9 Februari 2012 - Maklumat terkini berkenaan status visa dan hal-hal berkaitan.
Pihak universiti tidak dapat mengeluarkan surat back-up seperti yang telah diberitahu sebelum ini.
Sesiapa yang telah membayar penalty visa sebanyak 153 LE sebelum ini dan akan melancong keluar Mesir, pihak universiti telah mengembalikan semula wang anda. Justeru, wang tersebut akan diberi semasa penyerahan passport. Bagi mereka yang sudah membayar penalty, dan tidak keluar dari Mesir, wang penalty anda masih berada di pihak universiti.
Tindakan yang perlu diambil oleh anda:
Apabila telah menerima passport, sila check anda berada dalam kategori A, B, C, atau D.
Kategori A : Passport telah ada no giliran
1.Sediakan 153 LE denda yang MUNGKIN dikenakan di airport.(ini hanyalah persediaan bagi kemungkinan yang akan timbul) (walaupun uni bagi jaminan yang ada no giliran tidak akan didenda, sekadar langkah berjaga-jaga)
2. Kembali semula ke Mesir dan mendapat visa on arrival (VOA) selama 2 minggu.
3. Pulangkan semula passport dengan SEGERA. *PENTING*
Kategori B : Passport tiada no giliran
1. Sediakan 153 LE denda yang akan dikenakan di airport ( tiada jaminan yang dapat diberikan)
2. Kembali semula ke Mesir dan mendapat visa on arrival (VOA) selama 2 minggu.
3. Pulangkan semula passport dengan SEGERA SEBELUM VOA anda expired.(Satu alternatif bagi mengelakkan anda membayar penalty visa) *PENTING*
4. Anda mungkin perlu membayar penalty visa 153 LE.
Kategori C : Passport yang memiliki visa
1.Tidak perlu pulangkan dan simpan passport anda dengan baik.
Kategori D : Pelajar yang ke SINAI sahaja
Passport yang ada no giliran
1. Pulangkan passport dengan SEGERA selepas pulang dari bercuti.
Passport yang tiada no giliran
1. Pulangkan passport dengan SEGERA + bayaran penalty visa 153LE. (bagi yang belum menjelaskan bayaran penalty)
Mengikut pengalaman pelajar yang telah ke Sinai sebelum ini, visa akan di check semasa berada di Toba.(Dan selalunya askar akan check orang depan-depan je.Wallahua'lam)
Akan tetapi boleh dikatakan ramai dari pelajar yang akan ke Sinai tidak memiliki visa.
Maka beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ni:
-Make sure senior /mana-mana pelajar yang ada visa duduk depan
-Prepare ayat yang sesuai untuk communicate dengan askar arab tu in case tercheck student yang tiada visa.
-Bawa bersama student card(kernih)
*Hal ini akan diuruskan oleh pihak pengurusan Sinai insyaAllah*
Peringatan Penting : Kerjasama dari anda semua untuk memulangkan passport dengan segera sebelum VOA 2 minggu tamat tempoh amatlah diharapkan. Apabila tiba di Mesir, sila hubungi wakil unit kebajikan dengan segera untuk pemulangan passport, kami sentiasa ada untuk anda.
"Mulalah hari anda dengan senyuman kesyukuran dan penyerahan kepada Dia (Allah) untuk memimpin serta menguruskan urusan kita.InshaAllah semoga urusan perjalanan dipermudahkanNya.Ameen."
Sebarang persoalan boleh hubungi :
Amirul Muttaqin Sham : 0114-1696462
Nur Nazihah Mohd Amin: 0114-1081614
:UNIT KEBAJIKAN:
0 comments:
Post a Comment