Saturday, April 13, 2013

We are the do’ers not the viewers


We are the do’ers not the viewers 
BY: ACER 
TARIKH:  12 APRIL 2013 




Assalamualaikum sahabat-sahabiah sekalian? Apa khabar semua? Apa khabar juga iman kalian? Moga sahabat-sahabat semua bukan sihat fizikal sahaja tapi juga mental dan spiritualnya juga sihat belaka ya J

          Ok, apabila disebut isu Palestine ataupun Syria atau mana-mana lagi la negara Islam yang diperlakukan dengan zalimnya oleh musuh Islam, apakah perkara pertama yang terlintas dalam hati kalian semua? Apakah ada yang berpendapat “eleh,asyik isu ni takde isu lain ke” tak pun “eh, balik ni bukak youtube jap la,,kesiannya tengok diorang” atau pun “ya Allah, apa yang boleh aku bantu, kirimkanlah doaku pada mereka,ya Allah”….dan lain-lain lagi.
Sebenarnya tak kisah jawapan masing-masing macam mana,ini sekadar contoh. Penulis bukan la mesin telepati yang boleh tahu setiap perkara yang difikirkan oleh semua. Berbalik pada isu tadi, seperti yang sedia maklum, saudara-saudari seakidah dengan kita ini diperlakukan dengan kejamnya, dengan zalimnya, pendek kata sebagai manusia biasa tak boleh kita nak terima apa yang laknatullah ni buat pada saudara-saudara kita. Ada yang ditikam, ditembak, malah ada juga yang dicincang dan dilapah. Ya Allah, simpatinya aku terhadap mereka, sakitnya hatiku bila saudaraku diperlakukan sebegitu rupa. Berlinanganlah air mata kita melihat ujian yang sedahsyat itu menimpa mereka semua.

                             
Persoalannya????


Apakah timbul di hati kita perasaan sedemikian?
Apakah itu hanya sementara atau setiap masa?
Apakah yang telah kita lakukan untuk bantu abang, kakak, adik kita di sana?
Sayangkah kita sebenarnya pada mereka?

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing……
Boikot satu lagi perkara yang memang tak asing lagi di telinga kita ni, tiap kali tiba minggu palestin atau hari Syria, semua edar flyers tentang produk boikot. Ada juga yang mengatakan “boikot? Eii tak praktikal langsung. Ada kesan ke? Lagipun Nestle ni sedap sangat kot”
Tak dinafikan hampir semua barangan Yahudi ni sedap-sedap belaka, ye saya pernah makan dan ada juga benda yang saya sedang guna, tapi adakah kita berusaha untuk mengurangkan penggunaan produk itu? Adakah kita cuba untuk menahan diri kita dari guna produk itu?
Disebut satu kisah tentang seekor burung kecil yang berusaha gigih membawa air memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung lain yang jauh lebih besar.
“apa gunanya lah air yang cuma setitis tu?” kata burung besar.
“untuk padamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim” jawab burung kecil
“hahahaha,,,sia-sia je usahamu itu! Adakah api yg sebesar itu mampu terpadam hanya dengan setitis air”
Sungguh jawapan burung kecil

“aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya padaku apakah aku Berjaya atau tidak tapi aku tahu bahwa Allah akan tanya padaku apakah usaha yang telah aku lakukan untuk padamkan api ini”

Ya kita ini sebenarnya umpama si burung kecil dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi. Siramlah setitis air untuk memadamkan keganasannya. Mungkin sekarang kita tak nampak impaknya tapi kuasa di tangan ALLAH berkat usaha kita ramai-ramai akan terlingkup juga rejim laknatullah itu. Takpe lah kita usaha sikit-sikit, setidaknya kita berusaha bukan hanya goyang kaki…

Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti.

 Celikkah mata kita bahawa ada lagi satu serangan Yahudi terhadap umat Islam sekalian?   
Serangan yang dalam diam menular dalam kehidupan masyarakat Islam sekalian yang merosakkan bukan sahaja diri umat Islam sendiri tapi sedikit sebanyak berjaya melumpuhkan semangat jihad dalam diri pemuda-pemudi Islam. Itulah dia serangan hedonism, serangan yang mana filem, lagu, fesyen yang membawa pemua-pemudi Islam kini lalai dan alpa. Pendedahan aurat, pergaulan bebas bukan lagi satu isu yang apabila disebut timbul perasaan malu dalam diri pemuda-pemudi sekalian.
“kerosakan hedonism lebih dahsyat daripada sebotol minuman dan seketul ayam goreng”

‘Budaya hedonism ini yang perlu kita boikot’
‘Tapi ini macam mustahil dan susah, hampir semua melakukannya’
‘Susah? Untuk lawan Yahudi mestilah susah. Siapa yang lebih susah orang Palestin yang bermandikan darah atau kita yang hanya perlu menahan diri dari melakukan semua ini?’


Kalau dikatakan sebenarnya ada langkah yang lebih efficient untuk kita bantu saudara kita. Jawapannya solat subuh berjemaah. “Hello, ni kan bab jihad, bab nak lawan musuh apa kena mengena dengan solat”. Jihad dan ibadah sebenarnya tidak boleh dipasahkan malah ibadah itulah yang akan membangkitkan dan membangunkan semangat dan roh jihad dalam ‘vessels’ kita. “tapi bukan ke kalau nak lawan musuh sebenarnya kita kena berani, kita kena pegang M16 nak lawan dengan musuh Islam?”                                                                                                   
‘Itu semua memang perlu ada tapi berjihad dulu untuk tarikkan selimut yang menutup umat Islam yang masih tidur di subuh hari. Itulah yang perkara yang perlu kita terapkan’

     Macam tak nampak signifikasinya, kita nak jihad, kita nak perang musuh Islam jadi apa kena mengenanya dengan selimut, solat subuh jemaah semua ni? Tahukah kita sakitnya hati Yahudi laknatullah ini apabila melihat jumlah jemaah umat Islam solat subuh itu sama bilangannya dengan jemaah umat Islam yang solat Jumaat. Inilah kunci utama untuk perangi musuh kita.

       Solat itu adalah hubungan kita dengan Allah. Kalau solat kita pun tak boleh nak jaga apatah lagi untuk mengalahkan musuh. jangan harap untuk kalahkan musuh jangan mimpi untuk menang kalau ALLAH tidak membantu kita. Cuba kita lihat sejarah bagaimana gemilang dan terbilangnya Rasulullah s.a.w bersama sahabatnya, tentera Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, sebaik-baik raja dan tenteranya Sultan AL-Fateh. Gemilangnya mereka kerana cemerlangnya solat dan ibadah mereka.

       Jangan jumudkan pemikiran kita apabila disebut jihad kena perang dengan senjata semata. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk jihad fi sabilillah.

Cara hidup Islam itu amat luas dan banyak, andai kita amalkan satu-persatu maka lama-lama nanti akan jatuhlah musuh-musuh Islam. Bangunkan syabab untuk solat subuh berjemaah, tutupkan aurat muslimah-muslimah. Tinggalkan pergaulan bebas, amalkan cara hidup Islam yang sebenarnya.

“kadang-kadang musuh sendiri akan tertawa pada kita melihat kita marah pada mereka tapi kita masih lagi hidup sama seperti cara hidup mereka. Andai kita bangun solat subuh jemaah bersama maka sakitlah hati mereka. Andai kita pakai pakaian yang dituntut Islam maka punahlah hati mereka, Andai cara hidup kita berlandaskan Quran dan Sunnah maka gigit jari lah mereka

Wahai sahabat-sahabiah sekalian, perangi musuh Islam itu bukan berkala bukan bermusim tapi berpanjangan. Tiada istilah musim dalam memrangi musuh, janganlah bila sebut Palestine, Syria, Afghanistan saat tu je kita semangat pastu semangat itu hilang bagai angin yang berlalu. Ingatlah sekarang ini umat Islam itu umpama buih di lautan, kelihatan banyak tapi…sayang seribu kali sayang  
Islam itu sudah hampir tiba di kemuncak, Islam sudah hampir pada kegemilangannya namun tanya diri kita.
DI MANAKAH KITA?
APAKAH YANG TELAH KITA SUMBANGKAN?
APAKAH KITA INI PELAKU ATAU SEKADAR PENONTON?
Jangan hanya berkobar di hati, jangan hanya manis di bibir, jangan hanya angan semata, kitalah pelaku dan kitalah penyumbang pada bangkitnya Islam, kitalah PENOLONG-PENOLONG ALLAH!
 Malanglah bagi umat Islam yang terdedah kepada dunia berita dan maklumat, tiba-tiba tidak mengambil endah tentang apa yang berlaku di Palestine atau Syria dan tanggungjawab muslim membela saudara-mara kita kaum muslimin. Sabda Nabi s.a.w:

“Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim)

Laungkan kalimah ALLAHUAKBAR agar timbul gerun di hati musuh, bersatulah dan sedarlah demi Islam J

0 comments:

Post a Comment