Lancement de Batch (LDB)

Alexandria Caliph of Endeavor

Pengenalan Organisasi Batch 14/15

Alexandria Caliph of Endeavor

Bakat-bakat ACErs

Alexandria Caliph of Endeavor

Ini Hijrahku

Alexandria Caliph of Endeavor

Memories

Alexandria Caliph of Endeavor

Survivor: Alexandria Special (SAS)

Alexandria Caliph of Endeavor

Ambo Datang Buleh? (ADB)

Alexandria Caliph of Endeavor

P.S. I Love You, MOM

Alexandria Caliph of Endeavor

Friday, June 28, 2013

Meniru

Sifat-Sifat Manusia Dalam Al-Quran Tabiat Manusia Manusia dilahirkan dalam pelbagai bangsa, agama, persekitaran dan budaya. Tetapi manusia sebenarnya mempunyai beberapa sifat yang sama yang disebutkan dalam Al-Quran yang perlu kita teliti untuk dijadikan pedoman. Adapun sifat-sifat yang tercatat pada lembaran kitab suci itu, kebanyakan bersifat negatif yang menggambarkan bahawa manusia itu lemah. Mengapa? Seperti yang disebutkan oleh Allah s.w.t: “Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (Fatir:15) Tiada ruang penafian bahawa Allah berkuasa atas segalanya sama ada di langit atau di dunia. Justeru itu, Allah jadikan manusia bersifat lemah supaya manusia bisa kembali kepada-Nya dalam apa jua keadaan. Namun, dengan rahmat-Nya, Dia tidak membiarkan manusia tanpa pergantungan dan jalan keluar. Lantaran itu, Allah utuskan nabi dan turunkan Al-Quran bagi memberi peringatan. Sifat-sifat manusia 1. Lemah Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (An-Nisaa:28) 2. Tidak Bersyukur Dan Dia lah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur. (Al-Hajj:66) Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar. (Fussilat:51) Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya. (AL-‘Adiyat:6) 3. Berputus asa Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur. (Hud:9) Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa. (Al-Israa’:83) Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah). (Fussilat:49) 4. Tidak menghargai nikmat Allah Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Ibrahim:34) 5. Suka membantah Ia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya. (Al-Nahl:4) Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya. (Al-Kahfi:54) 6. Terburu-buru Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru. (Al-Israa’:11) Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya, Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu, maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya). (Al-Anbiyaa’:37) 7. Kufur nikmat Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah, maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah). (Al-Israa’:67) 8. Bakhil dan kedekut Katakanlah (wahai muhammad): “jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut” (Al-Israa’:100) 9. Zalim sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Al-Ahzab:72) 10. Sombong Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami, kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): “Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu) (Az-Zumar:49) 11. Tidak mengenang budi Dan mereka (yang musyrik mempersekutukan Allah dengan) menjadikan sebahagian dari hamba-hamba Allah sebagai anak bagiNya. Sesungguhnya manusia (yang demikian sesatnya) sangat tidak mengenang budi, lagi nyata kufurnya. (Az-Zukhruf:15) 12. Resah dan Gelisah “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut)”. [Al-Maarij:19] Disebutkan seterusnya bahawa manusia yang resah gelisah itu mempunyai dua ciri yang utama iaitu: 1. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah [70:20] 2. Apabila diberi nikmat dia kedekut dan bakhil [70:21] 13. Mudah terpedaya Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu – (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? (Al-Infitar:6) 14. Melampaui batas Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), (Al-‘Alaq:6) 15. Kerugian Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. (Al-‘Asr:2) Solusi Sikap? Kita melihat begitu banyak sifat manusia yang disebutkan oleh Allah. Adapun, ia sebenarnya lebih banyak dari apa yang dikemukakan secara tidak langsung dari lafaz (إنسان). Tetapi adakah sifat-sifat ini berbentuk konkrit yang tidak bisa diruntuhkan dari jiwa-jiwa manusia? Justeru itu, sebenarnya Allah jualah yang memberi solusi bagaimana untuk merobek sifat-sifat ini dari terus bersarang dalam jiwa manusia. Mungkin terdapat lebih banyak solusi yang lain. Cuma beberapa solusi yang saya rasa amat penting untuk sama-sama kita usahakan untuk menghapuskan sifat ini dari kamus kehidupan. Pertama: Menjaga solat dengan baik “Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya”(Al-Ma’arij:23) Dalam menyebutkan sifat resah dan gelisah yang disebutkan di atas beserta ciri-cirinya, Allah merakamkan pengecualian selepas itu berkenaan sifat ini terhadap orang yang-yang solat dan tetap melazimi solatnya. Namun, solat ini bukan sahaja dalam rangka perlaksanaannya tetapi penjagaan terhadap solat dari segi ketepatan waktu dan kekhusyukannya. Hal ini kerana dalam ayat lain Allah menyifatkan orang-orang mukmin itu mengambil berat akan hal demikian. Di samping itu, solat juga disifatkan sebagai suatu amalan yang bisa membersihkan manusia dari segala yang buruk dan memotivasikan diri dalam rangka berterusan ke atas kebaikan. Kedua: Mengeluarkan sedekah “Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum”(Al-Ma’arij:24) Selain menjaga solat, Allah juga menyebutkan berkenaan tentang pengeluaran wang pada bukan kegunaan kita iaitu sedekah. Sedekah sebenarnya boleh menjatuhkan dinding ego dan kesombongan seorang itu daripada terus bermahkota perasaan besar diri terutama bagi golongan bangsawan. Selain daripada memberi ketenangan kepada si penerima, bersedekah membolehkan manusia merasai kesusahan orang lain disamping tidak berlaku zalim kepada mereka yang memerlukannya. Ketiga: Berpesan kepada kebenaran dan kesabaran Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan kepada kesabaran. (Al-Asr:3) Allah mempotretkan manusia sentiasa dalam keadaan rugi kecuali mereka yang berusaha beriman dengan sebenar-benar keimanan dengan melakukan amal kebaikan disamping turut sama berpesan kepada orang lain tentang kebenaran dan menjauhi kemaksiatan. Justeru, dalam membasmi sifat-sifat buruk yang ada dalam diri manusia, perkara yang penting adalah kita saling menasihati sesama kita kearah kebaikan supaya manusia sentiasa kembali ingat tentang hari pembalasan. Bila Hilang Rasa Berdosa Terjatuh ke dalam dosa itu adalah sesuatu yang memeritkan. Tambah-tambah lagi, terjatuh selepas beberapa kali cuba bangkit dan keluar daripada daerah gelap itu. Namun, keperitan terjatuh ke dalam dosa itu tidak seperit kehilangan deria rasa terhadap dosa. Itu jauh lebih berbahaya dan menderita. Terjatuh ke dalam daerah dosa, kalau masih punya rasa berdosa dalam diri, itu akan masih mampu menyelamatkan. Tetapi yang membimbangkan adalah apabila bukan saja terjebak dalam dosa, bahkan deria merasa berdosa pun telah tiada. Ya, itu jauh lebih membimbangkan. Dan itulah yang telah menjangkiti kebanyakan kita pada hari ini. Tidak merasa berdosa ketika melakukan dosa. Seakan-akan dosa itu adalah kehidupannya. Kisah Bunuh 99 + 1, Tetapi Masih Ada Rasa Berdosa Dalam Dirinya Pastinya kita semua sangat pernah mendengar kisah dari hadis Nabi s.a.w. tentang seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang kemudian menggenapkan pembunuhannya itu menjadi 100 orang setelah seorang alim menafikan masih ada peluang taubat untuk dirinya. 99 orang, besar dosanya kalau hendak dihitung. Apatah lagi kalau bunuh tanpa sebab yang munasabah. Tetapi dalam keadaan telah 100 orang yang dibunuh itu pun, Allah masih menentukan akhir destinasi kehidupannya adalah syurga meskipun dia tidak sempat pun untuk tiba ke destinasi akhir yang menjadi destinasi penghijrahan dirinya sebagai titik memulakan perjalanan hidup yang baru. Itu seorang pembunuh yang telah bergelumang dalam kemaksiatan dan dosa yang besar kepada Allah dan juga kepada manusia. Namun, meskipun dengan bilangan 100 itu, ia tidak menjadikan dirinya rasa terhenti untuk sentiasa mencari ruang untuk bertaubat dan memperbaiki dirinya. Dia bukan tidak tahu dirinya sedang melakukan dosa yang besar dan sangat dimurkai oleh Allah, tetapi dia cuma sedang mencari cara untuk dia membersihkan dirinya yang terlalu kotor itu. Dia mencari jalan untuk kembali kepada Tuhan, mencari harapan bagi dirinya di sisi Tuhan. Bagi seorang hamba yang telah terlalu lama terbujur dalam daerah kegelapan, apakah masih ada ruang-ruang cahaya yang dapat menyinari hatinya yang gelap pekat itu? Sudah tentulah ada. Bagi seorang insan yang benar-benar ingin kembali kepada Tuhannya, ingin membersihkan dirinya, ingin berada di atas jalan kebenaran, pasti Allah akan membukakan jalan untuknya selamamana dia benar-benar merasa sesal terhadap dosa-dosanya yang lampau dan dia pun ingin berubah ke persimpangan hidup yang baik dan benar. Di Manakah Silapnya? Apa Puncanya? Kehilangan deria rasa berdosa ini jauh lebih teruk dari melakukan dosa. Kalau merasa berdosa ketika melakukan dosa itu masih mampu menggerakkan langkah untuk bertaubat dan meminta ampun dari Allah s.w.t., tetapi hilang rasa berdosa itu akan menyebabkan pelakunya terus-menerus selesa dengan dosa yang dilakukannya. Terbiasa bergosip perkara tidak baik tentang orang, akan terus menjadi kebiasaan selama mana itu tidak dirasai sebagai suatu dosa. Terbiasa melakukan fitnah kepada orang lain, sikap ini akan terus menjadi malakah selama mana ia tidak dirasai sebagai suatu dosa. Terbiasa berkata-kata kesat, mencaci maki dan mengeji orang lain, kebiasaan ini akan terus menjadi kelaziman selama mana ia tidak dirasai sebagai suatu timbangan yang berat di sisi Allah nanti. Begitulah sedikit demi sedikit deria merasa berdosa itu hilang daripada diri. Bila hati mulai selesa dengan dosa yang telah dilakukan, bila hati mulai menanggalkan sedikit demi sedikit rasa ketakutan kala terjebak dengan dosa, bila kita sendiri membiarkan diri kita rasa ‘tidak apa-apa’ bila melakukan dosa, maka dosa yang besar pun akan terasa kecil pada diri kita, dosa yang kecil pula sudah tentulah bagaikan lalat hinggap di hidung sahaja. Sedangkan dosa baik kecil atau besar, kedua-duanya adalah berat pada tanggungan orang beriman. Rasa Tidak Berdosa Yang Mematikan Jiwa Kata Ibn Atha’illah As-Sakandari yang bermaksud : “Antara tanda kematian hati adalah hilangnya kedukacitaan apabila ibadah kepada Allah diabaikan dan tergugurnya rasa penyesalan dalam diri terhadap kesalahan yang pernah dilakukan.” [Hikam Ibn Atha’illah] Kematian jiwa adalah penyakit parah bagi seorang hamba Allah. Ia tidak menjumpai hatinya lagi kala ia benar-benar sedang memerlukannya. Hatinya sudah hilang sensitiviti terhadap perkara kebaikan dan keburukan. Hati yang hilang sensitiviti terhadap kebaikan dan tidak merasa bersalah lagi kala merasa keburukan, maka di manakah lagi identitinya sebagai seorang hamba Allah s.w.t.? Hati yang mati adalah hati yang jauh dari Allah s.w.t. Hati yang jauh dari Allah s.w.t., maka hari-harinya berlalu tanpa ada makna. Ya, apa lagi yang lebih memaknakan kehidupan selain dari ketundukan dan ketaatan kepada Allah s.w.t. ? Ketaatan apakah yang terbina dengan hati yang telah mati ? Ia akan menyebabkan hilang kenikmatan dalam ibadah, bacaan Al-Quran tidak lagi terasa lazatnya, solat dilakukan hanya untuk memenuhi rutin harian, kadangkala lambat menunaikan hak Allah pun tidak dirasakan sebagai satu kesalahan, terjebak dengan dosa dirasakan sebagai satu kebiasaan. Inilah kesan yang membahayakan jiwa. Akhirnya ia akan membawa kepada pudarnya matlamat dan visi dalam kehidupan. Akhirat tidak lagi dilihat sebagai tujuan paling besar. Bila dunia menjadi satu-satunya cita-cita tinggi, maka hinalah hidup kita. Penutup : Meluangkan Masa Seketika, Bermuhasabah Dan Bersihkanlah Hati Hati yang sakit masih bisa dirawat. Tetapi hati yang mati bagaimana mungkin lagi untuk kita hidupkan semula? Kehilangan rasa berdosa adalah jalan menuju kematian hati. Ia tidak berlaku sekaligus. Ia berlaku secara berperingkat bermula dari menanggalkan deria sensitif terhadap dosa. Berdosa adalah satu keburukan, tetapi tidak merasa diri berdosa itu adalah lebih buruk. Itu adalah bencana besar bagi hati yang ingin pulang kepada Allah dalam keadaan sejahtera. Luangkanlah masa seketika dalam kesibukan kita menghadapi hari-hari dalam hidup kita, dalam pekerjaan kita, dalam pelajaran kita, untuk kita bermuhasabah seketika melihat dan merenung hubungan kita dengan Allah s.w.t. Usai solat, luangkan masa dalam doa kita untuk melihat semula di manakah kita di sisi Allah sekarang? Hendak mengetahui di mana kita di sisi Allah, lihatlah di mana kita letakkan Allah dalam hati kita. Jangan biarkan kehilangan rasa berdosa itu menjadi satu kebiasaan yang akhirnya menyebabkan kita tidak merasai apa-apa lagi kala melakukan dosa. Yang lebih menakutkan adalah dosa menjadi satu kenikmatan pula buat diri kita. Itu lebih menakutkan. Bersihkanlah hati kita. Bersihkanlah langkahan dalam hidup kita ! MENIRU DALAM PEPERIKSAAN Harus Atau Tidak Menurut Kacamata Islam ? MENIRU BUKAN DARIPADA KALANGAN KITA Sekadar untuk penelitian bersama. Masih ada dikalangan segelintir pelajar-pelajar Islam yang menyatakan : "Boleh je kita meniru dalam peperiksaan, kerana sistem peperiksaan adalah ciptaan kaum Barat, apatah lagi soalan susah sangat, so.. tiada masalah kalau meniru sekalipun, apa yang kita dapat pun lepas ni hanyalah sijil yang berunsurkan keduniaan, apa yang penting adalah ilmu di dada, bukan sijil yang menjadi target dan tujuan utama". Syeikh 'Atiah Saqar dalam fatwanya ada menyatakan, telah disepakati oleh jumhur Ulama’bahawa jenis perbuatan meniru,menipu, memperdaya, memalsu, memanipulasi, mengkhianati adalah perbuatan HARAM disisi Islam. Ini adalah hukum secara umum atas perbuatan tersebut dan tergolong mereka dalam perbuatan dosa kerana ianya bukan daripada pengamalan dan pengajaran Islam. Perihal tersebut berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. : "من غشنا فليس منا " Maksudnya : “Sesiapa yang meniru daripada kami (kalangan umat Muhammad) maka mereka itu bukan daripada kami”. (Hadith Riwayat Imam Muslim) Maka tidak boleh diterima hujah bagi mereka yang menyatakan : " صعوبة الإمتحان مبرر الغش " (Susahnya soalan peperiksaan membenarkan alasan untuk meniru). Ianya bertentangan dengan konsep Islam kerana islam mengajar umatnya untuk sentiasa berusaha dan berikhtiar dalam segenap perkara untuk mencari kejayaan dunia dan akhirat. Firman Allah : " إنا مكنا له في الأرض وآتيناه من كل شيء سببا فأتبع سببا " “Sesungguhnya Kami telah memberikannya kedudukan (kehidupan) dibumi, oleh itu kami telah menyediakan jalan (sebab musabbab untuk mencapai) setiap sesuatu, maka tempuhi ia jalan tersebut (dengan usaha dan ikhtiar makhluk)”. (Surah al-Kahfi : 84-85) PEPERIKSAAN SEBAGAI PROSES TAPISAN Alasan dan tujuan diperkenalkan peperiksaan dalam system pengajian adalah sebagai tapisan untuk menilai potensi dan kesungguhan pelajar dalam proses menuntut ilmu. Lebih-lebih lagi untuk melihat siapakah mereka yang benar-benar bersungguh mencapai kejayaan disisi Allah. Firman Allah : " أم نجعل الذين آمنوا وعملوا الصالحات كالمفسدين في الأرض أم نجعل المتقين كالفجار " “Patutkah Kami memperlakukan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan sama dengan orang yang melakukan kerosakan dimuka bumi? Atau patutkah Kami menganggap mereka yang bertaqwa sama dengan mereka yang jahat?” (Surah Sad : 28) Firman Allah : " قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون " “Katakanlah (Muhammad) Adakah sama mereka yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu?” (Surah al-Zumar : 9) ILMU ADALAH CAHAYA ALLAH Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya daripada Allah, maka cahaya tidak boleh memberi kesan kepada hati-hati mereka yang kotor dengan maksiat kepada-Nya sebagaimana ungkapan Syair yang masyhur daripada Imam Syafie : “ Aku mengadu kepada Imam Waqie’ tentang buruknya hafalan aku.. Lalu beliau tunjukkan aku jalan untuk aku tinggalkan maksiat.. Maka beliau mengkhabarkan padaku bahawa Ilmu itu adalah cahaya daripada Allah.. Adapun cahaya Allah itu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada mereka yang lakukan maksiat ” Maka sesiapa yang mencari cahaya Allah tersebut hendaklah menelusuri dengan cara yang betul dan penuh mujahadah (kesungguhan). Justeru itu, Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal atas usaha yang ditunjukkan. Firman Allah : " والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وإن الله لمع المحسنين " “Mereka yang bersungguh-sungguh (bermujahadah mencari Redha Allah), Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, sesungguhnya Allah bersama mereka yang berbuat kebaikan”. (Surah al-Ankabut : 69) Berbahagialah bagi mereka yang bersungguh-sungguh dalam usaha mencapai kejayaan. Ilmu mampu didalami sebagai intipati ajaran Islam dan sijil mampu digapai sebagai medium penyampaian dakwah kelak. Jom bersama membina kejayaan.

Wednesday, June 26, 2013

PB - Biochemistry (Notes)

A Biochemistry note sharing from ACEr (:

Click here!

Monday, June 3, 2013

Program RMT: 3rd Week Of Pathobiology

SATURDAY (25 May 2013)

Lect 23 : W. bancrofti , B. Malayi
Link : http://www.cdc.gov/parasites/lymphaticfilariasis/biology_w_bancrofti.html
Link : http://www.dpd.cdc.gov/dpdx/HTML/Frames/A-F/Filariasis/body_Filariasis_page2.htm
Link : http://www.cdc.gov/parasites/lymphaticfilariasis/biology_b_malayi.html

Lect 24 : Tumours of CNS
Link :http://www.pathologyoutlines.com/Cnstumor.html


SUNDAY (26 May 2013)

Lect 25 & 26 : Community needs assessment & Organization
Link : http://ctb.ku.edu/en/tablecontents/chapter_1003.aspx
Link : http://www.ourcommunity.com.au/management/view_help_sheet.do?articleid=10
Link : http://smallbusiness.chron.com/advantages-matrix-organizational-structure-286.html

MONDAY (27 May 2013)

Lect 27 :Onchocerca Volvolus
Link : http://www.cdc.gov/parasites/onchocerciasis/
Link : http://www.who.int/tdr/publications/documents/onchocerciasis-life-cycle.swf

Lect 28 : Regulation of Body Temperature (1)
Link : http://www.youtube.com/watch?v=zcdGJDGXxgs


TUESDAY (28 May 2013)

Lect 29 : Free Living Amoeba
Link : http://www.cdc.gov/parasites/naegleria/
Link : http://www.youtube.com/watch?v=Zf-Py_Ehrhw
Link : http://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK7960/

Lect 30 : Regulation of Body Temperature (1)
Link : http://dwb.unl.edu/teacher/nsf/c01/c01links/www.science.mcmaster.ca/biology/4s03/thermoregulation.html

WEDNESDAY (29 May 2013)

Lect 31 : Leishmania
Link : http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0002362/

Lect 32 : Bipolar Disorder
Link : http://www.psychiatry-malaysia.org/article.php?aid=64


THURSDAY (30 May 2013)

Lect 33 : Leishmania & Trypanosoma
Link : http://www.cdc.gov/parasites/sleepingsickness/
Link : http://www.wellcome.ac.uk/stellent/groups/corporatesite/@msh_publishing_group/documents/video/WTDV027415.swf

Lect 34 : ROS (1)
Link : http://www.news-medical.net/health/What-is-Oxidative-Stress.aspx
Link : http://www.webmd.com/food-recipes/antioxidants-your-immune-system-super-foods-optimal-health
Link : http://www.healthchecksystems.com/antioxid.htm


BONUS LINK OF THE WEEK

THE TRUTH ABOUT LOOKING YOUNG

Link : http://www.bbc.co.uk/programmes/b01lbgrp
Link : http://www.dailymotion.com/video/xvh8cj_the-truth-about-looking-young-hd_shortfilms#.UazLmUA3D0g

Summary:

Plastic surgeon Dr Rozina Ali leaves the operating theatre behind for the frontiers of skin science and asks if it is possible to make your skin look younger without surgery.

She discovers the latest research about how the foods we eat can protect our skin from damage, and how a chemical found in a squid's eye is at the forefront of a new sun protection cream.

She also finds out how sugar in our blood can make us look older, and explores an exciting new science called GLYCOBIOLOGY, which promises a breakthrough in making us look younger.

Sunday, June 2, 2013

PB - Physiology




Link download slide-slide Physiology Gastrointestinal Module seperti berikut :

1) Body Temperature**NEWUPDATE