Disember 2012.
Telefon bimbit
berbunyi menandakan message masuk. Tanpa mengangkat mukanya, si pemilik telefon
bimbit yang sedang khusyuk mengulang kaji nota-nota yang disalin dalam kelas
Occlusion pagi itu mengambil telefonnya di hadapannya.
Message dibaca.
Automatik satu senyuman terbentuk.
Mengabaikan
sebentar nota di hadapannya, jarinya laju menaip untuk membalas message
tersebut.
Telefon
diletakkan semula di tempat asalnya, fikirannya kembali difokuskan kepada
pembacaanya sebentar tadi, tetapi senyuman masih melekat di bibirnya.
Tidak sampai
beberapa minit kemudian, telefon berbunyi lagi menandakan message telah
dibalas. Laju sahaja tangan si pemilik telefon tersebut menaip setelah membaca
message tersebut.
Dan seperti
sebelumnya, fokusnya kembali kepada Centric Occlusion, Eccentric Occlusion,
yang meminta-minta pembacanya untuk memberikan 100% perhatian kepadanya.
Malangnya,
telefon bimbit itu berbunyi lagi, dan seperti tadi, pembaca/pemilik telefon itu
terus mengabaikan nota berwarna-warni di hadapannya, terlupa yang ada sahaja
yang sentiasa memerhatikan gerak geri serta perbuatannya itu.
--
“Lily, where to
after this?”
Soalan rakannya
itu dibiarkan tidak dijawab buat seketika. Tangannya ligat mengemas buku dan
alat tulis yang bersepah di atas meja kuliah. Satu senyuman terbentuk.
“Off to the
library I’ll go. Why Atirah?”
“Dengan siapa?”
“Him.”
“Ahh I see.”
Jawab rakannya sambil mengangguk laju; faham, dan tidak mahu bertanya dengan
lebih lanjut.
“Berdua je ke?”
Angguk. Rakan di
sebelahnya terdiam sebentar.
“Lily, nasib baik kau mention pasal library.
Aku nak ikut boleh? Aku rasa macam tak boleh digest lah doctor ajar Oral Patho
tadi. Rasa macam kena berguru dengan Cawson la, dah terasa dah dia memanggil
manggil aku dari library.”
Lily hanya
tergelak dan mengangguk. “Boleh je lah At, tapi ada Afat lah, takut kau tak
selesa je.”
They’ll say 3 is
a crowd, but I’ll say a crowd is better than leaving two people unguarded and
bounded to do things that we’re not supposed to do.
Dan monolog dalaman
Atirah ini hanya mampu disimpan sahaja dalam hati, takut si rakannya itu
terguris andai kata nasihat dan teguran ini dibuat.
Takpelah, at
least I’m there. That should do for now. Fikir Atirah lagi.
Dan 10 minit
kemudian, di atas jalan yang sesak dengan kereta-kereta yang sibuk berlawan hon
antara satu sama lain, di tengah-tengah lautan manusia yang mempunyai destinasi
masing-masing, dengan angin sejuk dihantar oleh laut Mediterranean menampar
muka, dengan buku-buku yang dipeluk ke dada, kelihatan dua gadis berjalan
menuju ke Bibliotheca Alexandria.
--
“Lily?” satu
suara menegur mereka. Kedua-dua Lily dan Atirah mengangkat muka mereka dan di
hadapan mereka berdiri seorang lelaki yang tak lekang senyuman dari bibirnya.
Lily hanya tersenyum dan membalas, “Heyyy. Baru sampai?”
“Yeah. Sorry
kalau I lambat.” Kerusi ditarik, laptop diletakkan di atas meja. “Need to kejar
my doctor tadi, wanted to ask about our presentation which is due next week.
Then the doctor gave a really, really long explanation to us, we actually
thought that it was another lecture he’s going to give in the middle of the
road. Then on the way here found myself caught between the bloody cars fighting
over who gets to drive first and such. Explains why I’m late for…” Jam di
tangan dilihat sekali imbas dan dia menyambung, “almost an hour. Really sorry
Lily.”
“It’s okay.
Happens to me all the time too. How are classes by the way?”
“Long, but
interesting though. Wouldn’t complain if this is something that I have chosen,
yeah? Oh by the way, hey yourself Atirah.”
Atirah yang
sedang cuba membaca buku rujukan Cawson yang tebal di hadapannya tersentak.
“Oh, kau kenal aku?”
Afat hanya
tersenyum. “Mestilah kenal. Lily talks about you all the time.”
Atirah hanya
mengangguk. Afat mengalihkan pandangannya ke Lily dan tersenyum. “How are
classes today? Everything’s good? Occlusion’s being kind to you today?”
“They’re being
fair enough. Occlusion decided to be nice today, Alhamdulillah.”
Perbualan di
antara Lily dan Afat berlanjutan buat beberapa minit sebelum memberikan
perhatian kepada pembacaan masing – masing. Dan pada petang itu, setelah habis
menelaah di library, Atirah hanya mampu memandang dari jauh rakannya berjalan
menuju ke kedai Diwani’s bersama Afat di sebelahnya.
--
Februari 2013.
Atirah
menghampiri Lily yang sedang khusyuk membaca dengan earphone di telinga.
Suasana hingar-bingar dalam kuliah itu diabaikan dan dia mengambil tempat di
sebelah Lily. Lily masih lagi dengan Cornwell-nya tanpa menyedari kehadiran
Atirah. Atirah memegang bahunya, lalu Lily mengangkat mukanya.
“Yeah?”
“Reading
Cornwell again?”
“In the mood of
reading something about crime lah. Doctor memang confirm tak datang eh?”
“Aah. Kau nak
pergi mana – mana ke?”
“Tak kot.
Malaslah nak pergi kafe.”
Atirah hanya
mengangguk tanpa membalas kata-kata Lily.
“Atirah, Khamis
ni kau pergi mana?” tiba-tiba Lily bertanya.
“Khamis ni?”
“Aah. 14
haribulan ni. Going anywhere?”
Atirah
mengangguk. “Yeah, kelas tafaqquh. Kenapa Lily?”
Lily terdiam
sebentar sebelum menyambung, “Atirah,
kelas tafaqquh tu lama tak?”
Atirah
tersenyum. “Around 2 hours or so.”
“Pukul berapa
eh? Kat mana?”
“Biasanya start
7-ish to 7.30 macam tu lah. Kat Masrah.”
“Masrah?” Dahi
Lily berkerut. “In which part of Alex pulak tu?”
“Dia dekat dengan
bangunan MARA, tak pandailah pula aku nak explain tapi kalau kau nak pergi
dengan aku, boleh je Lily.”
Lily mengeluh.
Cornwell di tangannya ditutup dan earphone di telinga ditarik.
“Nak, tapi….”
Badannya disandarkan ke kerusi dan dia menyambung, “Afat nak bawak aku makan
kat this one new restaurant, kat Stanley Bridge.”
“Oh.” Atirah
terdiam. “What’s the occasion?”
“Valentine, he
said.” Lily membalas. Satu keluhan dikeluarkan sebelum dia menyambung, “Blame
him for being sooo…hopelessly romantic. He falls in love with the idea of love
too, very, so much.”
Belum sempat
Atirah membalas, Lily menyambung lagi, “At, kau tahu tak that feeling where
benda yang kau buat tu rasa tak kena, rasa tak betul, but yet you feel
reluctant to stop doing it?”
“I do have my share
of experience of that. I bet semua ada. Kenapa Lily?”
“I wanted to
talk to you actually for the past few days pasal ni,”
“Spill.”
“I don’t know
why tapi sejak kebelakangan ni aku asyik rasa serba salah, guilty, rasa macam I
am always under someone’s watch and ada this one presence yang akan scrutinize
in everything I do.”
“Continue.”
“And aku rasa
macam… betul ke apa aku buat selama ni? Apa purpose aku dalam setiap benda yang
aku buat? Semua benda yang kita buat semua ada satu final goal or mission. And
what’s mine? Kita amik example lah, kenapa aku belajar? Sebab aku aim untuk
dapat Mumtaz, supaya aku boleh dapat a great deal of knowledge about the field
that I’m going to work in within the next few years, tapi betul ke goal aku tu?
Sama macam kenapa aku keluar dengan Afat? Apa je yang aku dapat kalau aku
tiap-tiap hari contact dia? Sampai bila kami nak continue dengan rutin kami ni?
And if we’re not meant to be together, apa yang akan terjadi pada semua benda
yang kami asyik buat selama ni?”
Lily berhenti
sebentar. Dia meraup mukanya sebelum menyambung lagi. “The thing is, when we
started seeing each other, we do not have a definite goal for our relationship.
Kenapa benda lain semua boleh ada goal, but this relationship issue don’t?
Kalau macam tu, it’s like almost a waste of time kan? And...does Allah agree
with what we’re doing now?”
Atirah menarik
nafas dengan panjang dan mula menyusun ayat dalam kepalanya.
“Apa kau rasa
sekarang, Lily?”
“Rasa macam
sesak, rasa macam nak lari dari Afat, rasa macam tak nak jumpa dia dah, rasa
macam nak buat semua tu, tapi…” Lily membuang pandangannya ke depan kelas dan
menyambung, “It will be a great deal of pain for me to do so.”
Kedua – dua
pelajar tersebut terdiam. Suasana hening itu tidak lama apabila Atirah mula berkata
– kata, “Aku rasa kau boleh cuba untuk ubah apa yang kau rasa sesak semua tu
dengan something small and simple yet can lead to the next subsequent big
steps.”
“Iaitu?”
“By saying no to
his invitation to that new restaurant thing.”
Lily terdiam
lagi. Atirah mengambil peluang ini untuk menyambung ayatnya, “You know, I read
somewhere yang it ain’t that cool for you to do what the other religions’
practitioners doing. In this case, it’s the celebration of the Valentine’s
Day.”
“Oh? Tell me
more.”
“I read somewhere
yang one of the reasons kenapa kita tak boleh sambut Valentine is because of
the celebration itself involves doing things that are not allowed in our
religion. Yelah, bila fikir balik, keluar berdua, pergi somewhere yang
konon-konon isolated for your so-called-privacy, that can not only lead to
zina, but can also make people around you to be suspicious. Which will then
lead to gossip. Plus, dalam sambutan Valentine’s Day ada sahaja ritual agama
Kristian yang terlibat, which is a total contradictory to our religion. In a
way, it damages you, your pride, and your faith, untuk menyambut Valentine.”
“Simply,
Valentine is so not what a Muslim usually do.”
“Yep. And kita
kan dah dilarang daripada menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.
So, yeah…” Dia memandang rakan baik di sebelahnya dan menyambung, “Lily, aku
beritahu kau pasal Valentine’s Day ni, in a way, it is related to whatever yang
kau confide in me tadi. About you to re-think the whole situation of you and
Afat.”
Si pendengar
mengangguk. “Aku faham.”
“It’s hard, I
know.”
“But it pains me
more to be in that guilt and not being able to get out of it.”
“It’s your call,
Lily.”
Lily mengangguk
tanpa membalas apa – apa.
--
Akhir bulan Mac 2013.
Telefon
berdering menandakan ada panggilan masuk. Atirah yang sedang menyediakan makan
malam di dapur berlari untuk mendapatkan telefonnya.
Lily.
“Assalamualaikum.
Lil? Kenapa?”
Talian senyap
seketika sebelum kedengaran suara serak berkata – kata. “Waalaikumussalam. At…?
Aku nak crash rumah kau malam ni boleh?”
“Lil, kenapa ni?
Kau nangis ke?”
“Boleh tak aku
datang rumah kau?”
“Tafaddal
tafaddal, always welcome here. But first tell me kenapa weh? Kenapa kau
nangis?”
“At?”
“Yes?”
“There’s nothing
anymore.”
“Excuse me?”
“Afat. It’s over.”
Atirah menghela
nafasnya. Dia segera membalas, “I’ll come over in an hour or so.”
“At, jangan, let
me go there.”
“No, I insist.
See you in an hour.”
“Okay. See you
then.”
Setelah
memberikan salam, Atirah dengan pantas menyiapkan makan malam untuk ahli
baitnya yang lain sebelum bergerak ke rumah Lily.
--
Fast forward : Summer break 2014.
Matanya tidak
lepas dari membaca tajuk buku - buku yang tersusun cantik di rak buku di
hadapannya. Hari tu rasanya Lily ada
recommend buku by writer Abdul Latip Talib… dia bermonolog dalaman sambil
kepalanya tersenget – senget cuba membaca tajuk – tajuk di deretan buku – buku
tersebut.
Haaa. There you are!
Buku Khalifah –
Khalifah yang Benar tulisan Abdul Latip Talib ditarik keluar dari rak buku
tersebut. Teringat betapa beria – rianya Lily menyuruhnya membeli buku
tersebut. Dan masih lagi terngiang – ngiang suara ceria rakan baiknya itu memberitahu
yang dia sangat – sangatlah tertarik dengan kisah Saidina Umar al-Khattab
terutamanya, dek perubahan sahabat Nabi itu daripada seorang yang sangat keras
hati dan membenci Nabi Muhammad s.a.w. sehinggalah mampu menjadi seorang
pemimpin umat Islam!
“Never fail to amaze me, how awesome can a life turn
out to be, how can people change, from bad to good, from wrong to right, from
the crooked to the straight path. Simply amazing.”
Atirah hanya
tersenyum apabila teringatkan semula perbualan antara mereka berdua. Sungguh,
Lily dahulu dengan Lily sekarang dah lain.
Betullah,
anjakan paradigma itu, pasti semua orang impikan, bukan?
Lamunannya
terhenti apabila telefonnya berbunyi.
“Assalamualaikum.
Lily! Aku dekat MPH ni, baru jumpa buku yang kau suruh aku baca tu. Kau apa
khabar?”
“Waalaikumussalam.
Haa make sure kau baca through and through, read between the lines! And tolong
fahamkan kenapa aku suka sangat kisah Saidina Umar al-Khattab.”
“Will do,
inshaAllah. Kenapa kau call?”
“Hee.” Lily
berdehem sebelum menyambung, “I have a news to break,”
“Spill.”
“Promise kau
takkan jerit sebab MPH is really quiet and if you let out even a squeal people
will notice.”
“InshaAllah. Now
spill and shoot.”
“Okay.” Lily
menghela nafasnya. “Ada satu keluarga datang dari Kajang, dan…”
“Dan?”
“They asked for
my hand in marriage.”
Atirah rasa
macam nak terduduk bila dengar berita rakan baiknya itu. Dia dapat merasakan
yang matanya sedang bergenang.
“Ya Allah Lily,
seriously? Siapa weh? What’s your answer then? Weh aku speechless!”
Lily hanya
tersenyum. “Ayah dan ibu aku minta satu minggu untuk beri jawapan.”
Atirah
mengangguk. “That’s good, that’s good. Jangan terburu – buru dalam buat
keputusan. Minta petunjuk and jawapan dari Allah, kan? Who is it, Lily?”
“Atirah…”
“Hmm?”
“It’s Afat.”
Dan sungguh,
tanpa disedari, setitis air mata sudah pun mengalir di pipi Atirah.
Bukankah satu
penantian yang penuh dengan kesabaran dan pengorbanan itu satu penantian yang
berbaloi?
By : Anonymous :)
*Enjoy your reading :)
0 comments:
Post a Comment