Hijrah atau Kalah?
BY: UPI ACE 2013
TARIKH: 12 NOV. 2013
Kata Ustaz Hasrizal, “What happen in you is more important
than what happen to you.” Oleh kerana
itulah sifat seorang mukmin itu sentiasa berjaya atau mendapat sesuatu yang
lebih baik. Maka definisi, orang yang berjaya ialah seorang yang dirinya hari
ini lebih baik dari semalam. Jika begitu, orang y, ang berjaya itu haruslah
orang-orang mukmin yang sentiasa berubah
dari baik kepada yang lebih baik.
Apakah yang dimaksudkan dengan lebih baik? Ianya adalah
lebih baik dari segi iman dan islam seseorang. Sebagai contoh berhijrah dari
tempat, sikap, sifat, kerjaya atau pengurusan dan lain-lain yang lebih baik
keadaan iman itu. Kita hanya berhijrah dengan sebenar-benarnya bila ada
peningkatan iman dan islam kita yang lebih baik. Bukan dari rugi kepada untung.
Ia tidak terhenti setakat keuntungan duniawi bahkan ukhrawi.
Buktinya cuba kita perhatikan kehidupan para sahabat seperti
Musab bin Umair dan Suhaib Ar-Rumi. Yang mana selepas berhijrah dari Mekah dan
meninggalkan segala kekayaan yang mereka miliki dengan berhijrah ke Madinah,
mereka menjadi lebih miskin. Namun iman dan islam mereka lebih meningkat. Terdapat banyak jenis hijrah seperti hijrah
makani(tempat), hijrah zamani(masa), dan hijrah sikap dari mazmumah kepada
mahmudah. Jika mahu berjaya maka kenalah ikut orang yang telah berjaya. Sama
juga, jika mahu berhijrah maka kenalah ikut rasulullah. Konklusinya seperti
ini, orang mukmin yang berjaya adalah mereka yang berhijrah mengikut
rasulullah.
"Demi
sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik….”
Surah Al-Ahzab : Ayat 21
Maka salah satu contoh yang mahu kita ikut adalah hijrah.
Sabda Rasulullah S.A.W :
“Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk keluar berjihad, maka keluarlah kamu” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)
“Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk keluar berjihad, maka keluarlah kamu” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Selain itu, mari memandang
hijrah dimensi yang berbeza. Terdapat 2 dimensi
hijrah, hijrah dalaman dan sebaliknya hijrah luaran. Iaitu, hijrah hati
dari ragu kepada yakin, hijrah akal dari tiada ilmu kepada mencari ilmu, hijrah
nafsu dari liar kepada jinak dan terpandu.
Professional hijrah rasulullah.
Hijrah atau kalah? Sahabat-sahabat, mari melangkah dan berhijrah
atau kita sedia kalah sebelum berubah? Cuba imbas kembali jalan yang dilalui
baginda Rasul S.A.W. Baginda nekad berhijrah ke Madinah menggunakan jalan yang
bukan kebiasaannya dilalui untuk ke sana. Jalan yang dilalui luar biasa bukan
biasa-biasa. Betapa strategiknya rasulullah. Maka adakah kita sangka dalam
proses hijrah jalan yang dilalui dihamparkan karpet merah? Tidak
sahabat-sahabat. Bahkan penuh ujian. Bukankah kita imani ayat yang berbunyi,
[Apakah manusia itu mengira bahwa mereka
dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka
tidak diuji lagi?] Al-‘Ankabut:2-3
[Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk
surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad[232]
diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.] _Ali ‘Imran:142_
Berhijrahlah dengan menepati syariatul Allah(wahyu dan mukjizat) dan sunnatulla.h(seperti kebijaksanaan rasulullah, kelicikan dalam
soal-soal lahiriah. Persiapan di aspek sunnatullah seperti saidina abu bakar menyediakan
unta yang gemuk dan kuat, rasulullah menutup kepala ditenghari pergi ke rumah
Saidina Abu Bakar setelah membuat keputusn untuk berhijrah. Sebelum itu, meminta semua keluarga terapat
keluar dari rumah agar tiada yang tahu awalnya keputusan hijrah ini. Startegi
jika diketahui boleh menjadi tragedi bukan? Strategi sebagai manusia itulah
sunnatullah.)
Kata Ustaz Hasrizal lagi, “Success loves preparation”
Beza Isra’ Mikraj dan Hijrah
Penghijrahan Rasulullah ke Madinah sejauh 400km mengambil
masa 24 hari. Situasi ketika itu akan menekan dan mendesak dengan ancaman bunuh
dari kafir Quraisy Perjalanan Rasulullah Israk dan mikraj dari baitul maqdis ke
siratul muntaha pula sejauh 1000km mengambil masa semalaman dalam keadaan
baginda sedang tidur dan aman dengan menaiki Bura’. Isra’ dan mikraj itu dalah ujian keyakinan. Dan hampir segalanya
berkaitan syariatullah untuk diyakini. Hijrah itu pula ujian perjuangan dan modus operandinya itu
untuk diteladani. Ada aspek syariatullah dan aspek sunnatullah. Bahkan
peristiwa hijrah diangkat menjadi tahun mula kalendar islam.
KESIMPULAN
Berhijrahlah “Inside out, outside in”. Hijrah ke tempat yang lebih baik kerja kita tidakselesai disitu
dan dengan itu sahaja tetapi ada hijrah yg lebih penting lagi. Jangan luaran sahaja
berubah tapi dalaman tidak berubah. Bagaimana agar hijrah kita tidak separuh
jalan?
1-hijrahlah pemikiran kepada ilmu. Ilmu adalah jalan menuju
iman. Tazkirah, ceramah, usrah. Khuatirnya, Kita pergi ke tempat yang baik tapi perangai yang lama. Maka
jadilah org yang buruk dalam sistem yang baik.
2-Hijrah hati dgn mendidik hati dengan tambah keyakinan dengan
ibadah-ibadah khusus. Tadi dapat ilmu sekarang kita amalkan. Bukan setakat alim
tapi amil untuk tingkatkan keimann kita pada Allah. Jangan dedahkan hati kita
seperti kata orang “ di tempat yg baik (seperti di dalam masjid) tetapi ada
mazmumah seperti mengumpat, hasad” Maka jagalah hati.
3-Mujahadah nafsu. Lawan untuk didik nafsu. Dengan itu
hijrah kita bermakna.
Sebagai contoh, kita berhijrah pakaian. Tutup aurat tanpa
ilmu, tanpa menambah iman, tanpa mujahadah, maka akhirnya kita akan balik pada asal.
_Unit Pembangunan Insan ACE 2013_
0 comments:
Post a Comment