Lancement de Batch (LDB)

Alexandria Caliph of Endeavor

Pengenalan Organisasi Batch 14/15

Alexandria Caliph of Endeavor

Bakat-bakat ACErs

Alexandria Caliph of Endeavor

Ini Hijrahku

Alexandria Caliph of Endeavor

Memories

Alexandria Caliph of Endeavor

Survivor: Alexandria Special (SAS)

Alexandria Caliph of Endeavor

Ambo Datang Buleh? (ADB)

Alexandria Caliph of Endeavor

P.S. I Love You, MOM

Alexandria Caliph of Endeavor

Showing posts with label Unit Kebajikan. Show all posts
Showing posts with label Unit Kebajikan. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

Unit Kebajikan - Yellow Pages




Salam.
Bismillah.

UCare PCI telah menyediakan buku unit kebajikan aka yellowpages.
Antara perkara penting yg terkandung dalam yellowpages :

1. Direktori Hospital

2. Doktor-doktor pakar (specialist)

3. Perkhidmatan tempahan kenderaan [tremco,bas,coaster,peugeot,van,teksi,lori]

4. Listname mandub/mandubah (wakil yg boleh dirujuk berkaitan BKAN)

5. Panduan memperbaharui passport (expired/hilang)

6. Details mengenai tabung kasih sayang

7. no telefon (eg: bomba,polis,ambulance etc) & website penting


Diharap semua dapat mendownload Yellow pages ini kerana ia sangat membantu ketika hal-hal kecemasan.

Syukran.


LINK TO DOWNLOAD YELLOW PAGES :

YELLOW PAGES 2012/2013

Tuesday, June 5, 2012

Status terkini VISA [5 Jun 2012]

Assalamualaikum wbt, Bismillah. (SELASA,5 JUN 2012) :

Alhamdulillah,jumlah terkini pelajar yang telah memiliki visa adalah seramai 214 orang. Masih berbaki dalam 80 lebih pelajar yang masih "in progress" dan termasuk dalam minoriti yang belum mendapat visa. Akan tetapi, inshaAllah mereka telah mendapat no giliran gawazat (bagi yang membayar penalty dan yang belum mendapat no giliran gawazat).


PENTING !

Terdapat juga beberapa pelajar yang belum menyerahkan passport untuk mendapatkan visa (mungkin atas sebab tertentu), mohon kerjasama anda untuk memberi nama kepada Amirul Muttaqin Sham bagi ikhwah dan Nur Nazihah Mohd Amin bagi akhawat untuk memudahkan kerja.

Berkenaan pelajar-pelajar yang akan menunaikan umrah, inshaAllah, masih tinggal lebih kurang 10 pelajar yang belum siap visa. Justeru, pihak UK akan menunggu sehingga hari Khamis minggu ini. Jika masih tiada apa-apa perubahan, pihak UK akan memulangkan passport anda (yang berkenaan) untuk urusan seterusnya oleh agensi umrah.Selepas agensi telah menguruskan hal yang berkaitan(dalam tempoh 2 minggu+), anda dikehendaki memulangkan semula passport kepada pihak UK kerana mungkin passport anda termasuk dalam senarai no giliran yang diperlukan gawazat. Namun demikian, pihak kami telah mengumpulkan semua passport mereka yang akan ke umrah, dan akan diserahkan kepada gawazat untuk urusan seterusnya.

Mohon doa sahabat-sahabat bagi memudahkan proses untuk mendapatkan visa oleh kerana terdapat sedikit kekangan contohnya faktor persekitaran, pilihanraya Mesir dan beberapa kelemahan lain yang mungkin dari pihak kami Unit Kebajikan sendiri, pihak universiti mahupun pihak gawazat.

Syukran Jazilan.

Yang menjalankan tugas,

UNIT KEBAJIKAN BATCH TAHUN 2 2012/2013

Saturday, February 11, 2012

LATEST ! Passport





9 Februari 2012 - Maklumat terkini berkenaan status visa dan hal-hal berkaitan.

Pihak universiti tidak dapat mengeluarkan surat back-up seperti yang telah diberitahu sebelum ini.
Sesiapa yang telah membayar penalty visa sebanyak 153 LE sebelum ini dan akan melancong keluar Mesir, pihak universiti telah mengembalikan semula wang anda. Justeru, wang tersebut akan diberi semasa penyerahan passport. Bagi mereka yang sudah membayar penalty, dan tidak keluar dari Mesir, wang penalty anda masih berada di pihak universiti.


Tindakan yang perlu diambil oleh anda:

Apabila telah menerima passport, sila check anda berada dalam kategori A, B, C, atau D.


Kategori A : Passport telah ada no giliran

1.Sediakan 153 LE denda yang MUNGKIN dikenakan di airport.(ini hanyalah persediaan bagi kemungkinan yang akan timbul) (walaupun uni bagi jaminan yang ada no giliran tidak akan didenda, sekadar langkah berjaga-jaga)
2. Kembali semula ke Mesir dan mendapat visa on arrival (VOA) selama 2 minggu.
3. Pulangkan semula passport dengan SEGERA. *PENTING*


Kategori B : Passport tiada no giliran

1. Sediakan 153 LE denda yang akan dikenakan di airport ( tiada jaminan yang dapat diberikan)
2. Kembali semula ke Mesir dan mendapat visa on arrival (VOA) selama 2 minggu.
3. Pulangkan semula passport dengan SEGERA SEBELUM VOA anda expired.(Satu alternatif bagi mengelakkan anda membayar penalty visa) *PENTING*
4. Anda mungkin perlu membayar penalty visa 153 LE.


Kategori C : Passport yang memiliki visa

1.Tidak perlu pulangkan dan simpan passport anda dengan baik.


Kategori D : Pelajar yang ke SINAI sahaja

Passport yang ada no giliran

1. Pulangkan passport dengan SEGERA selepas pulang dari bercuti.

Passport yang tiada no giliran

1. Pulangkan passport dengan SEGERA + bayaran penalty visa 153LE. (bagi yang belum menjelaskan bayaran penalty)

Mengikut pengalaman pelajar yang telah ke Sinai sebelum ini, visa akan di check semasa berada di Toba.(Dan  selalunya askar akan check orang depan-depan je.Wallahua'lam)

Akan tetapi boleh dikatakan ramai dari pelajar yang akan ke Sinai tidak memiliki visa.

Maka beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ni:
-Make sure senior /mana-mana pelajar yang ada visa duduk depan
-Prepare ayat yang sesuai untuk communicate dengan askar arab tu in case tercheck student yang tiada visa.
-Bawa bersama student card(kernih)

*Hal ini akan diuruskan oleh pihak pengurusan Sinai insyaAllah*


Peringatan Penting :  Kerjasama dari anda semua untuk memulangkan passport dengan segera sebelum VOA 2 minggu tamat tempoh amatlah diharapkan. Apabila tiba di Mesir, sila hubungi wakil unit kebajikan dengan segera untuk pemulangan passport, kami sentiasa ada untuk anda.




"Mulalah hari anda dengan senyuman kesyukuran dan penyerahan kepada Dia (Allah) untuk memimpin serta menguruskan urusan kita.InshaAllah semoga urusan perjalanan dipermudahkanNya.Ameen."


Sebarang persoalan boleh hubungi :

Amirul Muttaqin Sham : 0114-1696462
Nur Nazihah Mohd Amin: 0114-1081614

:UNIT KEBAJIKAN:

Sunday, February 5, 2012

Status Visa & FAQ




5 Februari 2012 - Selepas bertemu dengan pihak universiti hari ini, imigresen Mesir telah menyiapkan visa berjumlah 24 orang ( termasuk yang tidak memberi nama untuk keluar Mesir)  dan kesemua passport berkenaan telah diambil oleh unit kebajikan (UK).Bagi pelajar lain masih lagi menunggu giliran.




Berikut adalah senarai nama pemegang passport yang telah siap visa: 

ISMAIL AZRY BIN MAZLAN
AHMAD KHAIRULNAIM BIN AHMAD KABIR
ILY ROSA HAZIRAH BINTI ROHAIME
UMI NAJIHAH BINTI AHMAD PUAT
BAHIYAH BINTI ABDUL JABAR
HANIS NASYITAH BINTI YUSOF
HAZWANIE NOOR SYAZA BINTI SULAIMAN
HUSNA BINTI ZAKARIA
HANAN BINTI ABD MOKHTI
KHAIRUNNISA BINTI IZAHAR
RABI'ATUL 'ADAWIYAH BINTI MOHAMAD
AIDA NABILAH BINTI MOHAMAD NASIR
AIZAT AMIR BIN MOHD ABDUL SALAM
MUHAMMAD AZFAR BIN SABIHIN
MUHAMMAD ASYRAF BIN ZULKIFLI
MOHAMAD ANAS ALFIAN BIN SUFRI
MUHAMMAD ANNAS BIN ZAINAL
MOHD AIMAN FITRI BIN AZAHARI
MOHAMMAD FAIZ BIN RUSLAN
NORFARHA WAHEEDA BT RAZRI
HAZWAN HAKIMI BIN DOLL SAID
HISYAM BIN BORHAN
WAN MOHD NAZMEEN BIN WAN GHAZALI
WAN NURUL AMALINA BINTI WAN ABDUL AZIZ




Di sini dinyatakan jawapan bagi soalan-soalan yang kerap ditanya berkenaan visa dan passport.




1) Bilakah saya boleh mendapat passport untuk urusan keluar Mesir winter nanti? 

InshAllah wakil unit kebajikan akan mengambil passport anda 2 atau 3 hari sebelum berakhirnya paper final pada 13 Februari 2012.




2) Adakah saya akan didenda di airport?




Keadaan 1 : Bagi yang telah ada no giliran 




InshaAllah,pihak universiti telah berjanji tiada masalah.Wakil UK telah berjumpa Miss Nisreen 
dan meminta agar surat sokongan universiti dikeluarkan sebagai back-up jika apa-apa masalah berlaku ketika berada di airport nanti.






Keadaan 2:  bagi yang masih TIDAK ADA no giliran apabila terima passport pada 13 Feb


 2012 nanti.




Surat sokongan dari uni akan menjelaskan bahawa kita sudah membayar penalty, dan masih menunggu giliran (que) untuk dihantar ke imigresen. Dengan surat sokongan tu, insyaAllah selamat.


Keadaan 3: "special case"


kriteria special case


- saya perlu membayar penalti visa 153 LE tetapi tidak berbuat demikian.


- saya ingin keluar Mesir winter break nanti


Pihak UK telah mencadangkan agar anda tidak menjelaskan penalti visa sebanyak 153 LE.Hal

ini bagi mengelakkan anda perlu membayar penalti visa sebanyak dua kali.Justeru, anda 
tiada pilihan melainkan membayar denda di airport semasa keluar dan masuk Mesir.







3) Passport saya telah expired, apakah tindakan yang perlu diambil?



-Renew passport anda
-Setelah urusan selesai, pulangkan semula passport kepada UK.
-Jelaskan bayaran penalti visa 153 LE



4) Adakah masalah tidak mendapat visa ini akan berlanjutan sehingga cuti summer nanti?


Ramai yang merungut tentang masalah ini.Mana tidaknya perlu ke embassy Egypt (Malaysia)
untuk memohon visa pelancong 3 bulan. 


Pihak UK tidak dapat memberi sebarang jaminan.Akan tetapi bagi memastikan kelancaran, 
anda perlulah  memberi kerjasama untuk memulangkan semula passport setelah balik 
dari bercuti kepada UK dengan SEGERA.




Jika masih lagi mempunyai sebarang keraguan, anda boleh bertanya kepada wakil UK

ikhwah Amirul Muttaqin dan akhawat Nur Nazihah.

Sebarang perubahan dari yang telah dinyatakan di atas akan diberitahu kepada anda.




-UNIT KEBAJIKAN






Saturday, October 29, 2011

Status pasport dan visa pelajar kita






Seperti yang telah sedia maklum, unit kebajikan telah mengumpul pasport dan salinan fotostat setiap pelajar tahun 2 untuk urusan iqamah atau visa pelajar.

Visa pelajar itu akan diurus oleh pihak universiti. Walaupun pelajar boleh buat visa sendiri, tetapi hal ini sangat leceh kerana wujudnya sistem birokrasi. Untuk memudahkan, visa dibuat semua sekaligus.

Pada masa ini, paspot semua di simpan di pejabat MARA. Perlu ditekankan, WALID tiada kena mengena dengan urusan visa ini. Unit kebajikan hanya menggunakan pejabat MARA atas alasan keselamatan.

Pihak universiti pada saat dan ketika ini, sedang menguruskan visa untuk pelajar tahun 6. Kemudian setelah mereka selesai, barulah tiba untuk tahun 2 pula. Kemungkinan besar paspot akan dihantar ke universiti pada awal bulan november. Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa lama masa yang diperlukan oleh universiti untuk menyiapkan kesemua visa yang berjumlah 304 orang.

Semoga kalian semua akan lebih memahami proses yang sedang berlaku sekarang ini. Doa-doakanlah semua urusan berjalan lancar. Amin..

Sekian.

AJK Kebajikan

Saturday, May 14, 2011

Ja'dah didik anak jadi pemurah




JA'DAH binti Ubaid bin Tsalabah al-Anshariyah an-Najjariyah adalah ibu kepada seorang sahabat Nabi Muhammad. Anaknya bernama Harisah bin Nu'man adalah seorang sahabat yang terkenal.
Ja'dah berkahwin dengan an-Nu'man bin Nafi' an-Najjari. Kemudian perkahwinan itu tidak kekal lama. Setelah dia berpisah dengan suaminya, seorang lelaki bernama al-Habbab bin al-Arqam telah melamarnya. Hasil perkahwinan itu lahir seorang anak lelaki yang bernama al-Haris.
Adik-beradik Ja'dah iaitu Amru, Afra dan Khaulah menyokong tindakan Ja'dah memeluk Islam dan berbaiah kepada Nabi Muhammad. Mereka adik-beradik tidak mahu ketinggalan mendapat cahaya Islam
Ja'dah adalah jiran Nabi Muhammad. Nabi Muhammad sering menziarah Ja'dah dan keluarganya. Ja'dah merupakan seorang jiran yang baik. Dia tidak pernah kedekut atau mementingkan diri sendiri. Malah dia suka bersedekah dan murah hati.
Nabi Muhammad pernah dijemput makan di rumah Ja'dah. Semasa berada dirumah Ja'dah, Nabi Muhammad akan berbual dengan Harisah bin Nu'man dan ibunya.
Ja'dah juga merupakan ibu yang baik. Dia pandai mendidik anaknya sehingga anaknya menjadi seorang pahlawan Islam yang terkenal. Semasa perang Badar, Harisah telah bersama-sama mengikuti tentera Islam menghadapi musuh di medan perang.
Harisah dididik oleh ibunya supaya sentiasa menolong orang. Sikapnya yang suka menolong itu dapat dilihat apabila dia menolong Nabi Muhammad bagi mendapatkan sebuah rumah.
Kisahnya berlaku apabila Nabi Muhammad berkahwin dengan Mariam al-Qibtiyah dan ingin membawa isteri barunya pulang ke rumah.
"Ibu dengar Nabi Muhammad sudah berkahwin lain," kata Ja'dah kepada anaknya.
"Ya ibu. Saya juga dapat berita yang sama," kata Harisah.
Ja'dah dan anaknya adalah jiran yang paling dekat dengan rumah Nabi Muhammad. Dia ingin membantu Nabi Muhammad.
"Pada pendapat ibu, sudah tentu Nabi Muhammad ingin menempatkan isteri barunya di rumah yang lain. Tambahan pula apabila isteri-isterinya tahu Nabi Muhammad berkahwin lagi, mereka tentu cemburu," jelas ibunya.
Ja'dah memandang wajah anaknya. Sementara anaknya turut memerhatikan ibunya.
Sebentar kemudian Ja'dah berkata lagi kepada anaknya, "Ibu faham perasaan seorang wanita apabila mendapat tahu suaminya berkahwin lagi. Isteri-isteri Nabi Muhammad tentu akan cemburu apabila mendengar berita ini," jelas ibunya panjang lebar.
Harisah seorang anak yang baik dan mendengar kata ibunya. Lalu Harisah pun berkata, "Benar kata ibu. Elok rasanya Nabi Muhammad menempatkan isteri barunya di rumah yang lain."
Harisah terdiam seketika. Dia memikirkan rumah yang sesuai untuk isteri baru Nabi Muhammad itu. Harisah mempunyai beberapa buah rumah yang berdekatan dengan rumah Nabi Muhammad. Hal ini berlaku kerana setiap kali Nabi Muhammad mendapat keluarga baru pasti Harisah akan menawarkan diri dan mengizinkan rumahnya digunakan oleh Nabi Muhammad.
"Baik, saya bersetuju untuk membenarkan Nabi Muhammad tinggal di rumah ini. Saya akan mengemas barang-barang yang ada dan mengosongkan rumah ini," jelas Harisah kepada ibunya.
"Semoga Allah membalas jasa baik anak ibu ini," kata Ja'dah pula.
Ja'dah gembira mempunyai anak seperti Harisah. Dia bersyukur kepada Allah kerana anaknya mempunyai akhlak yang baik dan sanggup berbakti kepadanya. Harisah berjumpa dengan Nabi Muhammad dan menyatakan hasratnya itu.
"Wahai tuan, selamat pengantin baru," kata Harisah kepada Nabi Muhammad.
"Terima kasih," jawab Nabi Muhammad.
"Tuan, saya ingin beritahu tuan bahawa tuan boleh bawa isteri baru tuan ini ke rumah saya. Tuan boleh tinggal di rumah itu selama mana yang tuan suka. Saya sudah mengosongkan rumah itu untuk keselesaan tuan dan isteri baru tuan ini," jelas Harisah kepada Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad terharu dengan keputusan yang dibuat oleh Harisah. Lalu Nabi Muhammad berkata, "Saya malu terhadap Harisah kerana sanggup berpindah dari satu rumah ke satu rumah yang lain semata-mata untuk saya dan isteri."
Begitulah sikap Harisah apabila Nabi Muhammad mendapat keluarga baru. Dia pasti akan berpindah rumah bagi menyediakan rumah untuk Nabi Muhammad. Ini adalah hasil didikan yang suci dan murni dari ibunya.