Thursday, April 3, 2014

SUTUH, SAKSI MUNAJAT


SUTUH, SAKSI MUNAJAT

"Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."(Al-Baqarah: 45-46)

Sabtu, 22 Mac 2014 - Majlis solat hajat dan motivasi telah diadakan oleh kolaborasi antara Biro Akademik dan Biro Pembangunan Insan, Alexandria Caliph of Endevour (ACE) di Sutuh, Asrama MARA sempena peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Majlis bermula pada pukul 6 petang dengan solat maghrib berjemaah dan seterusnya ucapan ringkas daripada ketua batch, Amir Lukman bin Abd Aziz. Kemudian diikuti oleh solat hajat beramai-ramai serta pengisian berbentuk motivasi yang telah diberikan oleh Saudari Ain Afiqah binti Mohd Hafiz, Mahasiswi Tahun 6 Perubatan Iskandariah.

Tayangan filem pendek daripada pihak Unit Penerbitan dan Penerangan ACE (UPP) dengan kerjasama Unit Akademik ACE yang menampilkan lakonan hebat ahli ACE sendiri telah memukau para hadirin. Terselit seribu satu ibrah telah menjentik hati-hati seluruh yang hadir. Majlis diakhiri dengan solat isyak berjemaah.

Program solat hajat ini merupakan salah satu usaha sebagai persiapan untuk ahli ACE menghadapi peperiksaan. Kejayaan itu milik Allah. Oleh itu, untuk berjaya kita bukan sahaja perlu belajar bersungguh-sungguh bahkan juga perlu pergantungan kepada Allah serta bertawakal. Di samping itu, program ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli ACE dan merapatkan ukhwah serta sebagai pengisian ilmu dan rohani.

Alhamdulillah program ini telah berjaya dijalankan dan mencapai tujuan. Komitmen serta kerjasama yang semuaahli ACEberikanamatlahdihargai. Semoga Allah s.w.t membantu kita dalam kejayaan kita dalam peperiksaan ini. Tiada usaha dan kekuatan melainkan daripada Allah subhanahu wataala..

Disediakan oleh:

MUHAMMAD IZUDIN BIN ISMAIL
Setiausaha,
Alexandria Caliph of Endeavor (ACE)
Sesi 14/15


'THE POWER OF SYNERGY BRINGS BARAKAH'


0 comments:

Post a Comment