Friday, September 16, 2011

Result Semester 2/2011



Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya result untuk sem2 tahun 1 keluar juga setelah penantian yang agak lama...

Tahniah bagi sesiapa yang berjaya mendapat result yang cemerlang bagi sem2 kali ini....
Gunakanlah kejayaan kali ini sebagai "batu loncatan untuk lebih cemerlang lagi.....
Moga-moga kecemerlangan akademik kita mampu menjana doktor muslim yang efisien suatu hari nanti...

result sem 2 di sini

Bagi sesiapa yang kurang cemerlang teruskan lah usaha anda...
Jangan mudah berputus asa kali ini kerana anda masih mempunyai banyak peluang untuk membaiki kelemahan semester yang lepas....

Result semester 2 kali ini menggunakan sistem pemarkahan yang agak berlainan daripada semester yang lepas...
Ada seorang sahabat kata"Sistem pemarkahan kali ini seakan-akan sama dengan sistem pemarkahan universiti di Korea dan Malaysia"....
Apa2pun pihak kami akan membuat perbandingan antara sistem pemarkahan yang lepas dengan yang baru...

Dulu....


GRED
MARKAH
EXCELLENT
      85-100
VERY GOOD
    75-84
GOOD
      70-74
FAIR
      60-69
WEAK
      Below 60





SEKARANG



GRED
 MARKAH
A
 95-100
A-
 90-94
B+
 85-89
B
 80-84
B-
 75-79
C+
 70-74
C
 65-69
C-
 60-64
D
 50-59
F
 0-50


















Jadi pihak universiti telah mengubah sistem pemarkahan kali ini daripada sistem pemarkahan"mumtaz" kepada "a,a-,b+,etc..."

Kami pun tidak tahu atas sebab apa pihak universiti menukar sistem pemarkahan kali ini...

Dan bagi para "repeaters" inilah jadual resit exam yang bakal berlangsung kelak...





Insyaallah,analisa sem2 kali ini akan dibuat seperti semester 1 yang lepas...(sistem ranking dll)...


Kami ingin berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi dari video di you tube mengenai 'Secret of Memory' oleh Dr Zakir Naik bagi menjadi penguat semangat untuk terus berusaha tanpa mengenal erti penat jemu...

Pertama, Allah menyebut dalam Surah al-Imran, ayat 160:

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri."

Walau apa pun kita lakukan, jadikanlah segala pekerjaan kita segala-galanya bertawakal kepada Allah swt. Menyerahkan diri sebulat-bulatnya hanya kepada Allah swt. Jika kita cemerlang dalam pelajaran, bertawakallah hanya kepada Allah agar kita berjaya di dalam pelajaran.

Kedua, Allah menyebut dalam surah al-Ankabut, ayat 69:

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

Penting disini untuk kita memahami konsep seperti ayat diatas iaitu konsep berusaha. Allah akan memberikan kita rezeki jika hanya kita berusaha kearah impian yang kita ingin kecapi. Tidak mungkin kejayaan itu datang bergolek-golek tanpa sebarang usaha untuk mendapatkannya.

Ketiga, Allah menyebut dalam surah al-Nahl, ayat 43:

"Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui."

Jika anda tidak mengetahui sesuatu perkara, maka bertanyalah kepada orang yang berilmu dan ia merupakan teknik kita untuk memahami dan meningkatkan ilmu kita.. Jangan kita berlagak seperti bodoh sombong, tidak tahu tapi enggan untuk bertanya untuk mengetahui. Cuba kita perbaiki teknik hafalan dan pembelajaran kita. Bertanya kepada rakan yang lebih hebat atau kepada guru-guru kita untuk mengetahui skill-skill mereka.

Kita perhatikan 3 key word diatas- TAWAKAL+USAHA+TEKNIK.
Praktikan dalam kehidupan seharian kita, insyaAllah, akan berjaya.


Akhir,kata diharapkan mahasiswa dan mahasiswi sekalian akan lebih bertenaga untuk meneruskan perjuangan  mendapat result yang lebih cemerlang lagi...
Jangan mudah berputus asa dengan "result" kali ini...
Insyallah ada hikmah dengan segala yang berlaku hari ini...

Waallahua'alam..


Written by: UPP Batch 2010-2016






1 comments: