Lancement de Batch (LDB)

Alexandria Caliph of Endeavor

Pengenalan Organisasi Batch 14/15

Alexandria Caliph of Endeavor

Bakat-bakat ACErs

Alexandria Caliph of Endeavor

Ini Hijrahku

Alexandria Caliph of Endeavor

Memories

Alexandria Caliph of Endeavor

Survivor: Alexandria Special (SAS)

Alexandria Caliph of Endeavor

Ambo Datang Buleh? (ADB)

Alexandria Caliph of Endeavor

P.S. I Love You, MOM

Alexandria Caliph of Endeavor

Friday, November 29, 2013

PROLOG: Kau Pergi

Kau Pergi
BY: UPI ACE 2013
TARIKH:  29 NOV. 2013



“Bangunlah!”, puas sudah sahabatnya mengejutkan dia supaya bangkit bersiap ke sekolah, sehingga akhirnya dia bangun juga dalam mamai memasuki tandas. Lama pula di dalam tandas, walhal setengah jam lagi round internal medicine akan bermula. Setelah pintunya diketuk-ketuk berulang kali, dia keluar dengan muka kepenatan.

“Haish masuk tandas buat apa sampai penat macam ni?”, sekadar bertanya di hati, bimbang sahabatnya terguris.

“Hari ni macam tak larat nak ke kelas?”, itu patah tuturnya yang pertama hari ini.

“kenapa?”

“sakit perutlah. Tapi sayang, nanti banyak tertinggal. Doktor kata hari ni belajar banyak.”

“nak pergi ke tak nak?”

“tak tahu” dia geleng. Menekan-nekan perutnya. Dan sahabatnya beredar ke dapur mengambil sarapan.

“meh sini aku suap nasi goreng. Lapik perut sikit, pastu….”, dia berlalu ke rak meja dan mengambil panadol actifast.

“….makan ni. Pastu buat keputusan”.

“Bolehlah. Pergi kelaslah”, dia ke kelas akhirnya dengan doa yang dititipkan dalam hati moga sakitnya makin baik. Earphone ditarik keluar beg dan disumbat ke telinga. The Beloved nyanyian Yusuf Islam mula berlagu. Ditatapnya sahabat di sebelah.

“Thanks bro…, dia berlari sambil menjerit berlalu turun. “……you can never be replaced”, perlahan dia menyambung. Dalam hati, doa dipanjatkan moga Allah jaga persahabatannya. Moga sahabatnya ini akan memimpin dia nanti masuk ke syurga. Sebagaimana sahabatnya itu memimpin dia berusaha bangun subuh setiap pagi. Pagi tadi, dia akui dia kalah juga dengan matanya yang berat hingga tertidur di tepi katil sambil berusaha menghabiskan bacaan mathuratnya. Itupun dengan pimpinan Syahid juga. Jika tidak, selepas solat sudah pasti dia terus tidur.

                                                XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“Khairul, marilah baca mathurat sama-sama. Mathurat ni pelindung tau, kita tak tahu jika ada kemalangan yang akan menimpa kita. Dan amalan kitalah yang membantu kita saat itu”, itu kata Shahid waktu tahun 2 dulu.

“Sesat! Apalah kau, belajar sekolah agama, tapi kata amalan, yang melindung kita dari bahaya. Kau tahu kan semuanya dengan izin Allah…even masuk syurga pun bukan dengan amalan tapi dengan redha Allah tau..”, laju Khairul menjawab, dijelingnya sekilas dan berlalu menyambung tidur. Shahid pula tertunduk mendengar.

“Ya Allah, aku khilaf dalam berkata-kata. Janganlah kau jadikan kata-kata ini hujah yang berbalik kembali kepada aku kelak. Maka ampunilah aku dan bukalah pintu hati sahabatku Khairul”, dia berdoa dalam diam.  Dia menyudahkan bacaan mathurat dan zikir paginya di tikar sejadah. Setelah selesai, dia ke dapur meneguk secawan air dan masuk ke bilik tidur. Dilihatnya, Khairul sedang chatting di facebook sambil cuba untuk tidur kembali.

Pagi itu, Syahid bercadang untuk memulakan harinya dengan al-quran, dan dia memilih surah al-Munafiqqun. Sederhana dan lancar bacaannya. Syahid tidak sekadar membaca namun, dia turut mentadabbur makna-makna al-quran. Suasana saat itu seolah sunyi seketika. Yang kedengarannya cuma, bunyi tab Khairul yang rancak membalas respon. Tiba-tiba, bunyi tab Khairul turut berhenti.

“Amboiiiii…tak payah lah sindir-sindir. Kau ingat aku tak tahu yang kau baca surah al-Munafiqqun. Nak kata aku munafiq ker? Yang kau ni sindir-sindir pakai ayat al-quran tak munafiq? Kau tak pernah dengar ke cara nak cegah kemungkaran. Kalau rasa iman dah kuat sangat tegurlah cara elok. Ni tak, main sindir. Lemah iman eh?”, lantang suara Khairul memarahinya subuh hari itu. Begitulah setiap hari, ditegur atau tidak ditegur Syahid, Khairul pasti kembali berceramah pada Syahid. Seolah-olahnya, Syahid lah yang lebih teruk darinya.

“kenapa? kau terasa kau munafiq?” lantang hatinya membalas. Namun, suara itu kekal dalam benaknya, tidak terluah di mulut. Tak mungkin dia berkata demikian, kerana dia tahu kalamnya itu, kalam orang yang berlaku sombong di muka bumi Allah. Dan, mana mungkin dia sanggup menyakiti hati sahabatnya. Dia marah, namun marahnya itu tidak boleh dimenangkan, kerana yang menang itu syaitan bukan dia. Bahkan dia bakal kalah dengan kehilangan sahabat. Dia hanya mampu berdoa, bersabar dan mencuba lagi menasihati Khairul.

“ya Allah, aku khilaf dalam amalan ku. Jika benar pernah lahir dalam hati ini sifat munafiq maka kau bersihkan ia dari kekotoran itu. Jika ia tak mampu dibersihkan lagi maka kau gantikan hatiku dengan hati yang baru. Maka ampunilah aku dan bukalah pintu hati sahabatku, Khairul” dalam diam Syahid berdoa lagi. Namun, dalam keadaan itu, dia sendiri sangat mengangumi Khairul, kerana dia sangat arif dengan surah dalam al-quran dan hadis. Walhal, dia tak pernah melihat Khairul membuka al-quran mahupun apa-apa kitab.

Pastinya dalam hati Khairul ada satu sisi yang mencintai al-quran dan hadis. Masakan dia marah jika dikatakan munafiq. Pasti dia mahu dilihat sebagai seorang mukmin juga. Hati dia, Allah yang pegang, kalamnya Allah yang ilham. Aku tak akan pernah mampu tahu bila turning pointnya. Bahkan dia lebih hebat dari ku.

“ Bergembiralah bila Allah sudah pilih kita untuk berubah. Usah biar kesedihan masa lampau memburu kita hingga akibatnya rosak amalan kita. Contohilah Saidina Umar. Sebelum Islam beliau hebat, selepas Islam bahkan dia lebih hebat…tidak bermakna mereka yang sudah Islam sedari awal sahaja yang mampu hebat, buktinya lihat pada Saidina Umar…”, senyuman abang SCnya seakan bermain di mata.

“….yang perlu dirisau ialah bila Allah sudah hadirkan hidayah tapi kita berpaling”. Dia menanam keazaman membantu Khairul sebagaimana dia dibantu Abang Naufal.


_Unit Pembangunan Insan ACE 2013_


Friday, November 15, 2013

Collection of Community Medicine Slides (13/14)


Click here to download

Sila download dan Study, Best of Luck!



Monday, November 11, 2013

Anda pilih kalah?

Hijrah atau Kalah?
BY: UPI ACE 2013
TARIKH:  12 NOV. 2013



           Kata Ustaz Hasrizal, “What happen in you is more important than what happen to you.”  Oleh kerana itulah sifat seorang mukmin itu sentiasa berjaya atau mendapat sesuatu yang lebih baik. Maka definisi, orang yang berjaya ialah seorang yang dirinya hari ini lebih baik dari semalam. Jika begitu, orang y, ang berjaya itu haruslah orang-orang mukmin  yang sentiasa berubah dari baik kepada yang lebih baik.
Apakah yang dimaksudkan dengan lebih baik? Ianya adalah lebih baik dari segi iman dan islam seseorang. Sebagai contoh berhijrah dari tempat, sikap, sifat, kerjaya atau pengurusan dan lain-lain yang lebih baik keadaan iman itu. Kita hanya berhijrah dengan sebenar-benarnya bila ada peningkatan iman dan islam kita yang lebih baik. Bukan dari rugi kepada untung. Ia tidak terhenti setakat keuntungan duniawi bahkan ukhrawi.
          Buktinya cuba kita perhatikan kehidupan para sahabat seperti Musab bin Umair dan Suhaib Ar-Rumi. Yang mana selepas berhijrah dari Mekah dan meninggalkan segala kekayaan yang mereka miliki dengan berhijrah ke Madinah, mereka menjadi lebih miskin. Namun iman dan islam mereka lebih meningkat.  Terdapat banyak jenis hijrah seperti hijrah makani(tempat), hijrah zamani(masa), dan hijrah sikap dari mazmumah kepada mahmudah. Jika mahu berjaya maka kenalah ikut orang yang telah berjaya. Sama juga, jika mahu berhijrah maka kenalah ikut rasulullah. Konklusinya seperti ini, orang mukmin yang berjaya adalah mereka yang berhijrah mengikut rasulullah.

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik….”
Surah Al-Ahzab : Ayat 21
Maka salah satu contoh yang mahu kita ikut adalah hijrah.
Sabda Rasulullah S.A.W :  

“Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk keluar berjihad, maka keluarlah kamu” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Selain itu, mari memandang hijrah dimensi yang berbeza. Terdapat 2 dimensi  hijrah, hijrah dalaman dan sebaliknya hijrah luaran. Iaitu, hijrah hati dari ragu kepada yakin, hijrah akal dari tiada ilmu kepada mencari ilmu, hijrah nafsu dari liar kepada jinak dan terpandu.

Professional hijrah rasulullah.
            Hijrah atau kalah? Sahabat-sahabat, mari melangkah dan berhijrah atau kita sedia kalah sebelum berubah? Cuba imbas kembali jalan yang dilalui baginda Rasul S.A.W. Baginda nekad berhijrah ke Madinah menggunakan jalan yang bukan kebiasaannya dilalui untuk ke sana. Jalan yang dilalui luar biasa bukan biasa-biasa. Betapa strategiknya rasulullah. Maka adakah kita sangka dalam proses hijrah jalan yang dilalui dihamparkan karpet merah? Tidak sahabat-sahabat. Bahkan penuh ujian. Bukankah kita imani ayat yang berbunyi,
[Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?] Al-‘Ankabut:2-3
[Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad[232] diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.]  _Ali ‘Imran:142_

Berhijrahlah dengan menepati syariatul Allah(wahyu dan mukjizat) dan sunnatulla.h(seperti kebijaksanaan rasulullah, kelicikan dalam soal-soal lahiriah. Persiapan di aspek sunnatullah seperti saidina abu bakar menyediakan unta yang gemuk dan kuat, rasulullah menutup kepala ditenghari pergi ke rumah Saidina Abu Bakar setelah membuat keputusn untuk berhijrah.  Sebelum itu, meminta semua keluarga terapat keluar dari rumah agar tiada yang tahu awalnya keputusan hijrah ini. Startegi jika diketahui boleh menjadi tragedi bukan? Strategi sebagai manusia itulah sunnatullah.)
Kata Ustaz Hasrizal lagi, “Success loves preparation”

Beza Isra’ Mikraj dan Hijrah
           Penghijrahan Rasulullah ke Madinah sejauh 400km mengambil masa 24 hari. Situasi ketika itu akan menekan dan mendesak dengan ancaman bunuh dari kafir Quraisy Perjalanan Rasulullah Israk dan mikraj dari baitul maqdis ke siratul muntaha pula sejauh 1000km mengambil masa semalaman dalam keadaan baginda sedang tidur dan aman dengan menaiki Bura’. Isra’ dan mikraj itu dalah ujian keyakinan. Dan hampir segalanya berkaitan syariatullah untuk diyakini. Hijrah itu pula ujian perjuangan dan modus operandinya itu untuk diteladani. Ada aspek syariatullah dan aspek sunnatullah. Bahkan peristiwa hijrah diangkat menjadi tahun mula kalendar islam.

KESIMPULAN
            Berhijrahlah “Inside out, outside in”.  Hijrah ke tempat yang lebih baik kerja kita tidakselesai disitu dan dengan itu sahaja tetapi ada hijrah yg lebih penting lagi. Jangan luaran sahaja berubah tapi dalaman tidak berubah. Bagaimana agar hijrah kita tidak separuh jalan?  

1-hijrahlah pemikiran kepada ilmu. Ilmu adalah jalan menuju iman. Tazkirah, ceramah, usrah. Khuatirnya, Kita pergi ke tempat  yang baik tapi perangai yang lama. Maka jadilah org yang buruk dalam sistem yang baik.
2-Hijrah hati dgn mendidik hati dengan tambah keyakinan dengan ibadah-ibadah khusus. Tadi dapat ilmu sekarang kita amalkan. Bukan setakat alim tapi amil untuk tingkatkan keimann kita pada Allah. Jangan dedahkan hati kita seperti kata orang “ di tempat yg baik (seperti di dalam masjid) tetapi ada mazmumah seperti mengumpat, hasad” Maka jagalah hati.
3-Mujahadah nafsu. Lawan untuk didik nafsu. Dengan itu hijrah kita bermakna.

Sebagai contoh, kita berhijrah pakaian. Tutup aurat tanpa ilmu, tanpa menambah iman, tanpa mujahadah, maka  akhirnya kita akan balik pada asal. 

_Unit Pembangunan Insan ACE 2013_