Quotations of the year!
~Stress should be a powerful driving force, not an obstacle.
(Bill Phillips)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Pada hari ini beberapa isu menarik yang ingin saya olah bersama beberapa hasil kajian yang meyakinkan. Hal ini berkaitan tentang isu ‘Bagaimana untuk mengatasi masalah stress.’ Tidak dinafikan akan situasi kita sebagai seorang pelajar perubatan di Alexandria, Mesir, agak memberi tekanan sedikit sebanyak. Bukan sahaja kita akan menjadi seorang doktor yang terkemuka tetapi juga bakal menjadikan nama Islam dan nama negara tercinta, Malaysia ke pentas dunia.
Kenapa anda stress?
“semalam saya kena marah dengan MO!”
“Saya rindu mak saya di kampung.”
“esok kena hantar laporan!stress stress stress!!”
Tidak kurang pula bagi mereka yang putus cinta, putus kawan, putus harapan dan putus hubungan. Apa pun yang terjadi, sentiasa jadikan diri anda sebagai seorang yang professional. Bersabar dengan apa yang bakal kita hadapi. Seorang doktor kita bukan sahaja perlu merawat pesakit, tetapi hati pesakit itu harus juga kita bijak menanganinya. Bagaimana kalau kita sendiri tidak pandai mengawal emosi dan jiwa? (-.-‘”)
Jadi, persoalannya, apakah cara-cara yang boleh kita ambil untuk menangani stress?
KEMBALI MENJADI KANAK-KANAK
‘ah, medical terminology?susahnya!stress stress stress!” berhenti sejenak dan fikir, dulu semasa kita masih muda, perkataan doktor adalah sesuatu yang menjadi sumber inspirasi untuk berjaya. Nampak sahaja klinik doktor, rasa bersemangat untuk belajar. Apa kata kita luangkan masa untuk diri sendiri dengan membawa kembali memori lama. Lakukan seperti melukis, menari,menyanyi, atau menulis karangan, anda tidak perlu lakukan sesuatu itu beriya-iya tetapi anda hanya perlu memberi peluang kepada badan untuk merasakan keseronokan seperti zaman kanak-kanak. Lupakan sejenak tentang usia yang sedang meningkat tua ini. Anda perlu beri badan anda cukup tenaga dan rehat untuk meneruskan pekerjaan anda yang meletihkan itu.
SEMBUR WANGIAN
Tidak perlu menyembur wangian di pakaian anda sehingga merunsingkan rakan anda disebelah. Sembur wangian di segenap ruang. Hasil kajian yang dilakukan di Jepun mendapati aroma lavender mampu mengurangkan kadar hormone stress. Untuk ruangan di bilik tidur, gunakan aroma terapi manakala di tempat kerja pula anda boleh memakai semburan automatic bagi mengurangkan kadar stress. Percayalah, jika anda kurang stress, hasil kerja anda pasti akan cemerlang!
MAKAN AISKRIM
Inginkan menikmati keseronokan menjamah makanan seperti ice cream, anda jangan khuatir! Saya ada cara yang dapat menyelesaikan segala kekusutan yang sedang melanda anda. Daripada anda pergi ke kedai yang hanya jaraknya sejengka, apa kata anda luangkan masa anda di dapur, sediakan bahan, dan apabila sudah siap, ajak rakan-rakan untuk turut serta dalam aktiviti ‘ala ala sempoi gitu’.
Di dalam aiskrim terkandung kalsium serotonin dan asid folat yang dapat mengubah perasaan anda. Kombinasi ini jugalah mampu membuatkan anda gembira dalam masa yang lama. Untuk lebih asyik tambahkan ‘dark chocholate’ yang dapat mengelakkn daripada kanser.Tapi ingat, jangan makan berlebihan kerana anda harus menjaga makan dan kesihatan untuk kebaikan anda juga!
RESEPI 1(diambil di laman sesawang :- gamba icecream )
Bahan-bahan(3-4 orang)
Ø 300cc tembikai
Ø Isb madu
Ø 300cc fresh cream
Ø 3sb gula halus
Cara-caranya:-
1. Masukkan madu dan tembikai ke dalam food processor. Kacau sehingga menjadi jus.
2. Pukul fresh cream dengan gula selama 5minit
3. Masukkan tembikai ke dalam fresh cream dan kacaukan.
4. Bekukan mereka di dalam peti sejuk.
5. Apabila icecream hamper beku, keluarkan dan kacau/pukul.
RESEPI 2
(Diambil di laman sesawang berikut:- OPS, maaf tuan punya resepi saya lupa website)
Bahan-bahan(4-5orang)
· 120ml fresh cream
· 240 plain yogurt
· 60gm gula halus
Cara-caranya:-
1. Campurkan gula dan yogurt dan kacaukan.
2. Dalam bekas yang lain, pukul fresh cream sehingga menjadi bentuk cream(apabila diceduk akan menjadi seperti bentuk tanduk.)
3. Kemudian campurkan fresh cream dengan gula dan yogurt tadi. KACAU.
4. Bekukan dalam peti sejuk dan apabila hamper beku, keluarkan dan pukul sehingga gebu. Ulang sehingga 2-3 kali.
jom kita tatap gamba ini!
oleh:NAWAR
0 comments:
Post a Comment