This has to change!
BY: Nisa'92
TARIKH: 27 APRIL 2013
"Times we are
living in,
our new generation
can sing perfect song lyrics,
but they cannot recite
Quran with proper Tajwid,
this has to
change!"
-quoted-
Belajar
Tajwid, pentingkah?
Adakah ia suatu tuntutan
?
Akademik,
persatuan, jemaah, quran, ilmu tauhid,
ilmu feqah , kelas tafaqquh, kalau nak disenaraikan tersangat banyaklah ilmu – ilmu dan thaqafah-
thaqafah yang nak dikejar para mahasiswa, lebih – lebih lagi bagi mereka yang
ditempatkan oleh Allah untuk bergelar mahasiswa di timur tengah. Maklumlah,
berada di bumi para anbiya’, berada di ardul kinanah yg digelar sebagai gedung
ilmu, ditambah lagi dengan peringatan-peringatan para senior supaya mengutip
sebanyak mana mutiara yang ada, maka berkejar-kejarlah kita mencari ilmu dan
meneroka thaqafah di bumi latihan ini.
Namun, dalam senarai ilmu yang kita buat, ramai yang
terlupa sesuatu yang penting di sebalik sesuatu yang penting. Apakah itu? Kita
meletakkan quran sesuatu yang penting , namun di sebalik quran itu, ada sesuatu
yang sering kita lupakan yang sebenarnya teramatlah penting, iaitu ilmu
tajwid.
Mari sama- sama kita hayati apakah ilmu tajwid. Syeikh Ahmad Hijazi al-Fiqh
menerusi bukunya القول السديد iaitu
seorang ketua para Qari di Mekah telah membincangkan erti perkataan al-Tajwid
dengan membawa maksud mengelokkan. Manakala al-Tajwid menurut pengertiannya
ialah pengetahuan yang membicarakan makhraj huruf (alat-alat pengucapan),
sifat-sifatnya dan perkara yang berhubung dengan ayat-ayat al-Quran. Misalnya
membaca huruf-huruf ada pengucapan atau haknya. Hal ini berkaitan dengan
aktiviti membaca dengan sifat-sifat huruf itu sendiri seperti جهر (bersuara),
همس (berbisik), شدة (keras)
dan sebagainya.
Pada masa yang sama juga, Syeikh al-Islam Zakaria Ansari
pernah membentangkan pengertian perkataan tajwid iaitu; “Iaitu bacaan yang
nyata maknanya dan terang pengucapannya. Oleh yang demikian itu, istilah tajwid
secara kesimpulannya ialah ilmu yang berkaitan dengan sebutan huruf yang diucap
pada makhraj-makhrajnya yang betul, kadar panjang dan pendek bacaan (mad),
dengung, qalqalah, isymam (اشمام), dan
lain-lain lagi yang terkandung dalam skop ilmu tajwid. Sifat-sifat bacaan ini
akan menolong dalam penyampaian kepada makna perkataan-perkataan yang diucapkan.
Berdasarkan maksud ilmu tajwid yang
diterangkan di atas, maka untuk mengetahui makhraj, hukum bacaan dan sebagainya
tidak dapat tidak kita perlu menuntut ilmu tentang ilmu tajwid itu. Apakah
hukum belajar ilmu tajwid menurut islam? Mari kita mengkaji hukum ilmu tajwid
mengikut dalil al-Quran, as sunnah dan pendapat para ulama.
1.
Dalam al-Quran , Allah berfirman:
وَرَتِّلِ القُرانَ تَرْتِيْلاً
Maksudnya: “Bacalah al-Quran itu dengan tartil”.
Menurut Ali bin Abi Talib, tartil bermaksud mentajwidkan
huruf dan mengetahui tempat berhenti. Perkataan ورَتِّلِ adalah فعل الأمر yang
bererti wajib kerana tiada qarinah (bukti) yang boleh merubah bentuk asalnya.
2.
Dari perspektif as sunnah:
Apabila diteliti dari al-Sunnah pula, sebagaimana yang telah
diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitabnya الموطاء dan النسائى dari
susunannya daripada Huzaifah dari Rasulullah s.a.w. bersabda;
اقرؤا القرآن بلحون العرب وأصواتا
واياكم ولحون أهل الفسق والكبائر
Maksudnya: “Bacalah al-Quran dengan bentuk suara dan lagu
Arab. Dan jauhilah oleh mu dari bentuk suara dan lagu-lagu orang-orang yang
fasiq serta dosa besar”.
Lagu fasiq ialah lagu yang bukan berasal dari lagu Arab yang diatur not kaedah muzik yang boleh merosakkan bunyi makhraj dan sifat huruf. Manakala lagu nyanyian ahli kitab pula adalah lagu yang dilakukan seperti orang yang putus asa atau merintih ditimpa bencana. Ia sebenarnya dapat melalaikan sebutan huruf.
Lagu fasiq ialah lagu yang bukan berasal dari lagu Arab yang diatur not kaedah muzik yang boleh merosakkan bunyi makhraj dan sifat huruf. Manakala lagu nyanyian ahli kitab pula adalah lagu yang dilakukan seperti orang yang putus asa atau merintih ditimpa bencana. Ia sebenarnya dapat melalaikan sebutan huruf.
3.
Ijma’ ulama’
Umumnya hukum
mempelajari ilmu tajwid al-Quran adalah menjadi fardhu kifayah, Namun hukum
menggunakannya adalah fardhu ain bagi setiap orang Islam sama ada lelaki atau
pun perempuan yang telah baligh kerana membaca al quran dengan bertajwid adalah
WAJIB.
Imam al-Syams bin al-Jazari dalam Mukaddimahnya telah
menetapkan bahawa;
والأخذ بالتجويد حتم لازم، من لم يجود القرآن فهو أثم لأنه به الا له انزلا، وهكذا منه الينا وصلا
والأخذ بالتجويد حتم لازم، من لم يجود القرآن فهو أثم لأنه به الا له انزلا، وهكذا منه الينا وصلا
Maksudnya: “Al-Quran wajib dibaca secara bertajwid,
berdosalah pembaca yang tidak bertajwid kerana secara itulah ia diturunkan, dan
begitulah kepada kita ia disampaikan”
4.
Menurut kaedah usul fiqh
“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka
ia menjadi wajib”.
Jika dihayati usul fiqh ini, kita boleh meneliti bahawa,
membaca al-quran bertajwid itu wajib, untuk membaca quran dengan bertajwid,
tidak dapat tidak kita mesti mempelajari ilmu tajwid.
Setiap hari kita
menggunakan ayat- ayat al quran di dalam solat . Mengikut ijma ulamak, berdosa
jika kita membaca al quran tanpa tajwid. Di dalam solat seharian, ada bacaan
yang menentukan solat kita sah atau tidak, contohnya bacaan al fatihah. Jika
bacaan al fatihah itu tidak betul , maka, fikir – fikirkan keadaan solat kita,
sah atau tidak?
Allahuakbar. Sama-sama kita pandang dan fikir sesuatu perkara
mengikut ilmu syarak. Walaupun begitu banyak ilmu yang kita ingin dalami, susunlah
ia mengikut keutamaan, mengikut fiqh aulawiyyat yang ditetapkan. Lihat, Islam
menyediakan segala panduan yang kita perlukan, termasuklah apa yang kita perlu
utamakan. Cumanya kita hanya perlu belajar, dan mencari. Segala hukum telah
ditetapkan, kita tidak perlu bersusah payah membuat hukum. Kita cuma perlu
menurut hukum yang telah ditetapkan. Subhanallah, begitu indahnya Islam!
_Nisa’92_
0 comments:
Post a Comment