Tuesday, June 5, 2012

Status terkini VISA [5 Jun 2012]

Assalamualaikum wbt, Bismillah. (SELASA,5 JUN 2012) :

Alhamdulillah,jumlah terkini pelajar yang telah memiliki visa adalah seramai 214 orang. Masih berbaki dalam 80 lebih pelajar yang masih "in progress" dan termasuk dalam minoriti yang belum mendapat visa. Akan tetapi, inshaAllah mereka telah mendapat no giliran gawazat (bagi yang membayar penalty dan yang belum mendapat no giliran gawazat).


PENTING !

Terdapat juga beberapa pelajar yang belum menyerahkan passport untuk mendapatkan visa (mungkin atas sebab tertentu), mohon kerjasama anda untuk memberi nama kepada Amirul Muttaqin Sham bagi ikhwah dan Nur Nazihah Mohd Amin bagi akhawat untuk memudahkan kerja.

Berkenaan pelajar-pelajar yang akan menunaikan umrah, inshaAllah, masih tinggal lebih kurang 10 pelajar yang belum siap visa. Justeru, pihak UK akan menunggu sehingga hari Khamis minggu ini. Jika masih tiada apa-apa perubahan, pihak UK akan memulangkan passport anda (yang berkenaan) untuk urusan seterusnya oleh agensi umrah.Selepas agensi telah menguruskan hal yang berkaitan(dalam tempoh 2 minggu+), anda dikehendaki memulangkan semula passport kepada pihak UK kerana mungkin passport anda termasuk dalam senarai no giliran yang diperlukan gawazat. Namun demikian, pihak kami telah mengumpulkan semua passport mereka yang akan ke umrah, dan akan diserahkan kepada gawazat untuk urusan seterusnya.

Mohon doa sahabat-sahabat bagi memudahkan proses untuk mendapatkan visa oleh kerana terdapat sedikit kekangan contohnya faktor persekitaran, pilihanraya Mesir dan beberapa kelemahan lain yang mungkin dari pihak kami Unit Kebajikan sendiri, pihak universiti mahupun pihak gawazat.

Syukran Jazilan.

Yang menjalankan tugas,

UNIT KEBAJIKAN BATCH TAHUN 2 2012/2013

0 comments:

Post a Comment