuh perjalanan selama 5 tahun lagi sebelum bergelar seorang doktor.Belajarlah sebaik mungkin dan teruskan berdoa kepada Allah tanpa pernah merasa putus asa dari rahmatnya untuk memperoleh kejayaan yang lebih besar.
Sungguh kejayaan itu tidak datang bergolek tetapi kejayaan itu perlu digarap dan dikejar dengan penuh gigih sehingga segala cita kita tercapai jua akhirnya.Sepertimana kata hikmah daripada Dr Aid Abdullah Al-Qarni


"Jadilah seperti orang yang kakinya berpijak di tanah,tetapi cita-citanya setinggi bintang di langit"


Moga-moga segala pengalaman tahun lepas menjadi penguat semangat untuk kita lebih berani untuk terus melangkah mengharungi segala liku dan cabaran yang bakal dihadapi kelak sebelum bergelar sebagai seorang ..
                                                                         
                                                                DOKTOR






Ala kulli hal, moga ada amal yang menyusul – dengan faham dan ikhlas sebagai asas utama kita.






Disediakan oleh : UPP Batch 2010/2016

0 comments:

Post a Comment