Anda tahu apa itu SUNNATULLAH..mari kita telusi bersama...
Barakah kalimah Quran !
Quran sangat hebat. Quran bukan kata-kata manusia. Quran kata-kata pencipta manusia dan pencipta segala yang wujud. Jika Ia sangat hebat, maka begitulah kata-katanya. Oleh kerana tidak kata-kata Allah yang masih kekal selain dari Al-Quran, maka seboleh-bolehnya kita mahu melekat dengan Al-Quran. Kita mahu melekat dengan bahasa Al-Quran dan istilah Al-Quran.
Bahasa Arab bukan hebat kerana bahasanya, tetapi hebat kerana Allah memilihnya menjadi bahasa Al-Quran. Bahasa Arab telah wujud sejak beribu-ribu tahun. Tidak ada apa yang hebatnya. Hingga turunlah Al-Quran. Akhirnya bahasa Arab dan orang Arab sendiri menjadi hebat kerana adanya Quran. Allah tak akan pilih satu-satu istilah melainkan itulah istilah yang paling tepat. Kalau ada istilah lain yang lebih tepat, nescaya Allah pilih perkataan tersebut.
Oleh itu kita cuba sedaya upaya untuk guna istilah dari Al-Quran. Mula-mula mungkin kita akan keliru dan mungkin juga akan ter’komfius’ dengan istilah melayu kadangkalanya. Sebabnya.. kadangkala banyak perkataan melayu yang diambil dari bahasa Arab atau dari Al-Quran, tetapi orang melayu menggunakannya dengan makna yang lain. Oleh itu bila kita baca Quran, kita kadangkala silap faham. Banyak perkataan macam tu. Nanti dalam bab-bab akan datang kita akan jumpa banyak lagi.
Kita cuba betulkan perkara ni. Kita gunakan perkataan dari Quran dengan ertinya yang betul. Insya Allah lama-kelamaan bila kita telah faham dan faham, kita akan dapat faham Al-Quran dengan baik. Kalau kita dah faham istilah dan term quran, maka kita akan dapat faham Quran.
Kemudian juga, bila kita gunakan bahasa dan term Quran, kita dapat berkat dari kata-kata tu. Kata-kata manusia tak tentu lagi betul ke tidaknya. Kata-kata Allah sudah mestinya betul.
Sunnatullah dalam Quran.
Sebab tu tajuk ni kita gunakan perkataan ‘sunnatullah’. Mungkin ada orang kata maknanya ketentuan dan peraturan Allah. Kita tak tahu tepat ke tidaknya. Kita akan sama-sama lihat dalam perbincangan ini.
Kita mulakan tajuk ni dengan sunnatullah. Kenapa? Dah habis ke penghujung nanti tahulah kenapa faham ‘sunnatullah’ ni sangat penting.
Allah sebut term ni berkali-kali dalam Quran. Berapa kali? Saper tahu.......? Ada saper-saper boleh cakap? JAWABNYA: 6 kali.
سُÙ†َّØ©َ اللَّÙ‡ِ الَّتِÙŠ Ù‚َدْ Ø®َÙ„َتْ Ù…ِÙ†ْ Ù‚َبْÙ„ُ ÙˆَÙ„َÙ†ْ تَجِدَ Ù„ِسُÙ†َّØ©ِ اللَّÙ‡ِ تَبْدِيلًا(23)
Isra’:77
Ahzab:38
Ahzab:62
Fatir:43
Ghafir:85
Fath:23
Kerana ada 6 kali disebut ni, mesti ada sebab yang besar. Kalau tidak Allah tak akan ulangkan term ni berkali-kali. Bila Allah sebut dan ulang-ulangkan sesuatu perkara, mesti perkara tu penting dan perlu difahami oleh kita sungguh-sungguh.
Oleh itu, apa maksudnya sunnatullah sebenarnya?
Bila Allah ciptakan alam ini, segalanya dengan hikmah. Tidak ada yang sia-sia. Allah ciptakan alam ini sebelum manusia. Berapa lama antara ciptaan alam dengan ciptaan manusia? Wallahu a’lam. Tanyalah ahli geologi, mereka pun sebutlah entah berapa billion tahun. Pandailah mereka ni tetapi hakikatnya mereka pun tak tahu dengan tepat.
Tanya pula ahli arkeologi, pandailah mereka sebut juta-juta tahun ini dan itu. Tapi mereka main agak-agak juga kan ?
Tanya ahli sejarah… serupa juga. Tanya ahli falaq, lebih kurang juga. Semua main sebut jer. Semua pakai ‘dzon’ jer.
Yang penting, alam ni memang diciptakan sebelum manusia. Semasa hendak diciptakan manusia, Allah menyebutkan: Aku mahu jadikan khalifah di atas bumi ! (2:30 )
Ertinya, bumi telah ada sebelum Adam. Kalau tidak mana Allah sebutkan bumi. Malaikat semua pula bila Allah sebutkan perkara tu, mereka bertanya: Ya Allah, Engkau akan jadikan perosak dan penumpah darah pula atas bumi tu? (2:30 ) Ertinya dah ada makhluk sebelum manusia di atas bumi ni sebelum Adam. Siapa mereka? Jawabnya JIN.
Kemudian bila Allah mahu ciptakan manusia dari tanah, Allah suruh malaikat ambil tanah dari banyak tempat atas bumi ni. Macam-macam jenis tanah yang di ambil. Tanah putih, hitam, kelabu, merah dan lain-lain. Dari situlah lahirnya anak Adam pelbagai warna dan pelbagai ragam.(Hadis riwayat Ahmad)
Yang penting di sini ialah bumi dah ada sebelum manusia.
Allah memang ciptakan dunia dan alam ni untuk manusia dan jin. Untuk manusia dan jin sahaja. Bukan untuk malaikat. Malaikat tak perlukan dunia ni. Malaikat tak makan dan tak minum. Malaikat bukan nak naik kenderaan dan nak seronok. Malaikat tak nak tengok TV dan dengar radio dan MP3 player ! Malaikat bukan nak pakai ‘Levis ’ dan ‘Nike’ !
Kalau sepasang suami isteri yang susah nak dapat anak. Tiba-tiba nak dapat anak. Maka segala benda disediakan awal-awal lagi. Botol susu, kain lampin, buaian, kelambu baby dan entah apa lagi. Semuanya tak sabar nak sambut. Padahal anak entah lahir hidup ke tidaknya.
Manusia disediakan siap sebelum dijadikan. Allah ciptakan manusia dengan penuh penghormatan. Di suruh malaikat sujud lagi. Diletakkan di dalam syurga pulak. Diberi kebenaran makan apa saja yang nak.(2:35 ) Dijadikan pasangan pula supaya tidak ‘kesik’. Supaya ada teman hilangkan sunyi(4:1).
Ready semua sebelum digugurkan.
Bila Adam a.s dicampakkan ke dunia, segala benda telah ada di bumi. Air, udara, tanah, pokok, binatang, logam dan semuanya. Bermulalah hidup baru Adam dan Hawwa. Mereka pun mengorak langkah memulakan hidup dengan akal yang diberikan oleh Allah.
Itulah besarnya manusia. Penghormatan, persiapan dan semua benda terpaksa tunduk kepada manusia. Lembu bukan tidak kuat kan ? Manusia dengan gajah jangan di tanya saper yang lebih kuat. Begitu juga dengan segala benda yang banyak di atas dunia ni. Tapi semua benda terpaksa akur kepada manusia.
Bukan benda hidup sahaja. Semua benda.
Lihat lagi pada logam. Allah dah siapkan logam dalam bijihnya. Manusia cari dan gali, jumpa. Dah tu.. macamana nak gunakan logam? Mesti dilebur dulu. Guna api. Berapa suhu nak leburkan?
Orang zaman dulu kala, mereka tak tahu berapa suhu nak cairkan besi. Yang mereka tahu, mereka panaskan besi tu, lama-lama besi tu cair atau lembut. Bila dah lembut, boleh dibentuk jadi kapak, keris, lembing atau cangkul atau apa saja.
Sampailah satu zaman bila dah ada jangka suhu. Dah tahu pasal ukuran suhu. Barulah tahu suhu 4210 darjah celcius titanium akan lebur. Besi akan lebur pada ……. Timah akan cair pada…. Akhirnya dibuatlah buku dan diajar kepada orang lain.
Begitu juga benih. Manusia letak biji, tiba-tiba tumbuh. Bila letakkan baja, tiba-tiba pokok jadi subur. Kalau tak ada air, pokok ‘moyok’. Kalau buat begini, buah jadi banyak. Kalau begitu, jadi entah apa-apa lagi. Manusia melihat.. memerhati pattern ni. Corak ni diingat dan diberitahu kepada orang lain. Orang yang datang kemudian dapat belajar. Jadilah satu ilmu lagi – ilmu pertanian.
Allah ciptakan.. manusia hanya cari dan jumpa !
Oleh kerana manusia ada akal, manusia perhati, tengok dan buat kesimpulan. Kesimpulan-kesimpulan ni lama kelamaan jadi banyak dan banyak. Ia ditulis. Di jadikan buku, dicetak dan dijadikan ilmu. Mereka buka tempat belajar. Lahir universiti. Universiti berkembang makin besar, banyak fakulti dan jabatan.
Tapi akhirnya manusia hilang dan sesat dalam fakulti dan jabatan. Apa maksudnya?
Mereka akhirnya lupa siapa yang tetapkan segala benda jadi tetap. Kalau tak ada suatu yang tetap nescaya tak akan ada universiti. Kalau air tidak tetap suhu menggelegaknya pada 100 darjah, bagaimana guru akan memberitahu pelajarnya?
Kalau semua benda tidak tetap, ertinya tiada buku dan ilmu. Semua orang kena test sendiri apa yang akan jadi pada apa yang dibuat.
Bukan ker dunia akan huru hara?
Oleh itulah bila Allah ciptakan alam ni untuk manusia, dia tidak biarkan alam ni begitu jer. Tapi Allah tetapkan satu sistem yang tetap supaya manusia dapat hidup dengan mudah. Undang-undang yang tetap ni akan tetap, tidak berubah dari dulu sampailah ke masa yang Dia izinkan. Ini supaya manusia tidak perlu pening. Manusia hanya perlu perhati sedikit, fikir dan buat kesimpulan setelah eksperimen. Kalau belum tentu 100%, maka namakan dia ‘teori’. Kalau dah komfem 100%, maka namakan dia undang-undang, ‘law’ atau apa saja. So ada di sana macam-macam law.
Jadi, itulah sains. Kerana itu, sains ada teori dan dan ‘law’.
Jadi bukankah sains tu adalah ketetapan Allah.? Sains bukan ketetapan manusia. Manusia hanya mencari dan menjumpai. Ketetapan tu dah ada. Allah yang tetapkan. Oleh itu, manusia tak hebat kerana jumpa. Allah yang hebat kerana ciptakan…!
Ketetapan Allah pada alam ini itulah sebenarnya yang dikatakan ‘SUNNATULLAH’.
“…The concept "law of science" is an inheritance from the earliest days of science when it was believed that the universe operated in the way it did because God established natural laws which dictated how things should act. Of course, everything but humans followed these laws, and so the movement of objects could be accurately predicted simply by coming to better understand the laws created by God. In this way, science in its infancy was very close to theology…”
http://atheism.about.com/library/FAQs/evo/blfaq_sci_law.htm
0 comments:
Post a Comment