Bersahabat Bukan Macam Main Futsal
BY: ACER
TARIKH: 24 MAY 2013
dulu bersahabat tak pernah pilih-pilih, suka sama suka, sedih menangis sahaja, bila nak main cari kawan-kawan tapi bila dewasa masing-masing sibuk hal masing-masing, adakah persahabatan yang hebat itu hanya terhenti dengan usia? |
Kawan tu bukan macam
main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak…
Kawan tu bukan macam
main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak…
Kawan tu bukan macam
main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…
Kawan tu bukan macam
PAMPERS. Dah pakai pastu buang…
Kawan tu bukannya macam
BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…
Kawan tu bukan macam
PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul…
Kawan tu bukan macam
KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru…
Kawan tu bukan macam
CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde…
Kawan tu bukan macam
BANK. Bila dah takde duit baru nak cari…
[kopi dan pasta]
UKHUWAH. FRIENDSHIP. PERSAHABATAN. Ikatan yang paling berharga dan
paling mulia mungkin terbentuk antara sesama manusia. Kenapa dikatakan begitu?
Kerana ikatan ukhuwah ini kita bina asasnya adalah iman kepada Allah. Matlamat
berukhuwah itu sendiri agar Allah redha, kerana hakikatnya manusia tak mampu
hidup sendirian, kerana manusia saling perlu support system dalam kehidupan
sehari-hari untuk terus kuat berhadapan dengan ujian Allah. Dan ikatan kerana asas
itu, ikatan ukhuwah ini lebih kukuh berbanding hubungan darah.
Sahabat, sentiasa di sisi kita, waktu susah dan senang. Waktu suram dan
ceria. Yang menerima kelebihan dan kekurangan kita seadanya. Namun, bukan bermakna
kesalahan kita tidak ditegur. Salah tetap salah. Namun, dia berusaha memilih
cara terbaik untuk menyampaikan teguran. Hanya kerana tak mahu kita terluka
sekalipun teguran tersebut tanda sayangnya pada kita. Tegur kerana sayang, maka
mahu berpimpinan ke syurga. Bukan sekadar ber’sweet-sweet’ di dunia…
Bila bersahabat, setiap daripada kita ada hak dan adab yang perlu
ditunaikan kepada sahabat kita. Sahabat kita sakit, kita menziarahinya. Sahabat
kita bersin, kita mendoakannya. Sahabat kita dalam kesulitan, kita membantunya.
Bertutur dengan cara dan bahasa yang baik, memanggil sahabat kita dengan
panggilan yang disukainya, memaafkan kekurangan dan kesilapan sahabat, dan
KATAKAN PADA SAHABAT KITA BAHAWA KITA SAYANG PADANYA… Perkara yang simple
sekalipun pada pandangan kita, mungkin besar kesannya pada hati sahabat kita.
Contohnya, mungkin secara tidak sedar
kita memanggilnya dengan panggilan yang kurang disukainya, namun sahabat kita
tersebut tidak sampai hati untuk menegur kita.
Ya, tak dinafikan, ada kalanya Allah uji persahabatan kita, sekalipun
kita rasakan tak ada cacat cela lagi pada asas persahabatan kita tersebut. Sahabat
kita salah sikit, tapi kita rasakan perkara tersebut besar. Housemate malas untuk
jalankan tugasan mengemas rumah, kita melenting. Classmate terlupa untuk ‘cop’
seat dalam lecture hall, kita terus bermasam muka. Hakikatnya kita diuji supaya
kita reflect semula dan tanya pada diri, ikhlaskah kita bersahabat dengannya,
tertunaikah segala hak sahabat kita, adakah kita menjaga adab-adab dalam
bersahabat? Ya, cari kesalahan daripada pihak kita dahulu sebelum menuding jari
padanya. Allah uji untuk kuatkan dan mantapkan lagi ukhuwah kita sebenarnya.
Agar kita perbaharui niat, perbaiki kekurangan yang mungkin kita lakukan tanpa
sedar.
Jom sama-sama eratkan lagi ukhuwah kita dengan sahabat kita. Ada
macam-macam cara; main sama-sama ke, keluar makan sama-sama ke, buat ‘curhat’
(curahan hati) ke, shopping sama-sama ke, berprogram sama-sama ke, atau
hadiahkan sesuatu untuknya. Yang penting, jom buat sesuatu…
Kalau orang lain kata
jom bercinta hingga ke syurga, JOM KITA BERSAHABAT HINGGA KE SYURGA!
_ACER_
0 comments:
Post a Comment